Assalamualaikum. Saya hanya nak luahkan rasa kecewa dan sedih sikit dengan khidmat penghantaran barang atau makanan sekarang ni.
Saya antara golongan yang kerap membeli barang online dan tempah makanan secara online sejak sebelum PKP lagi. Saya sentiasa menghargai orang yang menghantar barang atau makanan. Baik dari Pizza Hut, KFC, Dominos, Grab, Poslaju atau mana-mana runner.
Kalau ada survey, biasanya saya akan bagi 5 bintang dan sejak ada ruangan untuk bagi tips dekat grab delivery person, saya bagi tips bila mereka membantu dengan tolong hantar makanan sampai depan pintu.
Untuk makluman, saya tinggal di apartment. Tapi security tiada halangan untuk delivery person hantar barang atau makanan sampai rumah.
Namun sejak covid, nampaknya banyak delivery person tidak lagi mahu naik atas, hantar sampai depan pintu. Mereka akan telefon semua pembeli untuk ambil barang atau makanan di bawah.
Kadangkala saya turun saja tapi adakalanya saya ada kekangan untuk turun sebab saya tinggal Bersama anak-anak kecik. Agak payah untuk turun bawak anak beramai-ramai. Paling susah kalau ada yang tidur. Nak tinggal walaupun sebentar, saya memang tak berani.
Saya akan maklumkan pada delivery person untuk hantar sampai depan pintu atas kekangan yang ada. Ada delivery person yang faham. Ada yang marah-marah.
Saya tebalkan muka mintak tolong hantar juga. Sebab kalau tak, macam mana nak turun sambal sebelah tangan dukung anak kecik yang tengah tidur, sebelah tangan lagi pegang anak lagi seorang. Dan nak bawak barang naik atas? Payah.
Lepas zaman PKP, nampaknya makin ramai yang selesa untuk tak naik atas walau kita minta tolong atas sebab-sebab tertentu. Ada yang menjawab secara kasar. Ada yang suruh ambil barang sendiri di pejabat pos.
Saya rasa kecewa atas servis seperti ini. Kami beli online sebab tak mampu nak keluar rumah. Kami order makanan sebab ada kalanya tak sempat nak masak sebab sambil jaga anak, sambil buat kerja pejabat.
Kadang saya rasa bila dengan order ni, boleh la kongsi rezeki dengan rider. Kalau tiada yang order, tiada lah trip untuk mereka.
Mungkin dorang rasa upah setiap pesanan sikit. Tak berbaloi untuk naik dan hantar sampai depan pintu. Tapi sesungguhnya customer dah bayar untuk servis itu. Maka, amanahlah. Usah dimarah customer.
Kadang-kadang bila makin lama makin banyak delivery person buat muka, marah-marah macam ni. Saya semakin kurang order. Tapi bila baca runner perlukan job sebab ekonomi meruncing, saya rasa kasihan. Nak tolong, tapi mereka ada yang memilih. Ntahla.
Saya tak pernah marah rider hantar makanan lambat. Ada rider pernah inform saya akan lambat sikit hantar makanan sebab hujan lebat. Saya balas tak mengapa asal selamat walaupun masa tu saya agak lapar. Bagi saya kita kena memahami.
Pesanan saya, amanahlah. Kita tolong orang, orang tolong kita. Kita dibayar untuk hantar makanan, biar kena naik tangga sekalipun, naiklah. Itu rezeki kita.
Bayangkan kalau ramai rider berperangai macam ni, tak suka hantar makanan kat rumah tingkat atas, kami pon dah tak order. Macam mana rider-rider yang memerlukan kerja untuk survive?
Tolonglah. Kita jaga kita. Untuk makluman, rumah saya ada lif. Parking pon mudah tapi tetap rider tak mahu naik. Ada yang belum sampai lagi tak dah telefon kata tiada parking.
Ada yang telefon cakap tak boleh naik sebab arahan. Tapi tak samakah hantar barang ke rumah landed dan apartment? Arahan apa yang dilihat? Ada kalanya lif rosak, tapi tak perlulah marah-marah customer.
Kadang-kadang kami sibuk duk kerja dalam rumah tak sedar lif rosak, tiba-tiba rider telefon dan marah sebab kena naik tangga.
Entahla. Hanya nak luah rasa kecewa. Harap rider baca dan cuba jadi memahami dan berbalik kepada cara rider yang dulu. Zaman aman, tak berkira, kerja dengan ikhlas dan Bahagia. In syaa Allah customer akan sentiasa support dan doakan anda.
– Pembeli Kecewa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit