Masihkah Aku Perlu Bersabar?

Rasa sedih, kecewa dan menyesal. Perasaan yang selalu ada dalam diri aku. Suamiku boleh dikatakan seorang lelaki yang kurang bertanggungjawab.

Terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan aku dapat rasakan yang tiada lagi jalan keluar untuk dia. Berjanji berpuluh-puluh kali untuk berubah, tetapi hampa dan kosong. Dadah seperti keperluan dalam hidupnya.

Sedikit pengenalan mengenai dirinya, dia bekerja di sektor awam, berumur lewat 30an. Seorang yang agak pendiam. He’s a bright student at school. Mula mengambil dadah sekitar umur 20an. Kami bercinta agak lama, dan aku tahu kisah hidup dia.

But, as a positive person, aku expect dia akan berubah bila kami dah berkahwin. Dia banyak bantu aku masa aku belajar di Universiti. Aku appreciate sangat.

Tapi malangnya, sampai sekarang apa yang dapat aku simpulkan “he can’t live without drug”. Its just like his supplement.

Aku pulak berumur awal 30an dan bekerja di sektor swasta. Gaji biasa-biasa saja, cukup untuk keperluan aku dan anak aku. Aku harus bekerja untuk kelangsungan hidup.

Suamiku bukanlah seperti suami kalian yang boleh diharapkan. Dia selalu ada financial crisis because of his expensive habit.

Kaki ice and judi online. Dia juga can be labelled as employee with attitude problem. Almost every week emergency leave and late in almost every day. Ketua Jabatan dia pernah panggil aku untuk discuss pasal dia. Sesungguhnya aku malu.

Office aku dan dia agak dekat, so aku akan pergi kerja dengan dia, kalau mood dia tak baik pagi tue, aku lah manusia yang akan dihamburkan dengan berbagai-bagai kata-kata kesat yang kurang menyenangkan.

Bila sampai office aku akan terus masuk toilet dan menangis sorang-sorang.

Time balik kerja pulak aku pernah tunggu dia dari pukul 5.30 pm sampai 8.00 pm. Call tak berjawab, text tak berbalas.

Pernah dia cakap kereta rosak, mintak duit aku RM100 sebab nak baiki kereta. So, aku bagi, tapi aku tahu sangat yang dia menipu. Dia ada skill menipu yang sangat tinggi. At that time aku tengah pregnant, almost 8 months.

So, aku follow dia, dia masuk satu kedai ni, and kedai tersebut adalah tempat orang main mesin judi. I caught him, at that time aku rasa frust sangat. Dia tak kesian ke dekat aku??

Barang kemas aku memang janganlah letak merata-rata, confirm takkan jumpa balik. Even aku simpan dalam laci yang berkunci pon he managed to open that and took it.

Dia selalu selongkar laci-laci just like searching for something, seriously aku rasa tak selamat sangat. Duit dalam wallet pon kadang-kadang dia rembat. Even duit dalam account aku pon dia pernah transfer curi-curi.

Pernah juga aku nampak WhatsApp conversation between him dengan Viatnamese, maybe pekerja rumah urut. Request to overnight with that lady and bulan depan nya aku nampak lagi conversation tue.

Aku sedih korang.. suami sendiri pon aku tak boleh nak trust. Kadang-kadang tue call aku so many times during working hours, sebab nak pakai duit. Aku pon bagi sebab tak nak dia meminjam dengan orang lain.

Malu korang kalau orang cakap “eh laki kau pinjam duit aku”. Apehal desperate sangat laki kau.

Orang lain mesti excited kan nak balik rumah main dengan anak, tapi dia tak, balik rumah pukul 2 am or 3 am. Even worse, tak balik rumah langsung. Lagi kesian dekat anak aku ada bapak yang tak bertanggungjawab. Sangat selfish!!

Dia tak mampu nak sediakan tempat tinggal untuk aku dan anak aku. Kalau diikutkan gaji dia dah mencecah 4k. Aku menumpang di rumah parents dia. Semua benda dia tak mampu. Bagi duit dekat aku, tapi mintak semula.

Dengan sifat pemalasnya, pengotor dan selekehnya. Accident motor berkali-kali. Maybe bawa motor tengah “stoned ice”. I dont know, mulut bau busuk.. and aku suspect disebabkan menghisap dadah.

Ramai yang mintak aku bersabar sebab kata mereka bukan senang nak hidup as janda, aku pulak kewangan biasa-biasa, parents jauh. Anak kecik lagi.

Serabut sangat fikir pasal future aku dan anak aku. Sedih tue tak payah cakap lah. Aku dah tawar hati korang, tapi aku tetap bersabar. From 2013 until now.

Kesabaran aku makin luntur dengan suami yang tak pernah ada kesedaran untuk berubah. Perlukah aku hidup dan bersabar dengan dia sehingga akhir hayat??

Korang tolong aku, apa cara yang boleh aku buat selain berdoa memohon hidayah daripadaNya.

Bersyukurlah korang yang ada suami bertanggungjawab dan penyayang tue please lah respect him and love him unconditionally. Betapa aku cemburu!!! Mungkin ada sinar kebahagiaan untuk aku nanti.

– Brokenhearted (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit