Lemme tell you a story of a girl who went through a lot since her childhood time. Dia biasa bekerja di ladang, balik sekolah terus straight ke kebun tolong mak berkebun.
Masa kecilnya dah biasa makan nasi berkuahkan minyak goreng ikan, atau hanya gaul garam. Dia dikelilingi kawan2 lelaki berseluar pendek keliling kampung dan memancing di paya2 if lucky enough boleh bawak balik haruan or keli buat gulai.
As a normal kid we used to have our own ambition besar nak kerja bagus2 nak tolong mak since dia tak sempat nak tolong ayah dia and ayahnya pon masa kecilnya selalu sakit tak menentu meraung2 buatan orang.
Gadis ni hanya sempat bersama ayahnya hanya seketika hingga berusia 12 tahun kemudian ayahnya dijemput menghadap Sang Pencipta. Bermulalah hidupnya berdiri diatas kaki sendiri.
Meh.. Nasib tak selalu menyebelahi kerana dugaan didunia itu adalah pasti bagi setiap orang Islam. She lost her mum while she was still struggling looking for her career. Everything messed up. She can’t handle the pain.
She cried every night for 4 months, she’s no longer the same person she used to be and even lost her friends at that time. She was in pain. But little did she know Tuhan menduga kerana Dia tau this girl can go through and we’ll won the battle.
My friends, never ever feels we are the worst, look! Kita ada pelbagai nikmat yang tak terhingga. Buat yang masih ada parents, jangan selfish. Jangan rasa down selagi kita ada mereka, doa mereka takde hijab.
Its okay untuk menangis, nangis lah, meraunglah kalau rasa itu boleh ringankan beban dibahu. Tapi jangan lupa bangkit semula selepas tu.. Ingat, jangan susahkan dorang dengan sikap kita. Yer tau kita tengah down tapi jangan buat dorang risau.
Semua orang ada ujian, tapi ujian paling besar adalah bila kita hilang doa dari mak ayah kita bukan hilang bf/ gf/ suami curang/ isteri tak setia.
Sakit memang sakit tapi cuba tengok pada sudut pandang yang lain, Tuhan beri nikmat lain and Dia sebenarnya sedang selamat kan kita dari sesuatu yang merosakkan kita.
Jangan pernah sekali2 compare diri kita dengan org yang punya segalanya. Itu hanya luaran yang kita nampak, hidup dia sebaliknya kita tak tau.
Orang akan cakap, ahh confessor ni ajet ajet jer cakap senang laa.. Aku dah melalui fasa ni dan ada orang terdekat aku juga tengah melalui. Aku cuba support tapi terpulang atas individu untuk bangkit atau tidak.
Sebagai kawan aku sentiasa ada untuk bagi support and dengar semua luahan kau. Tapi bila kau start menyusahkan mak bapak dengan cara melepaskan amarah kau pada mereka, dengan perbuatan, itu sangat menyakitkan aku sebagai seorang anak yang rindu pada mak ayahnya.
Guys, waktu jatuh ni kita akan tau siapa kawan siapa lawan. Dekatkan diri dengan Tuhan, banyakkan bergaul dengan orang2 positif, dengar perkara2 positif every single day.
Suggestion aku adalah dengar talk Prof Muhaya, Dato Dr Fadzillah Kamsah, Habib Ali Zainal and favourite aku adalah Sheikh Ali Jaber. Dekat youtube bersepah. Cari jer okay.
Kalau rasa kawan kau toxic, blah jer. Takpe, tak rugi pon hilang kawan toxic dari kau terus down merana sengsorang jugak. Gunanya kawan untuk support kita bukan makin jatuhkan kita.
Please, please, please bangun! Jangan terus tersandar terbongkang. Kalau bukan harini mungkin esok atau lusa. Benda yang indah memang lambat sampai. Ingat lah pada janji Allah buat hambanya yang berdoa, berusaha dan bertawakkal padanya.
Aku belum menang, tapi aku sudah boleh tersenyum walau parut luka sebuah kehilangan tu masih besar berbekas dihati. Dan aku sentiasa berpegang pada kata2 ibuku, “Letakkan sebenar2 kebergantungan pada Tuhanmu kerana Dia yang Maha Menguasa”.
Ingat jangan terus mengalah kerana hidup ini adalah sebuah perjuangan yang panjang. Rehatlah bila tiba waktunya disana kelak.
Sekian… Maaf kalau huru hara aku risau panjang berjela nak explain or ceritakan secara details sat gi depa tau sapa aku and kawan aku pon stress aku share story depa.
– Gadis fighter (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit