Assalamualaikum w.b.t
Saya kakak sulung dari tiga beradik dan kata orang selalunya kakak sulung akan jadi role model kepada adik-adik dibawah.
Alhamdulillah, dalam bidang akademik saya dah tunjuk yang terbaik dan adik-adik saya pun dah ikut jejak langkah saya. Kami tiga beradik cemerlang dalam bidang akademik.
Bahagian sikap/perangai, saya kawal supaya adik-adik hanya nampak yang terbaik dan ikut yang terbaik. Saya marah macam mana pun saya tak melenting, saya akan kontrol nada suara bila bercakap. Saya tegas bukan garang.
Sampailah saya tahu ayah saya berpoligami. Untuk pertama kali saya gagal mengawal marah saya. Dengan nada suara yang tinggi saya tanya kenapa ayah tegar buat macam ni?
Saya tahu Islam membenarkan poligami dan saya tak tolak poligami tapi kena tahu masih ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi kan? Contoh mampu dari sudut nafkah zahir dan batin.
Ayah saya tak mampu dari sudut kewangan. Kami banyak bergantung kepada duit ummi kami. Semua bil rumah ummi yang bayar dan banyak lagi. Saya yang sulung nampak semua ni. Saya nampak ummi keluarkan duit dan bagi dekat saya mintak saya bayarkan bil. Bila saya tanya duit ni dari mana, ummi jawab dari bayaran ummi buat tuisyen. Duit belanja, yuran sekolah kami adik beradik semua duit ummi yang tanggung.
Adakah awak semua masih mengharapkan saya terima perkahwinan kedua ayah saya? Maaf saya akan tolak dan tentang habis-habisan.
Sikap saya semakin lama semakin teruk. Mungkin sebab setiap hari saya dengar ummi menangis dan nampak betapa seksanya jiwa ummi.
Ummi, Wanita yang setia ketika susah dan senang, tak pernah mintak pakai atau makan benda mahal-mahal, tak pernah mintak bercuti sana-sini, tak pernah merungut bila tak diberi nafkah dikhianati sedemikian rupa.
Dimana perasaan belas kasihan ayah? Tak cukupkah pengorbanan ummi selama ni?
Saya langsung tak boleh bersikap lemah lembut dengan ayah. Setiap kali ayah cuba bercakap dengan saya, telinga ni seperti terngiang-ngiang suara tangisan ummi dan suara ummi ibarat belati yang menghiris hati saya.
Akhirnya, saya cuma mendiamkan diri. Langsung tak memberi respon kepada pertanyaan ayah dan saya tahu ayah terluka.
Jujur, saya rasa bersalah bila tunjuk sikap yang tak baik kepada adik-adik tapi apakan daya, saya terlalu kecewa dengan perbuatan ayah saya.
Saya cuba bendung perasaan marah. Cuba sedaya upaya dan akhirnya saya akan meletup kembali.
Ayah tahu sakitnya bila dilukai dan ayah tegar lukai hati ummi. Itu yang saya akan fikir setiap kali saya jadi baran dengan ayah.
Kini saya yang jadi tempat adik-adik bermanja, bergantung sebab ummi saya masih lagi sedih. Urusan rumah pula semua saya yang uruskan. Masak, mengemas, membasuh, melipat semua saya buat.
Saya cakap dekat ummi yang ummi tak perlu risau bahagian adik-adik sekarang ni.
Sebenarnya, ada benda yang saya nak sangat sampaikan dekat ummi tapi bibir saya tak mampu ucapkan. Setiap kali saya cuba bercakap dengan ummi mesti air mata saya gugur.
Nota buat ummi saya,
Ummi, Kak Ann janji akan bahagiakan ummi lepas ni. Kalau ayah sakitkan ummi, biar kak Ann dan adik-adik jadi penawar ummi.
Kak Ann akan bentuk adik-adik jadi anak yang berguna dan soleh. Bangkitlah ummi, kita bina kehidupan baru. Ni keluarga kita yang baru. Ummi jangan hancurkan hidup ummi untuk orang yang tak hargai pengorbanan ummi.
Ummi bangkit ya. Kak Ann ada untuk ummi. Kita cari cinta Allah ummi, kita cari kebahagiaan kita sendiri.
Ummi, adik-adik rindu ummi yang dulu. Ummi yang selalu buat kami gelak, selalu puji kami bila kami cemerlang, yang selalu masak makanan kegemaran kami. Ummi, sambutlah tangan kak Ann ikut kak Ann cari cinta Allah.
Saya hanya boleh luah dekat sini sebab saya tak mampu nak tatap mata ummi. Mata ummi yang memancarkan betapa lukanya hati dia.
Apa pun, doakan ummi saya kembali kuat ya.
Terima kasih saya ucapkan. Moga Allah merahmati admin dan pembaca sekalian.
– Ann
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Aina Mardiyah
kalau sy ada anak saya nak anak macam awk.. just tolak part dgn ayah tu..hope one day walau awak tak boleh terima pun perkahwinan kedua ayah awk, awk boleh layan ayah awk sebagaimana seharusnya seorang ayah harus dilayan, walau tanpa kemesraan..
Bukan sbb ayah awk deserve that or not, tapi sbb Allah yg suruh kan.. :-)
This is heartbreaking & i will never know how it feels sbb tk berada pada tempat awak but wtv it is, be strong
Kesiannya…Tu kate kan…selagi anak pmpn tk kawen..korang patutt gunakann duit ayah korang dgn sekencang2nya sampai dia merangkak2 nak mencari duit. Baru ayah anda sedar bahawa anda masih memerlukan khidmat dia. Bg dia sedar skit yg skg ni bukan masanya lagi untuk dia menambah cawangan.
Sepatutnya kalau nak kawen 2,3 atau 4 kena ada testimoni drpd isteri & anak2…aku xphm kenapa suka amek hukum sekerat-sekerat ni….eiiiiii