Ujian Orang Bujang

Aku yakin semua percaya setiap manusia ada ujian masing-masing yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Tidak kira sudah berkahwin ataupun belum. Nama aku Nisa. Umur sikit lagi dah nak masuk 30-an. Status masih anak dara dan bujang lagi.

Disebabkan malam ni aku rasa tak boleh tidur, aku nak luah atau confess sesuatu yang aku asyik terfikir sejak beberapa bulan ni. tentang salah satu struggle orang bujang dalam soal jodoh. Dalam confession ni ada sedikit sebanyak perakataan English yang aku gunakan ya.

Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah pada yang dah berkahwin dan dapat berkahwin di usia muda. hargailah pasangan anda dengan sebaiknya. Bersyukurlah kerana telah berjumpa jodoh, tak perlu lagi mencari.

Berbalik kepada cerita, last relationship aku adalah lebih kurang 6 tahun lepas dengan seorang hamba Allah ni aku namakan dia Mat. 6 tahun tu lama tapi tak kisah pun single lama namun bila orang asyik bertanya (sebab umur dah nak masuk 30-an) jadi stress juga.

Berbalik kepada Mat, masa berkawan dengan mat ni, aku dah set dalam minda yang dialah ‘the one’. Tak mahu dah orang lain. Namun apakan daya, dekat 3 tahun berkawan, putus di tengah jalan. Dan sejak dari itu aku menjadi single sampai sekarang.

Bila orang tanya kenapa lama sangat single, tiada orang nak ke. Sebenarnya ada je. Dalam lebih kurang 6 tahun ni, ada je yang nak. Tapi susah untuk aku buka hati aku sebab masa putus hubungan dengan Mat dulu, aku ambil masa hampir 2 tahun lebih untuk fully move on.

Satu kelemahan aku, aku susah nak sayangkan seseorang dan bila dah sayang, aku akan sayang sangat-sangat. Jadi aku risau jika aku buka hati pada orang, dah start sayang, dia tinggalkan aku macam Mat tinggalkan aku dulu. aku tak mahu dah rasa perasaan tu lagi. kecewa ni bukan dalam hati je, sampai fikizal pun terasa sakit dia.

Disebabkan tu, aku kunci hati aku kuat-kuat tak bagi sesiapa masuk.sebab aku penat nak move on kalau apa-apa jadi. tapi disebabkan dah 6 tahun single ramai yang tanya kenapa dan sampai bila.

Sebenarnya sejak beberapa tahun kebelakangan ni, aku perasan yang aku dah selesa menjadi single. Aku boleh travel ke negara-negara yang aku nak. Asalkan parents izinkan, dan aku boleh jaga diri sendiri.

Aku juga rasa lebih bahagia sebab aku tak perlu fikir pasal orang lain melainkan pasal diri aku dan keluarga aku sahaja. Dulu masa kawan dengan Mat, aku banyak fikir pasal. Dia sampai adakalanya aku lupa fikir pasal diri aku sendiri.

Tapi walaupun aku dah selesa menjadi single, aku rasa dah sampai masa untuk aku berfikir dengan serius tentang jodoh. Maksud aku aku rasa sudah tiba masa untuk aku mencari calon jodoh yang sesuai dengan serius disebabkan sesuatu yang berlaku pada hati aku beberapa bulan lepas.

Okay mari aku cerita. Tak silap aku hujung tahun lepas, masa tengah sembang dengan seorang officemate, dia cakap when you meet someone that you like, you will feel the electricity in your body.

Masa tu dia tengah cerita macam mana dia boleh kenal dengan wife dia. Saya hanya gelak masa tu sebab saya dah lupa macam mana rasa suka kan seseorang. Sebab aku dah lama tak ada perasaan pada sesiapa termasuklah rasa crush atau minat sesapa selepas dengan Mat dulu. Jadi aku dah lupa how the feeling was.

Sampailah beberapa bulan lepas. Ada beberapa orang staff baru masuk masuk di tempat kerja aku. Salah seorang dari mereka aku namakan Zack. Zack ni dia adalah pekerja kontrak dari branch lain dan hanya berada di branch ataupun ofis aku yang sekarangan dalam masa lebih kurang 8 bulan sahaja.

Zack ni bukan melayu, dari negara lain dan obvously dia bukanlah muslim. Muka dia normal, maksud aku bukanlah hensem macam artis jepun ke korea tapi just normal. Tapi dia adalah seorang yang kemas dan bersih

Kenapa aku cerita pasal zack ni? Ingat tak tadi aku cerita yang ada officemate aku bagitau, bila kita sukakan seseorang kita akan rasa electricity in our body. Akan rasa ada renjatan elektrik gitu dalam badan bila tengok dia. Hati berdebar-debar gitu. Dan itulah yang aku rasa bila pertama kali aku jumpa Zack.

Masa pertama kali aku jumpa Zack, sebagai senior aku dan beberapa staff lain kena bagi sedikit training untuk staff-staff baru berkaitan dengan kerja. Selalunya, bila berjumpa orang baru, aku selalu sukar untuk mengingati nama tapi senang untuk ingat muka.

Masa tu, Zack duduk paling belakang dalam bilk meeting dan aku belum pun kenal dia mahupun bercakap dengan dia. Masa tu, bila staff baru yang lain tengah perkenalkan diri, aku tengok dan fokus pada setiap orang dan sampailah part Zack.

Aku ingat lagi masa tu, walapun dia duduk agak tersorok, bila perkenalkan diri dia angkat muka, belum pun dia cakap apa-apa lagi. Bila aku tengok dia, i can feel the electricity. Ya.. aku tersuka dengan dia at the first sight. Hes not even that handsome but this feeling is very weird.

Sebut pasal paras rupa/handsome disini sebab aku percaya orang yang boleh fall in love/like at the first sight ni mesti sebab rupa paras. Tapi dalam kes aku ni tak. Jadi aku tasa ianya adalah sesuatu yang weird (pelik).

Selepas habis training. Waktu berlalu begitu sahaja. Aku pun tak layan perasaan suka ni disebabkan aku tahu yang aku tak boleh suka dia dan aku tak berminat untuk suka dengan sesiapa. Jadi aku anggap electricity yang aku rasa semasa training itu adalah sekadar gangguan emosi dan ia ibarat error didalam sistem semata-mata.

Oh ya, kerja aku adalah dalam bidang kajian. Berfikir secara logical itu dah sebati dan disebabkan itu. Aku rasa adalah logik untuk tidak patut berasa apa-apa terharap Zack.

Beberapa minggu selepas training, hari beralu begitu saja. Aku pun dah agak lupa tentang perasaan pelik aku pada Zack. Sampailah suatu hari, kami ditempatkan dalam team yang sama. Bermaksud kami perlu siapkan kerja bersama dan aku kena berjumpa dan bercakap dengan dia hampir setiap hari.

Sejak dari itu, aku kembali rasa the electricity bila aku nampak dia. Aku rasa pada masa tu aku dah ada rasa minat/ suka/ crush dengan dia. Aku pun sebenarnya tak tahu perasaan apa yang aku rasa pada masa tu. Tapi dengan fikiran logic yang aku ada, aku dapat kawal perasaan tu sebab bagi aku apa-apa perasaan tu tak patut pun ada.

Namun hari demi hari, semakin kenal dengan Zack, aku semakin suka dengan dia disebabkan personaliti dia. Setiap hari aku semakin semangat nak datang kerja dan siapkan projek dan tugasan sebab nak buat bersama Zack. Aku rasa gembira bila aku nampak dia dan kami kena buat kerja bersama. I don’t feel the electricity all the time tapi aku rasa genuinly happy bila dia ada.

Sampai suatu hari aku terfikir. Sejujurnya aku suka Zack. Sangat suka. Sebab ada kalanya aku teringat Zack sampai aku menangis. Sebab aku tahu, walaupun aku sukakan dia, tapi perasaan ni takkan boleh kemana. Confirm akan berakhir dengan kecewa.

Kenapa aku cakap perasaan ni takkan kemana dan aku perlu hentikan dengan segera, ini disebabkan :

1. Jika aku confess dengan Zack, aku pasti 100% dia akan reject. Sebab kami berlainan agama dan aku 100% yang dia tiada sebarang perasaan terhadap aku.

2. Jika manusia ada ability untuk tentukan perasaan sendiri, aku pilih untuk tidak ada apa-apa perasaan terhadap Zack.

3. Hidup ni pelik kan, mesti ada if/kalau..

Jadi, in another universe, kalaulah Zack pun ada perasaan terhadap aku dan kami decide untuk consider some relationship, sure akan dapat banyak tentangan dari keluarga dia dan keluarga aku kerana kedua-dua keluarga kami berpegang teguh pada agama masing-masing. Dan disebabkan tu, kami akan kecewa lagi teruk.

Jadi atas sebab-sebab di atas ni, aku perlu hentikan segera perasaan ini dan move on. Sesunguhnya aku mula rasa yang move on dari orang yang kita suka ni lebih susah berbanding dengan move on dari real relationship.

Apapun doakan aku tabah guys. Doakan aku boleh move on cepat-cepat dari perasaan ni dan berjumpa jodoh yang sebenarnya. Boleh juga bagi tips macam mana nak menjemput jodoh ye.

Ok sekian. Assalamualaikum.

– Nisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *