untuk si ” tawar hati” – 10:04 PM

untuk si " tawar hati"

Salam..tak tahulah tulisan ni membantu atau tidak untuk confessor tawar hati..tapi takpelah aku cerita sikit kisah aku yang lebih kurang mcm sama dgn cerita si tawar hati

Sebenarnya hidup aku pun lebih kurang macam tawar hati jugak..bersuamikan orang yang tidak pernah menyayangi aku..namun yang bezanya aku bertahan 10 tahun kerana aku takut hidup sendiri dan takut dengan status janda..dalam 10 tahun tu aku dikurniakan 3 anak..memang hidup penuh kesedihan namun aku cuba bertahan..

Banyak kisah2 sedih yang aku dan anak2 lalui .dan setelah 10 tahun bersama dia akhirnya aku bercerai.aku redha dan mmg pada mulanya agak payah untuk hidup sendiri membesarkan anak2 yang masih kecil..banyak liku2 hidup dan dugaan aku lalui..dengan pandangan masyarakat dan masalah kewangan dalam membesarkan anak2

Apa yang aku nak ceritakan disini adalah.lama kelamaan sepi dan kesedihan tu Allah gantikan dengan kebahgiaan..anak2 aku Alhamdulillah ketiga2 nya cemerlang akademik..dua dari mereka dapat straight a's spm dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran di universiti..tinggal yang bongsu akan menduduki spm tahun ini..

Kebahagiaan Allah beri adalah melalui anak2..mereka bersama aku dlm susah dalam senang..sentiasa di sisi..apa yang aku nak sampaikan pada confessor tawar hati..jika boleh baliklah dan ubatilah hati dengan anak..didik dan beri kasih syg sepenuh hati padanya..Insya Allah itulah kebahgiaan kita sebenarnya..mmg pada mulanya agak sukar tapi lama kelamaan u akan jumpa kebahgiaan itu..kebahagiaan yang mmg tak perlu dibuat2..kejayaan anak2 serta kasih syg yang mereka beri pada kita itu adalah lebih bermakna dari segalanya..

Buat confessor tawar hati..maaf kalau confession ni buat u terasa hati..tujuan hanya untuk berkongsi sahaja dan jika ianya dapat membantu mengùbati kesedihan u walau sedikit…alhamdulillah..

– nur

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *