Boleh Bahagia Hidup Sebagai Ibu Tunggal

Sebenarnya saya nak kongsi ilmu dan berikan semangat pada kaum wanita yang diuji. Juga saya nak betulkan mind setting masyarakat kita bahawasanya hidup sebagai janda ini bukan satu perkara yang hina.

Ramainya diuji dengan ujian #rumahtangga. Dan mereka adalah sebahagian daripada kawan, kenalan, sahabat serta saudara mara saya sendiri dan diri saya juga seorang ibu tunggal. Macam² luahan dah saya dengar, baca dan dapat.

Apa yang boleh saya katakan dalam kita rasa sedih sebab diceraikan, ditinggalkan pasangan. Hidup penuh hina sebab digelar janda, kita terlupa untuk menghayati dan mencontohi sifat Khadijah r.anh yang juga pernah bergelar janda dan ibu tunggal. Bagaimana beliau menjalani kehidupan tanpa suami.

Beliau seorang yang dedikasi, penuh semangat. Mewarisi #perniagaan ayahnya dan bagaimana beliau membesarkan lagi empayar perniagaan ayahnya hingga menjadi jutawan dan disegani masyarakat arab.

Sebenarnya ramai lelaki kaya dan ternama mahu menjadikan Khadijah r.anh isteri mereka, tapi kesemua lamaran itu ditolak mentah-mentah kerana Khadijah r.anh rasa tidak memerlukan lelaki dalam hidupnya.

Kebanyakan kaum wanita bangsa arab ketika itu berkahwin untuk dilindungi oleh kaum adam, tetapi tidak bagi Khadijah yang sudah mampu berdikari dan berdiri di atas kakinya sendiri.

Bagaimana kita mahu bermula untuk mencontohi #Khadijah r.anh?

1. Mulakan dengan ubah mind setting. Jangan rasa hidup sebagai ibu tunggal ini merupakan kegagalan. Cari hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ubah diri agar jadi yang terbaik dan lebih baik dari sebelumnya. Katakan pada diri, “aku wanita hebat, aku mampu hidup tanpa lelaki kerana aku ada Allah!”

2. Usaha ada kerjaya sendiri. Wanita hebat adalah wanita yang ada income sendiri tanpa bantuan lelaki. Lihat bagaimana Khadijah berniaga. Beliau pasti ada income sendiri. Malahan, mampu memberi gaji pula pada pembantu-pembantunya.

3. Belajar mengurus masa dengan baik. Orang yang hebat ialah orang yang ada disiplin diri walaupun bekerja sendiri di rumah.

4. Pasakkan minda bahawa “aku kena bantu lebih ramai lagi orang. Bukan meminta bantuan dari mereka.”

5. Belajar memberi daripada menerima. Kerana tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah.

Usah rasa hina menjadi janda atau ibu tunggal kerana lihat Khadijah yang dijamin syurga oleh Allah, yang Malaikat Jibril pernah kirim salam padanya, yang paling dicintai oleh Rasulullah saw ini pernah bergelar janda dan ibu tunggal.

Siapa suami terakhirnya setelah itu? Sudah semestinya seorang lelaki paling hebat di alam ini.

Masyarakat melayu kita saja yang memandang hina golongan janda. Sedangkan golongan #duda mereka agungkan. Adilkah begitu dan adakah itu yang Islam ajar? Sudah pasti tidak. Kerana Islam amat mengangkat darjat seorang ibu tunggal.

Belajar bagaimana Khadijah menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal.

Menulis Demi Kebaikan,

– DH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *