Untuk Abang Post-PhD Depression

Saya terkesan dengan luahan abang dalam artikel “Post-PhD Depression”. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/post-phd-depression/). Saya juga dalam titian perjalanan yang sama.

Persoalan yang abang bangkitkan, saya pernah bangkitkan sejak saya habis ijazah lagi. Saya siap persoalkan pihak universiti di tempat saya lagi kenapa ditawarkan bidang yang apabila pelajar bergraduasi hanyalah tinggal kegembiraan memegang segulung ijazah.

Namun, yang buat saya terkilan ialah kata-kata pihak universiti seperti rezeki masing-masing, boleh cuba bekerja dahulu di dalam bidang lain dan tak kurang juga ada yang kata cuba berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

Bukan saya tidak setuju dengan cadangan-cadangan berikut, tetapi jika itulah cadangan yang diberikan oleh pihak universiti selaku penyedia platform untuk menara gading? Bukankah sama jika cadangan tersebut saya guna pakai selepas saya beroleh SPM?

Abang Grabfood PhD holder betul, banyak insitusi pendidikan tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan, seolah-olah pendidikan itu sendiri ialah keuntungan untuk menjana pendapatan dan pada masa sama setiap tahun pelajar pula yang bergelumang dengan hutang pendidkan dan tak kurang juga ada yang terpaksa bekerja sambilan sambil menimba ilmu.

Institusi pendidikan kita ini pada hari ini hanya mampu menyediakan wadah ilmu. Namun gagal untuk menyediakan kerjaya selepas memegang segulung sarjana muda, sarjana mahupun falsafah kedoktoran. Saya juga pernah sinis bertanya kepada pihak institusi, jawapan mereka mudah. Graduan seharusnya berebut mengejar peluang, kental minda dan tidak mudah putus asa.

Ya, memang kami begitu, namun jika akhir kalamnya kami bekerja diluar bidang dan bukan bidang yang kami pelajari, bukankah ilmu itu sudah rugi jika nak dibandingkan dengan tempoh pengajian yang kami luangkan? Ada yang kata ilmu itu tak pernah rugi, boleh digunakan untuk mendidik orang lain.

Gelak sipu saya dengar, sebentar! Jika digunakan untuk mendidik orang lain, bukankah cycle mendidik, dididik dan mendidik itu akan sentiasa berulang? sampai bila cycle ini perlu diulang? Dengan menubuhkan lebih banyak institusi pendidikan?

Jika cycle ini terus menerus berulang maka lambakan graduan pendidikan tahap tinggi (sarjana dan falsafah kedoktoran) akan terus menganggur. Sedangkan bukankah kami ini aset negara yang terpenting kerana kepakaran kami yang sangat khusus? Oh, silap! usia kami sudah melangkau belia untuk diambil perhatian oleh mereka yang berkuasa.

Kepada Abang Grabfood PhD Holder, abang tak keseorangan, saya lebih seratus kali di reject dalam banyak sektor pekerjaan hinggakan saya sendiri terpikir untuk melakukan bisnes khusus berkaitan bidang saya tetapi bukan pendidikan. Saya sudah serik permainkan anak bangsa dengan harapan kosong belajar untuk beroleh kerjaya terbaik.

Sekarang ini saya masih gagal untuk membina bisnes yang saya impikan, namun saya tetap cari investor pitching pada mereka idea, walaupun di ambil remeh. Saya masih bangun setiap hari bekerja menunggu order dan mengambil order sambil-sambil itu saya masih mencari pakar-pakar dalam bidang saya untuk membina bisnes yang boleh mengurangkan masalah masyarakat.

Saya yakin graduan PhD dan Master di negara kita ramai menganggur namun kepakaran mereka sangat-sangat niche dan tanpa kita sedar sebab kita niche la ada peluang untuk membina satu kerjaya baru selain pendidikan. Semoga kita semua dapat mencari niche dan peluang membina kerjaya untuk orang lain itu.

Saya masih mencuba dan tak akan putus asa, usia 30-an dan mak-cik2 dikampung pun masih sinis berkata belajar tinggi-tinggi endup rempit ambil order? Saya tebalkan muka sebab saya yakin jalan hidup kita semua berbeza-beza. Boleh jadi kebahagiaan hidup saya mungkin pada usia 50 tahun. Apa salahnya jika saya terus berusaha kan?

Moga Abang Grabfood PhD Holder teruskan semangat. Jangan pernah mengaku kalah!

– Foodpanda rider postgrad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *