UNIVERSITI

Peluang menyambung pelajaran adalah impian setiap atau sebilangan manusia. Pelbagai tujuan, ada yang nak mencari kawan2 mahupun nak dapat segulung ijazah. Yap itu salah satu tujuan aku tapi bukanlah yang utama. Yang paling utama sekali aku nak berubah ke arah islam. aku nak belajar apakah islam sebenarnya, aku nak jauh dar keluarga aku sebab aku tahu dengan jauh dari mereka sahaja aku boleh belajar agama. mesti reramai tertanya kenapa mesti jauh dengan keluarga.

Aku bukan nak buka aib family aku cuma aku nak kongsi untuk adik2 yang bakal memasuki alam universiti. jangan terlalu fokus pada pelajaran sahaja tapi abaikan yang lain.

Aku bukanlah lepasan sekolah agama. aku hanya bersekolah di sekolah menengah harian biasa. Ibu bapa aku dah bercerai tapi still tinggal bersama. Pelikkan tapi masa kecil aku tak tahu. zaman kanak2 aku hanya lihat dan dengar hampir setiap hari mak ayah aku bergaduh. Mak asyik kena pukul. Kekadang mak akan kurung kami adik beradik dalam bilik supaya kami tak kena pukul dengan ayah. Bila dah selesai gaduh mak akan masuk bilik dengan air mata dan lebam2. ayah juga setiap kali asyik lafazkan cerai tapi masih tak nak lepaskan mak sebab apa, sebab mak adalah sumber kewangan dia.

tapi masa tu aku tak mengerti lagi, aku masih boleh tersenyum dan masih sayang ayah aku. tapi perasaan sayang aku terhadap dia berhenti masa pelajar di tingkatan 2. Pada satu malam, ayah aku balik dalam keadaan gian, dia pukul mak teruk sangat sampai pecah pintu dia hentak mak masa tu. aku dengan adik2 aku bersembunyi dalam bilik. Masa tu aku takut sangat, abang aku lari keluar rumah panggil Mak cik aku, Mak cik aku datang tenangkan dia (bagi duit). Mak nangis teruk sebab sakit. Saat tu aku mula tak bercakap dengan ayah aku. setiap kali dia kat rumah, aku tak keluar bilik. Mauk tahun ni dah hampir 8 tahun. Orang akan cakap " walau macamana sekalipun dia tetap ayah aku" yap itu aku tahu..tapi orang tak merasa apa yang aku rasa. Aku dah cuba tapi setiap kali aku pandang dia, aku tak boleh sebab sampai sekarang dia tak berubah2. kalau dia berubah, mungkin aku boleh terima. tapi…

nekad aku untuk keluar rumah bila aku lihat kakak aku dapat sambung belajar. masa aku terfikir satu-satunya jalan untuk keluar dari rumah ni adalah dengan dapat sambung belajar. Masa tingkatan 5 aku mula belajar betul2 sampai aku ada masalah dengan kawan aku. Kawan- kawan aku mula jauhkan diri dari aku sebab aku terlalu taksub sangat dengan belajar. Aku ngaku aku tak lemah dalam pelajaran tapi disebabkan aku nekad untuk keluar dari rumah aku belajar sampai pernah sekali aku pengsan dekat sekolah. Masa tu aku tak kisah orang nak jauh atau pulaukan aku sebab aku tahu bukan mereka yang ubah hidup aku tapi diri aku. Alhamduliah result SPM aku memuaskan dan aku dapat tawaran ke matrikulasi.

Alam matrikulasi membuka mata aku bahawa ramai jenis manusia yang ada didunia ni. Aku mula berkawan dengan berbudak yang boleh dikatakan baik. Yang tegur aku bila aku berbaju lengan pendek, yang tegur aku bila aku solat salah tapi masa tu hati aku masih buta lagi.

Selepas tamat alam matrikulasi aku sambung pelajaran di Kedah. Masa tu aku dah pasang niat aku nak tamat dari universiti bukan hanya dengan ijazah tapi dengan ilmu agama. Aku seorang yang buta mengaji al quran. yang aku tahu surah Al- Fatihah. Solat pun ikut mood. Tapi Alhamdulilah, di universiti aku mula belajar mengaji dengan kawan aku yang sudi mengajar. Aku kuatkan hati untuk solat penuh. aku mula menutup aurat.Tapi proses untuk berubah tu sangat payah. terlalu banyak ujian yang datang. kekadang buat aku rasa nak give up je. Aku sedih sebab masih aku masih tak boleh ubahkan keluarga aku. Walaupun aku berubah, aku tutup aurat, aku solat tapi aku sedih ibu dan adik aku tak solat, adik-adik aku tak tutup aurat. Aku hanya mampu berdoa supaya mereka terbuka pintu hidayah.

Alam universiti mengajar aku bab- bab agama yang aku tak pernah tahu. Program – program agama di universiti seringkali aku pergi secara langsung memberi peluang untuk kenal siapa Tuhanku dan siapa Rasul aku. Universiti juga memberi aku peluang untuk solat berjemaah yang tak pernah aku rasa. Orang boleh kata, nampak tak solat dekat masjid dirumah. Mereka tak tahu keaadaan dalam rumah aku. Part paling best dalam solat jemaaah ialah setiap kali habis solat kami akan bersalaman sesama sendiri untuk eratkan ukhwah. Benda tu aku tak pernah buat walau pun dengan adik beradik aku. Dimasa dulu aku paling tak suka bila salam kita laga2 muka, tapi disini aku mula belajar untuk suka.

Alam unversiti juga memberi aku peluang untuk kenal tudung bidang 60 yang di masa dulu aku benci. Yap satu masa dulu, aku ada sifat prejudis terhadap orang- orang yang bertudung begini. Sebab apa, aku pernah ada kawan bertudung labuh yang baru keluar dari sekolah agama, tapi silkap dia bukanlah seperti aku sangka. Disebabkan dia aku mula sifat begitu. orang kata kerana setitik nila habis susu sebelanga. Tapi Alhamdulilah disini aku mampu buang sifat itu.

Orang kata kalau nak berubah tak kisah dimana2 sahaja tapi bagi aku tempat dan suasana memainkan peranan yang penting. KIta tak boleh nak nyalakan api ditempat yang penuh dengan salji. begitu jugak proses untuk berubah. Itu sebab kita lihat bila orang nak berhijrah mereka mendampingi sahabat2 yang soleh.

proses untuk berubah tu bukan senang. Allah akan turunkan pelbagai ujian untuk menguatkan iman kita. Dia akan hantar manusia2 yang cuba untuk jatuhkan kita, yang tuk lemahkan hati kita supaya berpaling kembali ke zaman gelap kita, yang tikam hati kita sampai hancur.. tapi kita harus bertahan sebab syurga tu bukan free. perubahan juga akan buat kita seringkali menangis sebab penat..tapi kita harus kuat sebab airmata tu bukti yang Allah masih sayangkan kita.

Gunakan peluang sambung pelajaran tu bukan hanya untuk tangkap segulung ijazah atau segulung surat nikah tapi gunakan peluang ini untuk mantapkan iman dan agama supaya bila kita keluar dari universiti kita boleh hadapi semua ujian Allah dengan kuat. Hidup ni bukan hanya setakat ilmu dunia tapi haru ada juga ilmu agama. Rugi bila kita keluar dari universiti ni hanya dengan ilmu dunia…hanya tahu A..B..C tapi tak tahu Alif Ba Ta…sebab apa bila kita keluar dari sini dan mula alam pekerjaan, peluang untuk belajar ilmu agama tu susah sangat…alih- alih al-quran pegang pun waktu bila kita tertiba takut dengan Syaitan..Gunakan peluang di universiti dengan sebaik- baiknya..jangan sibuk mencari pemaisuri atau raja hati yang hilang.. tapi sibuklah cari iman yang hilang..

– bekas students

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *