Assalamualaikum. Salam ramadhan semua. Aku nak luahkan sikit pasal classmate aku ni. Aku tahu mesti ramai tengah mengalami perkara yang sama bila dah masuk dunia universiti ni.

Ceritanya tentang kesedaran diri bila dah masuk uni ni. Semua benda melibatkan duit.

Dah lama dah aku perhati sorang classmate aku ni. Cara pakaian, tgk life dia mcm orang kaya-kaya. Sekali, kertas buat assignment pun mintak orang. Pastu print pun pakai printer orang. Bukan nak bayar. Tapi pakai macam printer tu hak milik sendiri pulak. Satu assignment bukannya 2 helai, adalah paling sikit 10 pages. Kalau 5 assignments? Belum kira lagi kalau ada yang bergambar ke, yang salah print ke. Bukan nak berkira, tapi tiap-tiap sem macam tu tak boleh jugak. Sampai bila? Sampai habis belajar? Kawan yg dia tumpang printer tu pun tak dak duit. Nak nak orang yang kena naik flight kalau nak balik kampung. Nak beli ink bukannya murah. Boleh jadi makan seminggu dua kot. Ni tak, yang meminjam ni, benda lain boleh beli, mahal mahal pulak tu, make up lah, casing phone lah, handbag lah, kasut lah. Makan nak mahal-mahal je. Printer satu yang kau boleh pakai sampai bila-bila pun tak boleh beli. Sedangkan benda tu mmg benda wajib bagi seorang student.

Boleh fikir kot sebab dah besar semua. Boleh fikir mana yang perlu didahulukan sebelum duit habis kat benda yang tak patut. By the way, ni baru kes printer, belum masuk lagi bab kereta. Tak payah cakap lah. Duit minyak pun berkira. Padahal dia yang banyak songeh nak pergi situ sini. Tp duit minyak hulur sikit je. Setakat isi minyak kereta rm9 buat apa. Cukup terus lah rm 10. Serba salah weh. Boleh fikirkan benda mudah mcm tu?

Sikit je nak tegur, ukur baju di badan sendiri. Dah tahu tak mampu, buat cara tak mampu. Benda yang berkaitan dengan pelajaran tak nak beli. Duit habis kat benda tak berfaedah. Tak ke membazir namanya? Lepastu time tak ada duit mulalah meminta kat parent. Kesianlah kat parent. Penat-penat kerja. Dapat duit kita kat sini beli benda tak ada faedah. Bersyukur dengan apa yang ada. Makan sederhana sudah. Tak payah over.

Sekian. Harap sedar diri.

– Si Pemerhati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *