Panggilan Allah Lagi

Alhamdulillah. Assalamualaikum WBT. Lama rasanya menyepi disini dan menjadi pembaca setia. Setelah beberapa post tentang Umrah Mencari Dia beberapa siri jauh kebelakang menghilang.

Untuk part I, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia-iv/).

Untuk part V, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia-v/).

Untuk part VI, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia-vi/).

Kini kembali dengan perkembangan buku sudah setengah muka dalam penulisan. Doakan dipermudah urusan. Masih jauh perjalanan.

Kali ni nak cerita bagi iktibar untuk diri sendiri dan rakan pembaca. Niat adalah ibu utama. Akar kukuh dalam sesuatu perkara. Dulu saya tidak pernah mengamalkannya. Apa yang ada dan datang seperti biasa kita akan tempuh. Apatah lagi dalam soal-soal ujian kehidupan.

Tapi setelah beberapa kali menziarahi baitullah, saya merasakan diri saya sudah ada banyak perubahan. Tapi tidaklah meletakkan diri orang sempurna bahkan banyak benar kurangnya.

Beberapa tempoh setelah pulang Umrah Ramadhan baru-baru ini saya banyak diuji. Moga Tuhan mengampuni saya. Sekilas pandang dan merenung betullah.. “Allah tak uji kalau kita tak mampu”.. dan “Allah uji sebab nak tengok betul ke kita beriman pada dia..”.

Ujian yang saya hadapi amat berat bagi saya. Sehingga ada saat saya merasakan mahu putus asa. Ujian apa saya tak nak share sini. Cukup saya sahaja yang tahu dan Dia.

Satu malam saya menangis puas sampai penat tertidur.. Mengenang dosa yang melaut dan menggunung nih rasa sedih dengan diri sendiri. Hampa.. menghampir putus asa. Saya tidur dalam penat menangis..

Malam tu saya dapat mimpi.. Saya lihat 2 orang lelaki datang pada mak marah-marah.. Dia punya marah tu hebat. Bila terjaga saya sambung nangis. Kenang balik dosa jangan sampai hukumannya terpalit juga dekat mak ayah. Moga Tuhan ampuni kita semua. Khilaf dan silap kita..

Malunya nak mengaku diri. Terus bawa perasaan nak putus asa tu. Gagahkan juga keluar dan hiburkan diri. Saya tak pergi lain selain masjid dan mana-mana majlis ilmu.

Saya cuba keluarkan walau seringgit. Walau dalam poket pun ada berapa sen la sangat. Tapi sebab masalah yang membadai diri dan rasa sesak dada saya cuba juga. Saya pacu kereta, jalan melihat kebesaran Allah dan mencari mana-mana rumah anak yatim dan duduk bersembang dengan anak-anak ni.

Saya mencari balik semangat saya yang hilang. Bertambah-tambah meleleh air mata bila sembang dengan anak-anak ni. Mak ayah dah tak ada dari kecil. Ada yang mak ayah meninggal kemalangan dan ada juga yang jenis keluar masuk jail sebab dadah. Tak kurang juga yang jenis check in hotel sehingga abaikan anak-anak.

Semua tinggal kat sini, tak ada bantal almari.. Tidur atas papan rumah kayu sekadar tumpang berteduh. Tumpang kenyang atas ehsan NGO yang banyak ikhtiar dan usaha. Terima kasih NGO yang banyak bergiat bantu ummat. Anda sungguh mulia..

Saya renung nikmat mereka dan nikmat saya. Jauhnya Allah SWT lebih baik dengan saya. Saya tidak merasa lapar, perut sentiasa berisi. Saya tidak merasa susah tidak berkenderaan, sentiasa ada untuk dinaiki.

Saya tidak merasa susah tiada kasih sayang, sentiasa ada ibu ayah memberikan. Saya tidak merasa hidup tidur beralaskan cuma papan, malah tilam empuk sebagai sandaran. Bertapa Tuhan baik dengan saya dan anda semua.

Saya berjalan melihat pasir dan buih dipantai.. Begitu banyaklah aib dan dosa saya.. Seperti itulah. Malu rasanya nak meneruskan hidup lantaran malu dengan Tuhan yang berikan banyak nikmat. Esoknya saya whatsapp guru tafsir saya.. ” Ustaz.. semalam saya ada mimpi..” saya cerita perihal mimpi saya kepada ustaz. Dia rujuk kitab tafsir mimpi dan mengatakan ada benda baik akan datang InsyaaAllah..

Hati dan fikiran masih tak tenang. Macam mana tafsirannya boleh begitu.. Ustaz kata “awak akan sampai jodoh tak lama lagi.. Sama ada awak terima atau tolak.. Benda baik katanya..” Allah3x.. Sejak tu saya tidur tak lena.. Masih meneruskan hidup dan bina kembali semangat dan senyuman saya. Bertapa tak kuat tuh tapi sandarkan juga percaya kepada perancangan Tuhan.

27.9.2019 saya panjat tangga mudahkan urusan orang lain.. Hari ni 1 .10.2019 Allah mudahkan urusan saya dengan balasan yang tak saya jangka. Saya keluarkan 1 ringgit Allah balas dengan jumlah berganda dan dengan usap tangan pada kepala anak yatim tempoh hari, Allah balas dengan jawapan dan mengusap kembali hati saya yang sedang berduka. Allah3x.. Maha Baik Allah..

Alhamdulillah lagi sebulan Allah SWT menjemput kembali jasad dan ruh saya bertamu ke rumahnya. Dengan izinnya dan tanpa saya jangka. Langsung saya tidak jangka. Tapi siapa mampu menidakkan perancanganNya.

Betullah saya masih berjodoh, dan moga umur saya juga panjang untuk bertemu jodoh yang amat saya rindukan.. Baitullah.. Tiada kata dan keindahan melainkan air mata kesyukuran yang saya dapat luahkan dan kongsikan saat ini..

Niat yang baik-baik sahabat-sahabat.. Anda akan dapat pulangan yang baik-baik. Dan buatlah walau amar ma’ruf yang kecil. Hatta cuma memberikan secebis makanan pada semut. InsyaAllah, Allah akan membalasnya dengan kebaikan tepat pada masa yang indah Dia tentukan.

Teruskan sabar dan kutip balik semangat yang berderai. Sungguh Allah SWT sentiasa bersama hambaNya selama mana hambaNya bersangka baik padanya.. Alhamdulillah.. Nikmat Tuhan mana lagi yang hendak kamu dustakan.. Allah3x..

Kali ni kiraan saya tepat.. Allah jemput saya tepat setiap 6 bulan. Dari tempoh Umrah pertama selang 6 bulan Allah jemput saya Umrah ke 2 dan selang 6 bulan ini Allah jemput saya Umrah kali ke 3..

Doakan Allah permudahkan jika dipanjangkan umur untuk ibadah Haji.. Saya tak tahu apa hikmah sebalik ini. Tapi saya percaya ianya bukan kebetulan melainkan perancanganNya yang cukup indah tepat pada waktunya,

Duit? saya tak pernah fikir pasal duit, bukan sebab saya ada duit.. saya tak mampu semua tu, tapi Allah SWT temukan banyak cara dan jalan yang menjadikannya cukup tepat juga pada masanya. Ketika saya menulis, baki bank saya tidaklah banyak. Dan sebelum ni juga begitu..

Tapi bila Allah SWT yang jemput, Dia tahu jalan dan caranya, dan saya percaya Dia akan bantu saya. Dia takkan jemput dengan jemputan sia-sia melainkan Dia berkehendak dan redha.. HasbunaAllah wa ni’mal wakeel.. Yang penting NIAT.

Sekian. Doakan perjalanan Umrah saya kali ini Allah SWT hiaskan dengan kisah yang indah-indah. Agar saya dapat berkongsi dengan anda dan mendoakan anda juga. Untuk yang ingin mengirim doa sila komen diruang komen. InsyaAllah saya cuba sampaikan dan bantu melepaskan hajat kalian.

Saya bukan orang baik, Tapi saya cuba berbuat kebaikan.. Agar dengan kebaikan ini, mendatang Allah SWT balaskan lagi saya dengan kebaikan lain. Amiinn Ya Rabbal ‘Alamin..

– Cik positif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *