Umrah Mencari Dia VI

Untuk part I, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia-iv/).

Untuk part V, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia-v/).

Alhamdulillah. Perjalanan kami diawalkan sehari memasuki kota mekkah mukarramah kerana difahamkan pemimpin negara-negara Islam sedang bersidang 10 malam akhir Ramadhan.

Ummat kita tengah tenat. Jadi seluruh kawasan Masjidil Haram dipenuhi tentera Saudi untuk menjaga keamanan pemerintah bersidang. Bus dan teksi serta kereta tidak boleh memasuki kawasan Masjidilharam sesuka hati. Hanya waktu-waktu tertentu sahaja akan dibuka sebagai laluan dan kebanyakannya tidak diizinkan masuk.

Alhamdulillah masuk dan sampai sedikit lewat dalam jam 12 tengah hari.. Setelah puas bus pusing cari jalan paling rapat boleh masuk hampir kepada hotel. Alhamdulillah dipermudah.. Kami ready untuk masuk Umrah wajib pertama. Aku nak cerita time umrah pertama ni la Tuhan uji aku dan ajarkan aku satu perasaan baru. Ada sorang makcik ni.. Sebelum ni kami dah sembang-sembang dalam bus.. makcik ni umur dia dah cecah 70 lebih..

“Nak.. kamu ni macam dah biasa dengan tanah ni..?” Aku senyum.. “Takde la biasa makcik, cuma cepat serap dengan suasana je makcik..” Aku senyum dan dia balas senyum aku.. sinar-sinar mata hitam dia. Aku tak tahu kenapa.. tengok muka makcik ni buat diri rasa happy je, mungkin aura positif dia melekat dekat aku kot..

“Nak.. ni umrah pertama makcik nak.. Macam mana rupa ka’bah ye nak? Tak sabar betul makcik nak tengok..” Allah3x.. Mengucap panjang aku dalam hati.. “Makcik.. kejap lagi je kita akan masuk tengok ka’abah.. sabar ye makcik.. penantian makcik selama puluh-puluh tahun.. kejap lagi Allah jawabkan..InsyaAllah..” Aku gengam jemari dia penuh harapan.. Tak tahu kenapa aku pulak yang sebak time tu..

Sudah ready semuanya dengan alatan pendengaran (earfon khas kegunaan untuk menyambung talian semua satu kumpulan jemaah yang dipandu oleh seorang mutawwif). Kira mutawwif cakap kita boleh dengar terus melalui earfon tu dan setiap kelakuan wajib mutawwif pandu bersama.

Ni umrah pertama makcik, ada bawak anak perempuan sorang sebagai teman dalam perjalanan.. Jangan tanya diorang mahramkan sapa.. Sebab aku sendiripun tak pasti dan segan nak tanya takut menyentuh sensitivity yang tak sepatutnya..

Tadi dalam bus makcik dah taruk minyak angin bebanyak dekat lutut.. Aku perhati dan berbasi-basi tanya kenapa dengan makcik sebab nampak macam sakit benar gayanya.. Anak dia cakap mak cedera masa berebut masuk Raudhah.. Hahh.. faham la kan sekarang tahap berasak dia tu.. Kaki mak terseliuh katanya sebab laju sangat main lumba lari dalam Raudhah.. Ye lah.. Orang tua, tara mana sangat boleh tahan.. Umur dah cecah 70 lebih kot.. tapi gagah aku tengok makcik ni punya semangat.

Mungkin korang akan faham bila masuk angka 70 tahun dan masa tulah Tuhan izinkan kau melihat kebesaran Dia di tanah ni.. Buat pertama kalinya.. Masa ni kau akan rasa bertapa bertuahnya kesempatan yang kau dapat. Aku pandang je makcik tu, dia tak banyak cakap.. tapi mata dia cukup ceritakan bertapa happynya dia dapat jemputan dari Allah SWT.. Tadi dalam bus kiri kanan kiri kanan kepala dia pusing-pusing tengok luar jendela bus.. Happy punya pasal..

Masa kaki mula melangkah masuk masjidilharam..Mutawwif sebut.. “Semua pandang depan.. Semua Nampak ka’abah? Ada yang tak nampak? Pakcik makcik Nampak? Alhamdulillah kalau semua nampak bererti Allah SWT redha akan kamu semua menjadi tetamu Dia saat ini..” Bederai air mata.. Semua bederai.. Bukan aku sorang.. Tawaf masuk layer manusia aku jumpa pakcik takde separuh badan guys.. Begitu dia usaha dengan dua tangan dia nak habiskan 7 pusingan.. Tengah panas terik dan dalam keadaan berpuasa.. hangpa rasa? Sambil tawaf sambil aku nangis tengok pakcik tu.. Sebab malu dengan diri sendiri..

Balik cerita makcik tadi.. Masuk tawaf pertama. Anak dia pimpin, dalam terhencot-hencot tu gagah makcik selesaikan 7 pusingan. Aku ada kat belakang jadi jaga kot-kot perlu aku sambut jika terjatuh. Aku follow rapat sebab aku punya tahap lavel kesian dan suka tengok semangat makcik perjuangkan saat tawaf tu.. Selesai tawaf kami masuk tempat saie..

Terus kami start saie.. Masuk pusingan ke 5 makcik tadi dah macam nak rebah. Anak makcik tadi mintak mutawwif berenti kejap tepi, sebab nak bagi laluan makcik rehat kejap.. Mutawwif pun berenti tepi. Tapi dengan group yang ramai ni mana boleh berenti lama-lama. Jalan dah makin jem sekaya dah.. Jemaah berpusu-pusu masuk macam semut hurung gula. Mutawwif bagi hint tak boleh berenti lama. Kena selesaikan jugak. Jadi mutawwif cadangkan pakai kerusi roda dekat makcik. Bening je aku tengok mata dia..

Aku paham hati dia tengah sedih.. Dia nak habiskan 7 pusingan dengan tapak kaki dia sendiri.. Ni umrah pertama ni.. feel dia lain weh.. lain.. serius lain.. Kita akan fikir semua benda nak buat sendiri.. Nak sempurna.. Nak yang terbaik.. Ni umrah pertama dalam umur 70 tahun..Setelah puluh-puluh tahun banting tulang cari duit nak sampai sini.. Fahamlah perasaannya macam mana.. Macam korang pi melancong, tentu-tentu semua moment korang akan selfie dan videokan.. hahh gitu rasanya..Semua nak kena lengkap dan sempurna..

Sedih aku tengok.. Yang lain tolong bagi bantuan urut-urut. Masa ni yang penting kerjasama.. Masa ni jugak la kau boleh tengok sejauhmana rasa simpati dan kebaikan-kebaikan yang masih ada dengan orang sekeliling kau.. Bukan nak kata aku baik.. Tapi saat nilah kita memang perlukan satu sama lain.. Nak-nak bila menyantuni orang lebih tua dari kita..

Ni kadang benda paling besar aku perasan dengan masalah anak muda sekarang.. Baik je boleh duduk picit-picit fon sedangkan sebelah dia makcik tua,pakcik tua atau ibu mengandung tengah diri cam tunggul.. takde rasa nak bangun pelawa atau bagi ruang dekat orang lagi perlu.. Besarkan fon dan game lagi.. Punah betul generasi muda sekarang.. Selalu ni aku perhati.. Hurm.. tenat ummat kita ni.. tenat.. Dekat airport lagi-lagi la banyak jumpa spesis camni.. Kesian tengok orang yang lagi perlu dari kita..Berubahlah.. kita mampu ubah..

Aku habis takde arah dah punya tahap aku cabut guard kaki yang memang aku pakai dekat lutut.. Setiap kali nak selesaikan ibadah umrah.. Benda alah ni memang aku pakai sebab aku nak maintain hilangkan sikit lenguh-lenguh sejuk pijak lantai marmar Masjidilharam.. Sesapa yang ada hajat nak ke sana, boleh prepair siap-siap supaya bantu perjalanan ibadah anda.. Memang aku sayang sangat-sangat dekat benda tu sebab banyak bantu mudahkan urusan aku. Tapi tak sampai hati nak hampakan harapan makcik ni.. Dan tak sampai hati nak tengok reramai terkandas kat situ.

“Takpe ustaz.. saya boleh jalan lagi ni..” makcik tu gagahkan jugak bangun.. serba salah pulak akunya.. Cabut pasang dekat kaki makcik lelaju dan ketat-ketat biar kuat dapat tampung sikit sakit dia tu.. “Takpe makcik.. pakai saya punya ni dulu.. InsyaAllah kurang sikit sakit.. Kita ada baki lagi 2 pusingan je makcik.. gagah ye makcik..”. Aku sekadar bagi semangat. Makcik senyum.. Kalau ada yang tanya apa rupa safa marwah tu.. Jalan di tengah mendatar.. Nak naik ke hujung safa marwah tu berbukit.. kena mendaki sedikit.. Bagi orang tua macam makcik ni dekat part mendaki tu la perit tu..

Start dari situ aku bantu papah belah kiri, anak makcik papah belah kanan.. Baki lagi 2 pusingan.. Kami jalan pelahan-pelahan. Orang dah ramai padat.. Dia punya padat tu sampai mak aku boleh tersalah pegang negro mana tah sebab ingat tu suami dia.. Sampai tahap tu padatnya orang.. tertukar suami.. haha.. sesekali mutawwif tanya kabar makcik dari depan dia cakap dekat mic earfon khas yang disediakan sorang satu tu.. Gagah dan semangat betul makcik ni.. Betul.. Kagum tengok..

Selesai ibadah saie dan tahalul.. Makcik ni duduk sekejap.. Tunduk cuba nak cabut guard kaki tadi.. Aku halang.. “Makcik.. pakai dulu makcik.. kita ada baki lagi 3 umrah.. nak jalan balik hotel ni pun perlu lagi makcik.. makcik lebih perlukan dari saya yang muda ni..” Makcik tu senyum.. Ucap terima kasih..

Esoknya umrah kedua jumpa lagi makcik.. “ Makcik selesa pakai ni.. banyak kurangkan sakit kaki makcik.. terima kasih ye nak.. kalau makcik beli boleh?”. “Ehh takpe.. makcik ambil je makcik.. Mana tahu Allah jemput lagi tahun depan.. makcik boleh guna lagi..” Aku sekadar berseloroh.. Gelak senyum makcik manis betul saat tu. Tapi aku harap malaikat amiinkan doa aku pada makcik tadi.. InsyaAllah..

Aku cuba letak diri aku dekat tempat dia.. Bila aku dah kat tempat dia umur 70 tahun baru Tuhan jemput datang sini. Allah3x.. Habis semua benda aku akan buat sedaya upaya untuk sempurna depan mata DIA.. Cuma kudrat 70 tahun umur takkan sama dengan umur 26 ni.. Bertuahnya Allah SWT bagi usia dan umur yang baik aku merasa waktu muda begini.. Alhamdulillah..

Dan buat pertama kalinya Allah SWT tunjukkan pada aku perasaan baru.. Bagaimana kelak aku duduk dalam sesak manusia dekat Mahsyar? Tara yang ramai macam Haji ni pun aku dah semput-semput nak bernafas. Ni belum cecah pun lagi seluruh ummat manusia.. Maha Besar Allah SWT yang menjadikan kita melata diatas muka bumiNya.. SubhanaAllah… Maha suci Dia.. Aku pandang bawah dari tingkat atas, aku nampak manusia semua macam semut-semut sedang berpusing mengelilingi ka’abah.. MasyaAllah..

Jam menunjukkan jam 12 tengah malam.. Sayup-sayup aku dengar Imam kegemaran aku mengalunkan ayat quran.. Saat ni semua sudah tidur.. Malam ni malam 27.. Malam ganjil.. Aku bisik pelahan kat telinga ayah.. “Abah.. izinkan.. Nak keluar join tahajjud..” Alunan Quran Sheikh Bandar Baleelah dah melantun-lantun dah nih…. Sebak sebab terlalu rindu agaknya.. Time jalan pun mata boleh berkaca-kaca.. Ujian Allah SWT kali kedua saat aku nak masuk Tahajjud di Masjidilharam.. Aku ingatkan mudah macam sebelum ni aku pergi.. huhu.. ghupenya………

Cerita aku tak semua indah-indah.. Korang kena paham.. Kita pergi takkan dapat semua yang sempurna-sempurna.. Even kau anak menteri atau menteri sekalipun. Tuhan takkan bezakan layanan Dia pada kau.. Hahh camtu..

Next agaknya apalah nasib aku tu.. Dah macam karang buku dah kat sini.. Ada yang sudi nak baca dan tahu lagi ke next perkongsian?

– Cik Positif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *