Sahabat Kecewa

Hai guys…aku bukanlah penuntut IIUM tapi aku dari sebuah IPTA di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia dan aku merupakan peminat setia page ni, so I was thinking why not aku sumbangkan idea atau more of a confession aku kat sini. Aku ada kenal someone ni. Young mother at the age of 23, masih belajar, tinggal di luar kampus berseorangan tanpa suami di sisi and claimed she can do everything by herself walaupun kawan-kawan baik dia dah nasihatkan dia tetang pelbagai possibilities yang bakal dia hadapi sejak sebelum dia mengandung lagi. Namun, kami semua sangat kecewa dengan sikap dia yang kononnya dah matang sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu.

Yang pertama, if you guys is a young mom, tolonglah jangan CONSTANTLY post your kid’s photos on Facebook ke, Ig ke atau Twitter ke. Tak salah nak share tentang kebahagiaan anda tapi kalau dah hari-hari dan sehari tu dalam dua tiga post pasal anak kau, orang akan terfikir; “dia ni asyik cakap banyak kerja, tak cukup tidur buat assignment sebab anak merengek tapi ada masa pulak nak update sampai dua tiga kali sehari pasal anak dia je. Siap rakam video”. Guys, seriously, please stop. Aku bukan nak bash orang yang suka post pasal anak mereka tapi cukuplah kalau nak seminggu sekali. Zaman sekarang ni bukan setakat orang muda yang online, orang tua pun ada yang online. Dalam banyak-banyak orang ni kita tak tahu kot-kot ada pedophilia ke, penculik ke, orang yang berniat jahat ke atas anak kita ke. Kalau dah selalu dok post gambar anak, it give the impression that you are constantly and always with your mobile phone and not caring about your child pun but more of the likes and views. What you are caring is about people giving you the attention. Suka orang komen “kesiannya dia, ada anak mesti life dia susah dah la duduk sorang-sorang” and stuff like that? You are only inviting a lot more dangers. By the way, untuk ada anak dalam umur yang sebegitu muda adalah sebuah pilihan. Jadi, why aftering all such comments?

Secondly, bila dah ada anak, jangan mengharap sangat pada bantuan orang. Sebagai sahabat, kalau ada kawan-kawan yang perlukan bantuan mestilah kita tolong kan? Tapi, bila korang ni seorang ibu muda, life is hard. Single pun life is hard. Kahwin without anak pun life is hard. Life semua orang susah dan masing-masing ada struggle tersendiri. Tapi, kalau kau jenis orang yang rasa macam nak have fun lagi, almaklumla, young wild and free kan, please reconsider balik keputusan nak ada anak tu. Kalau tak, mungkin akan jadi macam kenalan aku ni la. Biasalah, bila dah selalu dimanjakan, asyik orang berteman kemana saja, bila duduk sorang tu, of course it is a battle. Tapi bila dah jadi macam ni, jangan expect kawan-kawan kita akan sentiasa on-call boleh tolong kita. Kawan-kawan ni, biarpun takde anak, tapi ada kerja lain yang penting bagi mereka. Jangan expect just because they have no kids, their life is not as important as ours yang ada kids ni. Silap besar tu. Respect you friends. Diorang tak boleh tolong, tak pe lah. Jangan paksa-paksa. Kawan ni kawan jugak, tapi kita kena tengok keselesaan dia jugak. Ini kalau kawan tak boleh datang sebab penat ke, banyak kerja ke, terus buat ayat sedih-sedih. Hmmm…di mana kesediaan nak jadi ibu tu? Dah tu awak yang pilih untuk berada dalam situasi itu kan? So guys, please, respect your friends and their availability and don’t be too dependant.

Thirdly. Anak sakit. Baby, immune system masih lemah, so it is understandable and acceptable kalau anak asyik sakit. Bawaklah jumpa doktor and consult with them. Jangan meroyan dalam Twitter dulu call sana call sini asking whether husband should datang and pay visit. Husband dekat takpe, tapi kalau jauh? Kesian. Settle kan dulu hal anak, instead of posting pictures of your kid tengah sakit and post on Facebook. Hmm…nak orang kesian ke apa? Kalau tanya tips anak sakit ok la kot.

Fourthly, just because you are a mother that doesn’t give you the right nak layan kawan-kawan kau macam orang suruhan. Yelah, macam aku cakap tadi lah, kawan-kawan aku mungkin tak kahwin lagi, no kids and no husband tapi they are an individual. Jangan ajak kawan kau keluar semata-mata nak jadi tukang pegang anak kau, tukang urus anak kau while you are running the errands. Guys, seriously? Itu anak awak, awak la uruskan. Unless kalau kawan-kawan kita memang betul nak tolong uruskan anak awak barulah ok nak kasi diorang dukung anak awak. Gunalah stroller. Memanglah berat tapi apalah gunanya stroller tu? Ini kes nak senangkan kerja sendiri dan menyusahkan kawan-kawan yang hanya ada hujung minggu untuk berehat. Bukan kawan-kawan awak tak sudi nak tolong, tapi perlu ada batas-batasnya. Ini kalau semua orang buat untuk awak, macam tu ke kata “ibu muda berdikari”. I don’t see it that way. Lagi satu, kalau kita ada kawan-kawan yang banyak beri nasihat pada kita, listen to them. Banyak yang kita tak setuju, takpe la. Raikan je dengan mendengar. Bersyukur ada kawan-kawan nak bagi nasihat. You don’t put on your “i-am-a-mom-and-more-mature-than-you” hat and reject semua nasihat kawan-kawan bagi and claimed them to be not supportive enough. They are supportive, that’s why la diorang nasihat.

Haish. Jujur, aku dah penat nak nasihat kenalan aku sorang ni. This person even labelled us as not being sincere enough nak tolong dia bila kami cuba nasihat dia. Aku paling kecewa, sebab aku paling rapat dengan dia and she never listen to me. Now we are not talking and I think it is the best. Hmmm jadi harapnya korang ambil iktibar, dan kalau korang rasa aku silap, tolong nasihatkan aku di ruangan komen. Ibu-ibu muda yang lain harapnya tak terasa or marah ye. Ini cuma apa yang berlaku bila manusia jadi ego atas kelebihan yang dia ada. Thanks for reading :)

– Siti Zulaika Arifin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit