Unhealthy Attachment With Toxic Family

Saya dilahirkan dalam keluarga yang besar. 6 adik beradik dan kedua ibu bapa bekerja kerajaan.

Pekerjaan mereka bukan calang-calang terutamanya bapa saya. Boleh kata orang luar impikan keluarga seperti kami.

Tapi sebenarnya hanya kami yang tahu seksanya dibesarkan dalam keluarga ini. Semua gagal menjadi orang yang berguna dalam masyarakat.

Mama meninggal di usia lewat 60an disebabkan penyakit yang tak disangka-sangka. Sejak mama meninggal, semua berubah.

Memang kami renggang, tapi sekarang semakin renggang. Sifat bapa yang selfish dari dulu tak pernah berubah.

Bapa seorang kaki perempuan, financially irresponsible dan tak jaga solat dari zaman muda. Kadang terfikir, apa tujuan bapa berkahwin jika ingin merosakkan keluarga sendiri.

Keluarga kami tak normal & dysfunctional. Kami hidup lengkap dengan permainan dunia, tapi kosong dalam jiwa.

Sepanjang membesar, bapa selalu belikan kami permainan yang up-to-date. Selalu beri kami kemewahan dari segi permainan dan hiburan untuk distract kami dari masalahnya dengan mama.

Dia tidak ‘membesarkan’ kami. Dia lebih suka berjoli di luar daripada meluangkan masa dengan keluarga sendiri.

Dia tidak mendidik kami dengan didikan agama sedari kecil. Solat berjemaah mungkin kurang dari 10 kali.

Setiap masa kami bergaduh sesama sendiri. Mama sering memarahi kami dek kerana tekanan dari perbuatan bapa yang tak endah urusan keluarga.

Semuanya dicampak pada mama. Dunia bapa hanyalah kerja dan perempuan.

Dia juga suka melagakan anak-anak sendiri. Mungkin dia suka bila kami bergaduh dan tidak fokus pada kesalahannya.

Kami jadi tempat mama lepaskan kemarahan. Tapi menginjak dewasa, semua memahami mama kenapa beliau jadi begitu.

Tapi sudah terlambat. Masing-masing membesar dengan keadaan membenci bapa dan adik beradik sendiri.

Kami juga suffer dari segi financially. Dikala ibu bapa lain sibuk membuka akaun demi masa depan anak-anak, kami tiada sebarang akaun apatah lagi insurans.

Tiada langsung investment dibuat demi masa depan anak-anak. Walhal dengan gaji bapa sahaja terlebih cukup utk buka satu akaun untuk setiap anak.

Asb? Tabung Haji?

Kami tak pernah tahu kepentingan semua ini. Hanya apabila masuk alam pekerjaan baru tahu serba sedikit atas tunjuk ajar rakan sekerja.

Apakan daya, bapa sering berfoya-foya sehingga tidak memikirkan masa depan keluarga sendiri.

Masih terngiang-ngiang kata-katanya apabila mendengar khabar angin bahawa pencen kerajaan akan diberhentikan sekiranya Malaysia mendapat PM baru iaitu ‘Ikutlah sesiapapun nak memerintah. Janji pencen aku masuk. Anak cucu pandai-pandailah hidup

Saya tahu, dari dulu dia tak pedulikan masa depan anak-anak, tapi apabila mendengar sendiri kata-kata begitu rasa sungguh menusuk. Betul lah, keluarga ini hanya sekadar hiburan dimasa sunyinya.

Selepas pencen, bapa mendapat wang ‘gratitude’ beratus ribu. Tapi lebur disebabkan scam.

Mama juga terlibat dalam kerugian tersebut. Tapi ini masih belum dapat buka mata bapa.

Dia masih terus dengan kehidupannya yang serba boros dan membazir disaat anak-anaknya semua hidup susah dan tak menjadi orang yang berguna.

Hidupnya semakin sempit tapi masih tak sedar bahawa ini semua kifarah. Masih dengan sifat sombongnya. Instead of berbaik dengan anak-anak yang telah dia rosakkan, dia menumpang kasih sayang daripada cucu-cucu.

Patternnya sama, membeli kemewahan pada cucu supaya cucu sayang padanya. ‘Kemewahan’ itu dalam bentuk material, supaya dia dapat kawal cucu-cucunya.

Bapa seorang yang tiada empati, tiada penyesalan dan sangat boros. Selepas mama meninggal, ingatkan dia akan berubah. Rupanya tidak.

Semakin teruk sehingga sanggup menggadai barang kemas pusaka arwah yang telah dihibahkan kepada anak perempuan untuk membayar hutang.

Perangai nya dari dulu, apabila kantoi buat sesuatu dia akan tunjuk baik depan semua orang. Akan mula rajin solat, akan mula bercakap baik-baik, akan mula ‘play victim’ dan perbuatan yang dapat menyembunyikan kesalahannya.

Dan takkan sama sekali dia mengaku kesalahan sendiri. Anak yang berani menyuarakan kesalahan dia, akan dibenci. Itulah saya.

Adik-beradik ada juga benci perbuatannya tapi mereka seolah-olah terpukau dengan perangainya yang berlagak seperti tiada apa-apa yang terjadi jadi isu ini lama kelamaan akan diam begitu saja. Tiada siapa yang akan tegakkan kebenaran.

Orang berpangkat besar sepertinya sepatutnya bergaul dengan orang sebaya, bukan di rumah mengasuh cucu.

Disebabkan perbuatan ‘enabling’ oleh sesetengah anak inilah yang membuatkan keadaan tidak berubah. Dan saya pasti dia takkan berubah sampai bila-bila.

Mama mencari makna kehidupannya sendiri dengan kembali taat pada agama selepas beliau pencen. Masanya dihabiskan dengan mendalami agama.

Mama memang seorang yang sayangkan anak-anak walaupun beliau garang. Yang baik tentang kami adalah hasil didikan mama.

Walaupun suaminya begitu, tapi mama tak ikut jejak suaminya. Beliau sendiri jumpa hidayah Allah kerana mama mencari hidayah tersebut.

Mungkin inilah sebab mama kembali pada Allah secara tiba-tiba. Mama telah merana seumur hidup dengan suami yang tak bertanggungjawab serta terlampau sedih dengan anak-anak yang tak menjadi orang berguna.

Mungkin it’s better this way supaya mama tak lagi terseksa dan saya jauhkan diri dari keluarga ini untuk mencari bahagia sendiri.

– Tika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *