Umi Minta Maaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca.. Agak kekok untuk berbicara kerana sudah lama tidak menjengah ke sini.

Intro- baru dikurniakan cahaya mata di samping suami yang begitu penyayang dan memahami.

Hidup sederhana juga rumah dan kereta yang sederhana cukup untuk bawa anak dan diri untuk check up setiap bulan.

Sebenarnya, aku menulis untuk berkongsi perasaan sebagai seorang umi yang tak dapat breastfeed dan juga supply susu badan kepada anak.

Masa mengandung memang rasa dah tiptop persediaan sebagai bakal ibu dengan pam susu yang manual

(sebab dah memang plan nak direct feed so pump eletric rasa tak perlu lagi), cream untuk melecet, milk storage, tanya kawan yang berpengalaman serta sentiasa doa untuk cukupkan susu badan.

Tapi benar bagai dikata, kita hanya merancang dan Dia sebaik-baik perancang.

Anak aku Orked kena tahan nicu selama seminggu dan dalam masa seminggu tu aku tak pam sangat sebab ada kawan bagitau dalam pantang jangan pam risau oversupply.

Sebagai orang yang zero pengalaman aku hanya mengikuti tanpa banyak soal.

Bila Orked dah boleh balik, aku ajar dia direct feed and she did it successfully. Aku agak impressed sebab memang dia terus pandai.

Namun begitu, bila check up berat turun dan kuning makin naik. Bila 2 keadaan itu berlaku, itu petanda anak tidak mendapat susu yang cukup.

Jadi, aku terpaksa bersetuju dengan berat hati cadangan suami untuk top up dengan susu formula untuk seminggu atau sehingga kuning Orked dah tiada.

Masa tu, aku hanya ambil lewa bab pam susu badan sebab keadaan badan menunjukkan bahawa susu badan sentiasa ada dan cukup.

Satu silap aku, tidak pam secara serius dan tak cari ilmu penyusuan secukup-sukupnya. Akhirnya hari berganti hari dan minggu berganti minggu Orked bergantung pada susu formula sepenuhnya.

Jujur aku katakan, saat itu aku sudah mula panas hati dan menyampah melihat Orked menggunakan botol susu pada awal kelahirannya sedangkan aku ini umi yang ada depan mata dan pernah ada susu secukupnya.

Just to remind here that baby ni mula-mula perut besar buah ceri ja so memang akan cukup susu yang dihasilkan.

Namun begitu, aku tak putus asa sebab aku yakin badan aku masih dapat mengeluarkan susu.

Aku usaha membuat temujanji dengan lactation consultant(LC) secara face to face dan online. Semuanya berguna dan memberi kata-kata positif.

Atas dasar seorang umi bekerjaya, aku tidak dapat mengikuti tips yang diberikan oleh LC dengan serius. Malah, kekangan kewangan menyebabkan aku tidak dapat membeli pam susu tanpa wayar.

Masa nilah aku mula rasa stress sangat-sangat. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa anak aku tidak dapat minum susu badan. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

Hanya air mata menemani duka. Sampaikan setiap kali menyusu pelan-pelan aku lap air mata memikirkan betapa rugi aku tidak mengambil serius hal penyusuan.

Suami di sisi sentiasa memberi kata semangat tetapi dengan faktor yang sentiasa ke hulu ke hilir, berjumpa dengan client dan kekangan wang untuk membeli handsfree pump menyebabkan susu badan semakin berkurang.

Setelah anak aku berusia 9 bulan baru aku benar-benar redha dengan semuanya. Ya, aku redha but I keep blaming myself for not being serious.

Bila aku analisa salah aku dimana dan kenapa ini semua berlaku dan menyebabkan Orked tidak dapat menjadi sebahagian aku, aku dah jumpa.

Aku tidak menidakkan takdir dan aku bukan pentaksub susu badan cuma aku rasa terkilan dengan diri sendiri kerana terlalu memandang mudah hal ini dari awal.

I could prevent the sadness if I stop using the formula milk from beginning.

Aku sangat berharap penulisan aku menjadi pedoman untuk ibu yang menghadapi masalah yang sama.

Aku berharap coretan ini menjadi panduan untuk bakal ibu supaya tidak mengulangi kesilapan aku. Terpenting, umi nak Orked maafkan umi…

Lat but not least, kata kunci atau keyword untuk bakal ibu –

Antenatal class (kelas sebelum bersalin),

Lactation centre (pusat penyusuan yang ada beberapa pakar dalam bidang penyusuan),

Breastfeeding centre (pusat penyusuan),

Lactation specialist (pakar penyusuan).

Sekian..

Umi yang bakal breastfeed for next anak,

InsyaaAllah.. aamiin.

– JIWA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *