Untuk mak, kain buruk pun aku sanggup

Lately dalam 2 mggu ni aku terbaca byk confess dari dua2 side either lelaki or perempuan. Yg letih basuh baju, pinggan rumah bagai. Adik beradik ramai tapi macam kayu and macam2 lagi lah. For me, itu lah lumrah adik beradik. Dalam yang rajin tak semua yg akan ikut cara kita.

Aku 2 org adik beradik je. Atas aku perempuan and aku lelaki. Dulu2 ya lah everything pasal kitchen mak & akak aku setelkan. Kadang2 aku tolong jugak sikit2. Bapak aku pun sama. Tapi bapak is bapak lah kan. Dia memang tolong but not fully involved in kitchen. Kadang2 tempat simpan mangkuk pun dia tak tahu kat mane. But aku tak marah dia. Sebab aku lelaki dan aku fhm bende tu dan his passion not fully to kitchen. Mak aku pun bukanlah org yang sihat mcm mak2 orang lain. Dia puna garang dulu ya ampun. Kadang2 aku terpikir mak aku mcm meroyan (maaf mak. Its true). But thtas how she teach us. Tak kasi muka punha. Tapi dia cuba serve yg terbaik untuk kitorang dua. Kitorang mintak 5 dia bagi 8. Kitorang salah, dia lah jugak jadi hakim berat sebelah yg selalu menangkan kitorg. Time raya dia lah manusia paling sibok dalam dunia.

Skrg aku dah kerja. Akak aku dah kahwin dan ada anak. Bila balik kampung kadang2 seriusly aku jeles tengok member2 yang siblings dorg ramai mcm boleh buat team futsal dah. Kitorang cuma 2 orang. 2 orang!!! Kdg2 aku terpikir asal Tuhan tak kasi adik beradik lebih dkt family aku. Senang sikit. Now memang susah. Bukan dari segi kewangan but dari segi working at home. Bapak aku dah pencen dan berumur. Mak aku pulak still kerja but still not well mcm mak mak org lain. But yg aku respect is she try her best to serve org untuk raya and anything la. Kadang2 masak banyak2 bila malam2 mengadu sakit lutut tumit. Tugas aku malam2 jadi wak urut lutut and tumit dia. Akak aku? Aku tak salahkan dia. Kalau turn dia raya dkt rumah sendiri, so it will be more easy for us. Kitorang sama2 berpeluh kt dapur. Tapi kalau dia tak balik aku dgn mak aku separuh jahanam jugak lah. Aku cuba untuk tolong dia sehabis baik.

Macam raya baru baru ni, seriusly aku pun semangat nak raya. But bila aku balik rumah, rumah still tak terkemas (tak terkemas di mata aku. Padahal bapak aku n mak aku dh kemaskan). So aku lah yg tlg kemaskan. Aku tak kisah. Akak aku pulak xde sebab turn belah mak mertua dia. Sampai la hariw terakhir sebelum raya nak masak rendang. Aku jugak yg tak pernah2 involve sgt terpaksa involve 100% nak buat rendang. Kadang2 jujur aku bebal dlm hati jugak sebab aku penat. Aku lelaki ada life aku jugak. Aku nak jugak keluar lepak malam2 dgn member yg dah balik kampung. Lama tak jumpa kan. But aku tak dapat dan tak boleh. Kalau aku tak tolong, mak aku konfem terhuyung hayang kena buat semua (masak skala besar + kemas rumah etc).. kadang2 bila member2 ajak keluar lepak semuanya aku tipu cakap aku dekat sana la sini la. Nak bagi alasan taknak lepak sebab tak smpi hati.

Perkara ini berulang smpi la skrg lepas raya. (The moment korg baca benda ni, aku dh basuh gelas lebih 20 round!!) Smpi la sekarang aku punya duty just kt dapur bila akak aku tak balik turn raya sini. Inilah hakikat kalau adik beradik sikit. Aku tak sampai hati nak keluar dan tak sampai hati tak buat even passion bukan dekat dapur. Kerana terpaksa untuk mak dan bapak aku cuba buat. Kdg2 bila sedara datang dorang menganjeng "bagus anak dara ni duduk dapur bla3.." . Eh bodoh betol. Takkan aku nak biar mak aku terkangkang sorang2. Mak sakit anak 2x sakit kau tau tak makcik bawang oi.. bingai tak sudah2. Bila aku tgok member2 post lepak sana sini beraya sana sini, jujur aku cakap aku dengki dan jeles. Tapi untuk mak dan bapak yg semakin berumur dan perlukan aku, everything aku sanggup.

Kalau cucu2 dia balik, aku perasan jugak rumah tiba2 jadi riuh. Padahal cucu baru 3 orang. Tak ramai mcm 10 org pun and semua tu kecil lagi. But riuh dia lain macam. Tapi yg sedihnya bila aku dgr dari bilik aku kt atas yg riuh rendah tu mak aku la create kan. Konon nak bagi nampak dalam rumah ni ramai. Padahal realiti tu tak la ramai sgt. Ya lah. Aku, bapak, mak, akak, abg ipar, baby kembar, cucu sulong 3 thun. So sebenarnya takda la riuh pun. Kadang2 aku sedih bila tengok mak aku yg create kan suasana riuh tu untuk bagi jiran2 dengar yg rumah kitorg penuh org and meriah. Tapi takpe lah. Asalkan mak bahagia. Bapak aku senyum, korg nak bg riuh satu kampung pn apadahal. Aku tadah je lah.

Bila aku tgk semua2 ni, dengan keupayaan mak bapak aku dh berkurang aku jadi sedih sikit la. Dorang mcm 100% mengharapkan aku lepas akak aku kahwin. Tambah2 lagi utk raya or kenduri kat rumah. Kalau aku xde esok2, habis la dorang.

Atas asbab2 macam ni lah yang jujur aku cakapkan aku cuba untuk menutup pintu hati aku utk berkahwin. Even though ramai yg bertanya, ramai yg cuba kenen kan aku dgn anak, sepupu, anak sedara dorg but aku cuba untuk elakkan. Aku rasa aku tak sanggup. Kalau akak aku dh tak berapa boleh utk tolong mcm dulu, n kalau aku kahwin mcm mana pulak kan. Aku takut jugak aku tak mampu nak bagi komitmen sama adil dekat dua2 side. For sure aku lebihkan family aku atas sebab2 mcm dkt atas but tak semua manusia akan faham. Biarlah aku jaga dorang. Tak kahwin pun tak pe. Tapj andai kata Tuhan dah tentukan jodoh aku itu ada, maka aku akan ikut but aku tak tau aku mampu ke tak nak serve dorg balik saat2 umur dorg dan kudrat dorg yg mcm ni yg mengharapkan aku 100%. Aku sanggup korbankan dunia aku utk dorang. Dorang tak tahu lagi yang aku quit dari working aboard pun sebab dorang. Aku tak pernah dan tak akan cerita dkt dorg. Biar 1 hari nanti dorang tahu yang anak lelaki dorang ni memang betol2 sayang dkt dorg cuma tak pandai nak tunjuk je.

Utk para confessor yang dah confess adik beradik korang ramai tapi tak tolong la apa la itu la kayu la, syukur lah aku ucapkan. Itu lah resam adik beradik. Dalam 10 mesti ada 8 yang tak betol. Itu lah natijah keluarga. Kalau korang kt tempat aku, korang mgkin akan buat benda yg sama mcm aku buat dkt atas. Jangan lah merungut sangat. Itu lah bahagia.

Sekian terima kasih

-anak lelaki sulung mak –

– Anak mak yg akan terus berjasa sampai mati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

33 Comments

    • Maaf sis kalau apa y sy ckp ni slh. Tp adakah kawin dan mendapatkan isteri adalah semata2 utk dijadikn hamba abdi di rumah sepenuhnya. Seharusnya ayt ditukarkn sdkt, kalau mampu hire la maid utk tlg mak dirumah.

    • sy tahu tu. Takde lah maksud sy nak suruh jd hamba abdi, maksud sy sama2 tlg. Just ringankan beban je. Suami tu pun kena tlg jgk lah. Bukan lepas tgn and biar isteri buat semuanya. ? yes kalau dia mampu boleh jgk hire maid kan. But still dia kena stay kt rumah tu jugak sbb kesian lah takkan nak biar parents dia tinggal dgn maid je

    • Amar Hafiz tahu. Tp kes kt sini dia ni 2 beradik je. Kakak dia takpelah perempuan kena ikut suami. Dia ni lelaki. Isteri kena ikut cakap dia. Pandai2 tolerate lah. Faham condition masing2. Future wife dia kena faham dia dulu baru boleh hidup dalam family dia. ?

  1. fhm point confessent, jgn merungut semua tu..tp kdg2 post2 tu bukan sekadar nak merungut, tp nak pengertian, nak perubahann dlm mendidik anak lelaki etc…cth mcm org2 yg dah lama ddk luar negara, bila dorang sebut benda2 baik yg blh diapply dr luar negara kat negara kita, golongan ni yg selalu dituduh, merungut, tak bersyukur, tak redha, mengagungkan barat etc… ia bergantung pd sudut pandang kita gak

  2. I feel u. My solution utk kurangkan basuh pinggan cawan skala banyak masa raya ialah i beli je mangkuk cawan polisterin pakai buang lantak la sedara mara sahabat handai nak terasa ke apa. Sbb penat dia kita je yg tau. Belum lg nak masak itu ini untuk sedara mara yg dtg. Just my two cents

  3. “Dlm 10 mgkin ad 8 yg x btol”

    Klaka la. Mcm2 hal plak raye ni. Air dicincang xkn putus. Time trase ng adk bradik, kenanglah saat indah time bgmbra, buat nakal ng depa. Sorg xde, xckup korum mmg sgt trase. Apth lg mak ayah yg da tue. Dorg x reti nk mrh ank, tp kite sbg ank ni kne sedar. Mgkin mse dorg bsame kite da x lme. Xpela confessor. Smge allah mrahmtimu ats sgle jase dan ksbrn. Mulut org xbleh nk tutup. Abaikn je mereka yg myakitkn hari, jnji, kau bhgie

  4. apela hang ni brader..tadi hang menstioned hang sedeh sebb tak dapat kuar lepak semua tu..penat nak tlg..hang kata masalah duit takdak..masalah tenaga kurang.. pegi la upah orang gaji barang seorang dua ke pe tuk mak hang..kalau tak mampu nak amek montly cari hat yang nak tolong daily khas untuk raya… time tu hang nak pi mane hang nyanyi la lagu pepuas pi mane pi mane..kan setel..ape daaa… jangan marah na… :)

    • Dr hang lepak2 tu lg bagus kalau ajak kwn2 hang mai tlg hang tu bru bwtul kawan.. Berat sama2 pikul ringan sama2 dijinjing dik.. Bkn time syok2 ja, at least mak hang lg happy bila org ramai2 pakat tlg dia.. Eh… Dh knape aku keluar loghat utara ni… Hahahaha..

  5. mak awak treat awak mcm kain buruk x? ade double standard antara adik beradik? klu awk willing mcm ni msti mak awk pn baik.. lyn ank2 baik.. so mane kain buruknye???

  6. Akk pom always jd kain buruk dulu kini dan selamanya kat mn2 dapur akk pergi..akk lbh suka begitu dari tergedik2 relax kat luar jg taraf dan kecantikan..akak bahagia dpt serve seme org dgn usaha akk.xpela akk nmpk comot di mata org..tp harap2 bnilailah dcc Allah..

  7. Pkai pinggan cawan polistrine je…sy ni wlaupun rmai adik beradik pn pkai pggn polistrine je..bkn sb mlas tp sekurangnye bleh kurgkn keje2 dapur semasa raya..

  8. Aku faham apa kau rasa. Aku pun dua beradik je bezanya aku anak sulung. Adik aku sekolah lagi, mak aku masih kerja tapi tak berapa.sihat dah.. abah aku strok. Memang bergantung kat orang kalau nak.makan mandi semua.. adik aku pulak jenis berat tulang sikit..yela sebab dia pun budak baru nak meningkat naik. Tolong bila mak aku dah marah2 je.. sampai aku pn fikir macam kau, mungkin aku takkan kahwin.. atau kalau aku kahwin pun, tunggulah semuanya selesai.. bagi mak aku senang dulu..abah aku sihat dulu.. adik aku dah besar dulu.. aku faham apa kau rasa.. mak bapak pun bergantung pada kita 100%

  9. berpakat la, ko tlg basuh pinggan, sorg tlg basuh baju, sorang tlg jemur kain, sorg tolong bakar sampah. sorang tolong sapu rumah. mcm tu…

  10. My story is exactly like yours. I got one older brother who already married who lives in Sabah. And us in Johor. Mcm nak nangis kemas rumah waktu nak raya hari itu. :’) penat jgn cerita. Angkat meja,susun meja, susun kerusi, sofa,susun rak tv, susun tv seorang. Adelah abah tlg2 jugak. Your story pretty much conclude what i feel. #anaktunggalumi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *