Assalamualaikum.
Secara jujurnya, pada asalnya, aku ingatkan post IIUMC ni scam. Kira macam, kalau tekan, pasti kluar ads segala. Haha. Sorry admin. So lepas aku baca beberapa post dalam IIUMC ni, aku dapat conclude kan, most of the confessor are girls. Terbukti, girls lebih suka membaca dan menulis. By the way, aku lelaki. Haha. And aku dah 30 years old. Masa aku nak menaip, something pop up in my head..
“Im too old for this stuff”
But its okay.
So, aku ada baca pasal Syed Syarifah semua tu. Saudaris (plural), aku duduk di penempatan yang boleh dikatakan rata rata penghuninya adalah Syed Syarifah. Dan aku langtung takde rasa “takut” atau pandang tinggi pada dorang. Sebab kita semua adalah hamba Allah yang sama disisiNya. Yang bezanya cuma amalan dan ketakwaan kepada Allah. Bak kata pepatah, rambut semua hitam. Unless rambut korang warna emas, then korang memang lain dari yang lain which is you guys are not. So there. Deal with it. Untuk mengatasi masalah “takut dipandang tinggi” ni senang je. Korang jangan tengok drama banyak sangat. Ni pengaruh TV semua ni. In fact, masalah korang tersangat kecil. Anak anak kerabat sultan pun tak kecoh macam kau.
Tentang masalah “Roomate”. Juga rata rata confessors adalah perempuan. Actually, its a piece of cake. meh aku ajar salah satu ayat best untuk roomate korang. Lets say, nama roomate korang adalah Tapir.
Korang = Tapir, sewa rumah kau bulan ni naik 100 ringgit
Tapir = Asal pulak
Korang = Kau lupa nak bayar upah aku kemas rumah ni setiap minggu. 25 Ringgit seminggu. 100 ringgit la sebulan
Tapir = Apesal pulak aku kena bayar kat kau Korang = Exactlyyy. Aku bukan orang gaji kau. Sorry no sorry. Bak 100 ringgit bulan ni. Kalau tak, aku confess nama kau kat IIUM Confession bagi satu Malaysia kenal kau then kau jadi anak dara tua seumur hidup.
Masalah ketiga, tentang bawak kereta, member2 ramai nak pinjam. Aku dulu bawak kereta jugak pergi university. Memang member ada yang nak pinjam. As the best friend in the world, aku memang bagi pinjam. Tapi ni yang aku bagitahu diorang,
“Boleh bro takde hal. Tapi minyak kereta tu aku nak pakai esok pergi kelas and pergi bandar. Jangan pulak kau tinggal satu bar je kat aku. Haha. Top up macam biasa ea.”
Easy measy. Like ABC. Bila kau cakap macam ni, dia akan segan dengan kau. automatik dia akan top up balik. Jangan la kau senyap je padahal dalam hati dah menggelegak. Ni masalah sebahagian besar kaum hawa ni, rela simpan dalam hati. Ni tips untuk korang. Kalau adik beradik sendiri korang boleh sound or straight to the point bila bercakap, ini kan pula member2. Sound or straight je la dengan member2 korang. Kadang2 member ni dah ada satu buah fikiran yang macam “takpe, dia ok. Dia tak berkira hal minyak”. See. Just, spit it out. Come on girls, life is easy, why make it so harddd… Banyak lagi benda lain akan menimpa korang masa korang kerja nanti. Kalau masalah macam ni pun korang dah stress.. Hahaha, jangan mimpi la nak hidup tenang di alam pekerjaan nanti. Korang akan jumpa manusia lagi teruk dari member2 korang kat University tu.
Confession seterusnya, lelaki yang bajet tak tahu “Isteri dia tu siapa sebenarnya”. Dude… Dudddeeeee… Come onnnnn… Wake up dude. Whats wrong with you. Terang lagi bersuluh, cerita kau memang tak masuk akal. Apehal hidup dengan bini bertahun2 tapi tak tahu bini buat apa for a living. Whatttt….. Kau bajet kau ni pengembara zaman pendekar ke apa. Merantau mencari ilmu bertahun2 then bila balik ke kampung halaman, kau baru tahu bini kau anak sultan negeri pasir berbutir butir.. And kau bukan Shaheizy Sam yang discover binibini dia rupanya Gangster.. Ohh… Aku tahu kau dapat idea dari mana. Good job brahh. Just one advice for you my little coward friend. GET A LIFE. Mann, im sick already with these lunatic guys nowadays.
Next confession. Hantaran Kahwin. Okay. Seriously, bini aku ada master masa kitorang kahwin. Dan keluarga mertua aku letak hantaran kurang dari RM 10,000 hahahahahaha. Whats wrong with you people. Especially ibu bapa sekalian. Mak cik dan pak cik, belum pernah saya baca dalam mana2 nashkah yang mengatakan, Hantaran itu adalah kayu ukur kepada kebahagian rumah tangga. Belum pernah. Bila makcik dan pakcik letak hantaran kahwin sebegitu rupa, secara tidak langsung, ianya akan memberi kesan jangka masa panjang. Fikir kan. Isu ini akan berulang2 di bibir ahli keluarga mak cik pakcik sekiranya berlaku perkara yang tidak ingini berlaku dalam rumah tangga anak2 makcik pakcik sekalian. Kadang2 ada juga si perempuan yang inginkan hantaran sekian sekian.
Tak dinafikan. Ada. Tapi tak semua. Macam ni. Masa aku nak kahwin, ayah mertua aku letak hantaran kurang dari RM 10,000. Tapi time tu, aku happy. Sebab yela kan. Aku mampu. Tapi aku sendri fikir balik. Orang perempuan ni dia ada satu perasaan malu. Ye, maruah. Dia akan rasa malu kalau hantaran kahwin dia lagi rendah dari kawan kawan dia atau dari sedara2 dia. Tambahan pula dia ada master. Dan dalam Islam pun suruh lelaki menjaga maruah perempuan. So ni yang aku bagitahu bapak mertua aku,
“Ayah, say no more. Im your future son. Your daughter is your princess. But she is my queen. And Queen beat princess. If less than RM 10,000 is what you said, Im willing to “Up” the hantaran to RM 10,000″
Actually, aku tambah2 je ayat tu. Haha. The point is, aku dengan rela hati nak bagi hantaran sedemikian rupa. rela hati. Itu yang penting. Berlandaskan keikhlasan. So guys, complaint tu complaint juga. Tapi jaga sikit hati dan maruah bakal isteri korang ea. Dorang mungkin tak cakap. Tapi korang faham2 je la. Ala, tambah 2,3 ribu je pun. Spare part, gadget korang boleh beli beribu2. Inikan hantaran kahwin korang nak berkira. Korang lelaki, bukan takleh cari duit. Jangan jadi pondan sangat nak berkira dengan bakal isteri. Shes your future mother to your children for god sake.
Okay, last confession yang aku baca. Tentang anak anak muda yang berniaga kecil kecilan atau besar besaran. Bagi aku, langsung tiada salah. Walaupun dia ada degree sekian sekian, tak salah kalau dia nak cuba untuk berniaga. Berniaga ni sunnah Rasullullah sedara sedari. Cuma yang jadi masalahnya, apabila ada sebahagian dari peniaga peniaga ni claim yang dorang lagi bagus dari lepasa degree atau diploma atau master yang still tak dapat kerja , or kalau dapat kerja pun income lagi kecik dari dorang. Hahahahaha.
Listen to this my little fellas… Aku pun orang berniaga. Mungkin ni bunyi agak bongkak, tapi berbanding dengan income korang, income aku berpuluh puluh kali ganda income korang. Dan aku tak pernah perkecilkan lepasan2 degree diploma ni smua.
And here is why..
“Diorang adalah modal modal insan yang sebenar benarnya meng generate ekonomi negara”
Jap… How. Here is how. Aku ambil 2 sample.
Lepasan tenaga pengajar. Guru. Diorang lah yang mendidik anak bangsa kita untuk menjadi modal insan yang competent. Apabila dorang mampu mengeluarkan barisan pelajar yang competent, kerajaan akan mula menubuhkan institusi2, atau program2 latihan kemahiran sejajar dengan arus pendidikan semasa. Di sini, telah tercipta ratusan job vacancy untuk lepasan graduan2 baru yang specialise dalam pengajaran berbentuk kemahiran.
Apabila tertubuhnya institusi2 macam ni, pelabur2 swasta akan mula mencari ruang untuk melabur dana dalam institusi2 ni. Maka di sini, kerajaan dapat gain balik dari sektor swasta. Melalui institusi2 ni juga, Setiap pelajar2 akan diberikan biasiswa atau pinjaman ptptn untuk dorang melanjutkan pelajaran. Dengan kuasa beli yang ada pada pelajar2, dorang akan membeli. proses jual beli ni lah yang akan menguntungkan kerajaan semula. Ditambah dengan GST segala. Dan secara tidak formalnya, dorang lah yang akan membeli dengan korang wahai peniaga2 syok sendiri sekalian. Aku yakin, potential customers korang semua rata2 adalah pelajar2 lepasan spm bukan?
Dan bila pelajar pelajar ni dah grad dan kerja, maka akan wujudlah kuasa pembeli yang baru. FYI, bukan korang (peniaga) yang control ekonomi negara ea, tapi pembeli atau pengguna. So nampak tak kitarannya. Korang bukan penting sangat pun dalam memajukan ekonomi negara.
Lepasan kejuruteraan or equivalent. Sektor pengindustrian tidak akan berjalan lancar sekiranya tiada graduan2 teknikal baru. Korang ingat kilang2 luar, pelabur2 asing nak masuk malaysia kalau malaysia punya pencapaian dalam sektor pengindustrian ni lemah? Kita sedia maklum yang kita tertumpu kepada dua jenis industri. Eksport dan pemasangan. Kita tak begitu mantap dalam eksport. Tapi kita clearly good dalam pemasangan. Dan pemasangan memerlukan tenaga buruh yang ramai. Siapa tenaga buruh ni? Graduan2 teknikal yang korang perlekehkan la. Dorang lah yang produce product2 yang berkualiti untuk di pasarkan. Tu belum kira lagi dalam bidang pemprosesan bahan chemical, gas dan petroleum.
We are so good now already. But we need these people. Tenaga mahir yang berkebolehan untuk menjadi tulang belakang kepada industri2 ringan mahupun berat dalam negara kita. Bayangkan kalau dorang ni semua di basuh oleh ideologi korang yang…
“alah berniaga macam kitorang lagi bagus la. boleh dapat ribu riban k k k sebulan”
Maka terbantutlah sektor utama negara kita ni. So sape korang wahai peniaga2 muda ni kepada negara? Oh haah. Korang pun generate pengaliran mata wang transaksi dalam bank bla bla bla. But you guys will never become more important than this people. Korang generate income untuk korang, bagus. Tapi graduan2 ni semua create future. Future that next generation can live on.
Aku tak cakap berniaga tak bagus. Go ahead. But dont you dare to take out every single malaysian young generation’s passion. Yeah, im talking to you wahai jutawan jutawan air liur sekalian. Exactly, yang bagi ceramah brainwash student yang mencabut passion dorang untuk menjadi someone professional in certain field that Our Government desired. Shame on you. These young generation have passion. They are way too young. Biar dorang decide sendiri hala tuju dorang.
Kita yang senior ni kena fikir jauh, jangan ingat nak tebalkan poket masing2 je. Korang yang tengah study atau yang tengah nak sambung belajar, teruskan. Graduate. Contribute untuk negara dulu. Biar fikiran jadi matang dulu. Belajar dulu pasal pasaran or stock market. Jangan main terjah je. Orang berniaga nasi lemak, kau nak berniaga juga. Orang berniaga produk kecantikan, kau nak berniaga juga. Belajar dulu. Nak rush ke mana dik. Kenal orang sekeliling. Bila kau graduate, kau akan kenal dengan orang2 professional masa kerja nanti dik. Banyak lagi peluang berniaga kau boleh belajar.
Aku dulu asyik kena gelak je dengan member sebab makan gaji. padahal dalam fikiran aku, aku nak buat connection, kenal market. Belajar tentang pengurusan. Belajar pasal akaun dengan orang2 baru. Belajar cara buat proposal kalau kau nak buat business berbentuk service. Belajar cara buat costing. Belajar interact dengan people. Belajar cara buat hubungan baik dengan golongan2 professional. Dibandingkan dengan ceramah yang kau bayar beribu2 tu, lebih baik kau join company, study the environment and ever single chances that you can create. Believe me. Worth it.
Aku straight cakap kat korang, aku hidup senang. Aku ada company. Aku hired orang. Bongkak, riak. Suka hati aku. Aku nak motivate anak bangsa aku. haah dik, sky is the limit. Mcam mana. Kau menyelam dulu dalam industri. Kemudian baru fikir apa yang korang nak buat. To serve your country and your family. Dengan cara ni, korang akan jadi valuable asset kepada negara. Sebab professional people akan sentiasa menguntungkan negara.
Okay, aku buka sikit untuk korang. Let say, korang ni dari jurusan marketing ke, training ke, human resources ke, engineering, architecture ke tak kisah. Janji korang dah gain experience and tahu macam mana cara kerja korang. First step, daftar SSM. Letak nama company biar nampak professional sikit. Kemudian, buat website. Biar nampak professional. Ada gambar office tipu2 pun dan cukup. Address company, letak alamat rumah pun jalan je. Letak services, products kalau ada. Letak Contact us, and professional experience, cukup. Biar ada email sendiri. Contoh, [email protected].
Secara tidak langsung, mana2 manusia dalam Malaysia ni akan ambil serious terhadap korang kalau korang hantar email ke mana2 company instead of email guna gmail or yahoo, orang tak pandang dik haha. So, email sendiri. Sebab korang nampak professional. Website ada .my. Wow, mamat ni mesti ada company berdaftar ni. Then third step, contact potential customer. Melalui email, ataupun….. yeah… Linkedin there you go. professional tak guna FB dik. Kitorang guna Linkedin. Haha.
Dalam email, just politely buat ayat bermadah yang korang ada menyediakan service etc etc. Sertakan website korang dalam email. Letak attachments yang perlu. Dan bagitahu your qualities. Korang punya kelebihan berbanding orang lain. Dan bagitahu juga, yang korang akan bersuka cita sekiranya diberi peluang untuk melanjutkan perbincangan dengan dorang berkaitan dengan service atau product korang. Kalau dorang setuju, prepare lah presentation slide ke apa ke. Buat proposal. Lepas tu present. Kalau ada rezeki, itu akan menjadi rezeki pertama korang sebagai new professional businessman. Kedua dan ketiga akan menjadi lebih senang. Dan tak makan masa lama pun, melalui Linkedin , korang akan dikenali.
So, opportunities.. Korang ada sijil dalam bidang korang. Korang ada track records yang bagus dalam company korang kerja sebelum ni. Then, tiada sebab, client taknak buat business dengan korang. Kalau harga korang reasonable la. Jadi, nasihat aku. Sambung belajar. Kalau nak teruskan jadi businessman, jadilah professional businessman. How. By being a businessman, in your own field of study. Kemudian, hire pulak student baru. Begitulah kitarannya. Always contribute.
Ini yang negara kita mahukan.
Sekian, terima kasih. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari aku. Assalamualaikum
– Isaac Netero (High Five HXH Fan)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit