Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sudi baca confession aku. Aku sebenarnya buntu, dan aku juga mengharapkan pertolongan dari para pembaca semua.
Kisah aku bermula begini, pada januari lalu, aku menerima perkhabaran bahawa ibu tunang aku ingin menunaikan ibadat umrah seisi keluarga tak lama lagi.
Aku menerima perkhabaran itu dengan hati yang bercampur baur, ada suka dan ada yang aku tak suka.
Kenapa aku khabarkan bahawa aku tak suka tunang aku buat umrah, jawapannya mudah sahaja, sebab aku dan dia mengalami masalah kewangan yang agak teruk. Masih banyak hutang orang yang perlu dibayar dan diselesaikan.
Tambahan pula untuk makan pun susah, kadang-kadang terpaksa berlapar dan keadaan berlarutan sehingga sekarang. Untuk pengetahuan pembaca, tunang aku baru sahaja berhenti kerja atas faktor-faktor tertentu dan segala perbelanjaaan aku yang tanggung.
Aku tidak tahu sejauh mana keluarganya serta ibunya mengetahui masalah kewangan yang dihadapi anaknya, kerana kami berdua tidak menceritakan masalah yang dihadapi dengan detail. Cuma yang pasti, ibunya serta keluarganya tahu dia mempunyai masalah kewangan.
Aku seakan tidak redha untuk dia ke sana menunaikan ibadah umrah kerana aku tahu dia masih belum bersedia untuk kesana dan dari sudut rohani dan batinnya pun dia masih belum bersedia.
Ditambah lagi dengan masalah kewangan yang mana sekiranya dia pergi kesana walaupun hanya dua minggu tapi aku tidak bersedia untuk menghadapinya seorang diri.
Sekiranya terputus bekalan kewangan,semasa dia disana apa yang patut aku lakukan seorang diri disini. Aku tidak mahu menyusahkan keluarga aku, cukuplah aku yang menanggung.
Walaupun dia sekarang tidak berkerja, tetapi dia adalah penggerakk utama aku untuk ke tempat kerja. Dia yang hantar dan amik aku ke tempat kerja. Bukan aku tidak mahu naik grab tapi masalahnya duit bukan banyak. Yang ada pun hanya cukup makan.
Bukan juga aku tidak mahu naik pengankutan awan yang pecuma seperti bas rapid yang disediakan percuma tapi sekiranya aku perlu menaiki bas, aku perlu bangun seawal mungkin untuk tunggu bas.
Waktu bekerja aku bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 6.30 petang, sekiranya aku terpaksa ot mungkin sehingga pukul 10 malam.
Aku ada menyatakan padanya bahawa dia perlu berkeras dengan ibunya tetapi dia seolah-olah tidak mahu, Dia seorang yang sangat menurut kata dan kehendak ibunya untuk menunaikan ibadah umrah sedangkan kami sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
Dia ada bagitahu aku yang jika dia terpaksa pergi, itu adalah disebabkan ibunya. Dan dia ada bagitahu aku yang anak lelaki tak akan habis dengan ibu. Dan dia pergi sebab ibunya. Ibunya.
Aku faham sebab ibunya,tapi bagaimana beban yang aku kena tanggung selama dua minggu dia tiada? Bagaimana pula jika tiba2 ada yang datang untuk minta hutang? Bagaimana dengan bil dan komitmen bulanan yang perlu ditanggung?
Memang dia tidak bekerja buat masa sekarang, tapi sekurangnya jika ada masalah aku ada dia untuk berharap dan untuk bergantung walaupun hanya dengan bergantung kekuatan. Sekurangnya aku tidak rasa ke seorangan.
Maafkan aku jika bahasa dan ayat tunggang langgang, aku tidak pandai meyusun ayat. Aku minta pandangan dari pembaca secara umum dan juga. Pandangan dari sudut keagamaan.
Aku ada baca yang sekiranya ditaja pun seseorang itu tidak wajib pergi jika berlaku kemudaratan pada orang yang ditinggalkan.
Ada juga yang menyatakan bahawa jika pemberi hutang tidak redha dia tidak boleh pergi, aku buntu.
Oh ye lupa nak bagitahu, dia juga ada berhutang dengan aku lebih dari 10k. Tapi disebabkan dia tunang aku dan aku tahu masalah dia, aku mungkin boleh diam tapi bagaimana dengan orang lain yang dia berhutang?
Aku tidak mahu dia pergi kesana sia-sia. Banyak yang aku dan dia perlu selesaikan disini dan sebelum kami betul-betul besedia ke tanah suci.
Pada fikiran aku, jika Betul ibunya ingin menbawanya ke tanah suci, ibunya perlu ambil tahu secara detail hutangnya dan melunaskan hak orang lain terlebih dahulu, barulah meneruskan niatnya.Tapi aku tidak yakin yang ibunya akan berbuat demikian.
Tolonglah aku pembaca sekelian,
Bolehkah seorang lelaki menunaikan ibadah umrah disebabkan perintah ibunya (ditaja sepenuhnya oleh ibunya) sedangkan dirinya masih belum besedia zahir dan batin dan dirinya masih menanggung hutang serta hak orang lain dengan banyak.
Dan sekiranya dia pergi kesana dalam situasi kewangan kami yang merudum, mungkin aku yang akan teraniaya.
Sekiranya dia tidak mengikut perintah ibunya untuk menunaikan umrah kerana belum bersedia zahir dan batin dan dirinya masih menanggung hutang serta hak orang lain dengan banyak, adakah dia berdosa?
Yang buntu,
– YAYA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit