Untuk orang yang selalu upload gambar makanan dan makan kat tempat mewah mewah , cubalah berubah . Hmm . Kau punya spend satu hari kat situ sama macam duit makan aku dua minggu . Yelah , aku nak makan macam kau tak mampu . Tengok dan berangan je mampu .

Dan dah dahlah tu upload gambar beli beg baru , phone baru ke . Apa apa jelah . Tak semua , tapi ada punya yang iri hati tengok kau . Termasuk aku . Hmm . Aku cuba kawal perasaan ni .

Selalu jugak aku rasa hidup ni tak adil . Untuk family macam kau yang boleh kata berada , tak payah pun kau nak fikir duit nak buat lesen . Duit nak beli buku belajar . Duit tambang bas . yelah , nak balik je call parents datang amik . Untuk orang macam kau jugak , tak payah nak fikir duit makan . Rasa nak makan ayam , beli je .nak ikan , beli je . Tapi untuk aku , lauk sayur . Lupakan ayam dan ikan . Itu pun makan untuk satu hari . Sebab kalau makan dinner dengan lunch , aku tahu duit nanti short .

Untunglah kau , time cuti je duduk rumah tak kerja . Duit poket masuk sentiasa tanpa usik duit elaun pun . Untunglah orang macam kau , nak bercuti ke sini sana , sebut je . Untuk aku , duit elaun memang kena usik , payah sekali hendak disimpan.Nak bercuti , masing masing kena kumpul duit tu pun memang tak dapat pergi. . Shhh , jangan kata aku tak berjimat , dah tu duit makan dan buku nak kaut mana ? tak masuk tambang bas lagi nak balik kampung . Tak masuk duit assigments semua .Barang keperluan lagi . Hmmm .

untunglah kau ada ibu bapa yang belajar tinggi , pandai nasihatkan kau kalau kau malas belajar . untung keluarga kau , adik beradik semua straight a dalam semua exam . yelah , orang pandang tinggi kan dengan orang bijak ni . Orang yang tak sempat kutip a macam adik beradik aku , yelah orang cop pemalas . sedangkan minatnya bukan pada buku tapi pada kemahiran . Orang macam kau apa tahu .

Untunglah kau ,ada family goals yang semua orang nak .

Untuk orang orang macam kau yang rasa diri bagus . selalu nak upload kemewahan di media sosial , upload kejayaan dan sebagainya , boleh bungkus semua harta duniawi kau eah .

Jangan rasa diri tu bagus bila orang tabik kau . Cuba hidup dalam kehidupan aku untuk satu hari je , dan cuba tengok kau survive atau tidak !

– G

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

85 Comments

    • X peribadi bro..peribadi tu account die sorg…dn x de list…tpi die ad org yg mcam2 latar belakang…jdi prlu lihat hubungan dengn org lain

    • Maksud peribadi bro @mohamad amirul tu, ialah media sosial tu account dia, suka hati dia la nk upload apa, klu irg lain x suka, just unfriend, block jela.

    • Itu slah…islam ni bukan hidup ats hak kit je..islam ini jemaah…jdi perlu lihat sekeliling…dah tu tngn die suke hati die la nak mencuri..tpi die melibtkan org lain krn tu ad hudud

    • Itu mencuri bro…memang benda salah..padan la ada hukuman.kalau saye travel oversea,upload gamba niat nak berkongsi tapi ada orang terasa macam saye menunjuk,takkan salah saye kot?

    • Setuju islam tu jemaah. Kita hidup kat dunia ni jgn ingat makan pakai kita saja. Kena ingat dalam harta benda yg kita ada, mungkin ada hak org lain. Hak2 yg tak tertunai. Jadi bersederhana lah nak upload gambar boleh tapi jgn melebih2. Dan Allah saja lah yg tahu isi hati kita sama ada nak menunjuk atau nak sharing is caring ✌?️

    • Peribadi yang saye maksudkan kat sini is,akaun tu 100% milik seorang individu sahaja.apa dia nak upload,apa dia nak padam,dia boleh buat.

      Do answer my question.contoh kalau saye pergi oversea dan upload gambar dengan NIAT UNTUK BERKONGSI keadaan di negara orang,tapi ada makhluk allah,takdak hujan,takdak ribut,terasa hati dengan gamba yang saye upload sebab dia rasa saye nak menunjuk(or possibly kutuk orang yang takleh pegi sana),so salah saye ke uoload?

    • Mohamad Amirul ini hanya pendapat sy, wallahualam. Kalau dia yg tgok dalam hati dia kata “eh nak menunjuk dia ni upload gambar mcm ni” itu urusan, dosa dia dgn tuhan. Kita pula memg niat nak berkongsi, tapi timbul rasa sedih, rasa tak mampu bagi org yg tgok, nak2 lagi kita acapkali upload, kita dah buat saudara seislam kita ni sedih..Jadi ni pula urusan kita dgn tuhan.
      Sbb tu sy kata nk upload tak salah tapi bersederhana lah.

  1. Kelebihan yg Allah bg kt kwn2 yg kaya tu ujian utk mereka. Kekurangan yg confessor ni ade pun ujian utk dia jgk. Allah nak uji kita ni bersyukur ke x dgn ape yg Dia bagi

  2. Miskin tu ujian.. kaya pun ujian dik.. kau nampak dia kaya tapi kau tak nampak ujian yg dia lalui.. bersyukurlah kau masih ada elaun utk mkn, study dll.. tutup fb, gi solat dhuha ke ape nnti k..

  3. Hi G, tbh semua benda tu depends kat kita sendiri tau. And why not tukar your ‘untunglah semua dapat’ perspective to something more positive yg boleh motivate yself to be better. Lagi best & kita akan lebih appreciate smth when we give our all kot

    Yes, I might tak rasa macam apa yg G rasa but somehow, bawalah bersyukur sikit (sorry kalau rude). Benda yang kita ada sekarang walaupun rasa tak cukup, ada orang lain lagi susah langsung tak ada apa-apa. Kadang-kadang kita ada dah apa yang mencukupi untuk kita tau.

    Lagipun, socmed mcm ig apa semua tu kalau rasa lagi banyak buat awak iri hati kat orang, try la deactivate for the time being. Jenuh jugak kalau hari-hari scroll feed member yang belanja best-best lepastu explore lagi nanti makin merapu goals la jealous kat orang la. Ye lah orang lain make up satu almari, kita takat lipbalm je. Orang lain holiday sana-sini, kita ke hulur ke hilir buat kerja. Flawless la tinggi la cantik handsome kening on point mata besau warna warni apa semua siap thigh gap semeter.

    Kk geraklu makin merapu nanti. Btw tak semestinya your friends yang bertuah tu je tak mampu survive hidup awak yg susah ke apa, boleh jadi jugak awak sehari kat tempat dia pun boleh merana. Sebab timbul penyakit riak ke apa ke haaa tatayook.

    Okay bye, apa-apapun all the best & kecik mana pun nikmat kita dapat, ucaplah kata-kata syukur. And kalau ada wang lebih, boleh bagi sedekah kat orang-orang jugak. Sikit pun, insya Allah bahagia tu rasa lebih dari sehari.

  4. Hmmm. Kalau ikut ajaran Islam, kite masak lepas tu jiran bau masakan kite, kite kena share makanan kite dgn jiran. Bab social media mcm mana pula ye… Hmmm. Takpe la, who knows mungkin confessor boleh claim balik hak tu waktu Akhirat kot? Who knows la kan. Be positive. Hidup senang di Dunya ni bukan forever, hidup susah di Dunya ni pun bukan forever. I doakan confessor lepas ni hidup senang. Ameen. Don’t worry. Allah dah janji kite dalam Surah Insyirah. Dua kali Allah sebut.

    Yang comment lain yg duk sembang kencang tu, berhati-hati ye, nanti takut kena balik kat diri sendiri.

  5. Rilex la bro/ sis..setiap org ada hdup masing2..org lain pun susah juga..kalau ko nk hdup mewah usaha la sendri..bukannya xboleh…lain kali bnyakkan tngok org dibawah kita bukan tngok orang kat atas kita..baru la kita pandai brsyukur..

  6. Utk kau confessor, berubahlah, x payah nk jeles dgn hidup org lain, hati tu gilap sket, dah hitam sgt. Biar jela pilihan org lain, x kacau hidup kau pon. Please la, be matured sket. Seriously paling benci org cam kau. X penah happy tgk org senang, sentiasa mencari kesalahan org lain.

  7. Hukum pos gambr kat tmpt awam ni sebenarnya makruh…sebab dekat situ mungkin ada orang yg kurang mampu..sedangkan kita tunjukkan kita mampu (seolah2 stu kesombongan)…

    Cntoh situasi : kita makan kedai makan sedap2…post kt fb…dn dlam fb kita tu ada jiran kita yg mkan nasi dgn kicap hari2…kite x prnah tau dan x pernah ambik tau psal jiran kita…apatah lagi nak bagi die makanan…kat sni kita dah menyakiti jiran sedangkan jiran ni ada tempat khusus dalam agama..

    Adapun buat kita yg tak mampu..jangan pulak iri hati dengan mereka…qanaah dan bersyukur dengan apa yg ada..kerana lazimnya yg sedkit itu lebih banyak syukurnya .

    **boleh rujuk youtube video ustaz hanif haron, hukum upload gambar makanan di fb

    • yup…ustaz fawaz dn ustaz hanif haron…due2 lulusan mesir…pernah mengaji dengan mufti mesir…mengambil ilmu dengan bertalaqi bukan hanya duduk dlam universiti…mreka jgk antara ilmuan muda yg beradab..

    • Mcm mana kalo upload gmbar mkanan tpi dgn tujuan pengiklanan perniagaan? Cth gmbar si A tngah mkan makanan dan pos kat fb dgn tujuan tuk promote mkanan tu. Adakah prkara itu jga trmasuk pada prkara yg dharamkan? Skadar brtanya

    • X sampai haram..adapun hukum sebenar wallahualam..x pasti…yg haram ni bile bnde tu boleh jadi fitnah dan membawa kepada yg hram…

      Niat berbeza tu..dinilai ikut niat…tpi yg jdi ‘trend’ bukan promote mknan..tpi sje tngkap nk bgi tau hari ni mkn ap…ikut yg ustz ckp tngkap signboard yg x buat org terliur..tpi klau mmg nk gmbr mknan untk iklan..wallahualam

      Wallahualam…

  8. actually kan, bila kita upload gmbar mkn kat laman sosial, dan ada org teringin, orang yg upload tu wajib kna bagi kat org yang tringin tu. sbb tu rasulullah dulu bila dia bawak balik buah, dia senyap senyap bawak masuk rumah. klau jiran nampak, dia kata wajib untuk bg jiran tu sikit. boleh tgk ceramah ustaz tu kat youtube. bila ada org confess mcm ni. patutnya kita muhasabah diri. jangan upload sana sini, kna ingat ada yang tak mampu. tapi kita salahkan dia pulak. dont put the blame on others. tgk diri sndiri tu.

    • Amirah hanani, actually kalau ceramah awk dengar tu dr ust fawwaz kalau xsalah sy.. Kalau x pun ust khairi Abdullah. Sy xigt. Wajib itu ikut keadaan juga syg.. Xseberat itu. 1st, kalau org meniaga, post gmbo sebb nk mniaga xkan la nk kna bg semua fl dia kan?. Mak2 duk umah yg suka baking n share at fb pun tiada masalah TAPI untuk elakkan org lain terliur, sila sertakan resepi..supaya org yg terliur pun blh buat n mkn.. Kalau post gmbo mkn kat kedai, boleh serta kan alamat dekat mana kita makan.. Supaya org yg terliur sgt tuu boleh la p cari.. Ni buka saya yg cakap, ustaz yg cakap. ☺. Apa2 pun besederhana tu xsalah. ?

    • baca dengan fikiran terbuka dan berlapang dada ye saudari amirah :) tak adil juga rasanya judge sebegitu kepada sesetengah orang yg suka upload. kalau kita tak kisah, tak teringin dan tak hadap pun dengan semua nikmat sementara tu, kita takkan terasa dan berkecil hati sedikit pun atas kelebihan orang lain. Allah lebih tau niat mereka. :)

    • Amirah…dkt mana awk main ice skating tu? Teringinnya sy nak pergi tp xpernah lagi dpt pegi. Untunglaaa dpt main ice skating. Jeles sy tgk gambar awk tu ?
      Kalau mcm ni, ni salah awk yg upload ke atau salah sy yg jeles ni?

  9. Confessor, saya faham keadaan awak.

    Tapi awak pernah dgr tak sepotong hadis yg mengatakan satu-satunya amalan yg bila kita buat, kita bukan saja dicintai Allah, malah dicintai manusia:

    Dari Abul ‘Abbas Sahl bin Sa’d as-Sa’idi Radhiyallahu anhu, ia berkata,

    “Ada seseorang yang datang kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata,

    ‘Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang jika aku mengamalkannya maka aku akan dicintai oleh Allah dan dicintai manusia.’

    Beliau Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,

    “Zuhudlah terhadap dunia, nescaya engkau dicintai Allah dan zuhudlah terhadap apa yang dimiliki manusia, nescaya engkau dicintai manusia.”

    [Hadis hasan, diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan selainnya dengan beberapa sanad yang hasan]

    Pupuk lah sifat qanaah (merasa cukup dgn apa yg ada), inshaa Allah lama2 sifat zuhud akan dtg sendiri.

    Dan zuhud lah dgn apa yg org lain miliki, bukan saja awak akan rasa tenang, malah org lain juga akan senang dgn awak.

    Kaya dan miskin itu daripada Dia, bukan ke setiap manusia telah dibahagi2kan rezekinya sejak sblm lahir lagi?

    Dan dunia sememangnya tidak adil fitrahnya. Ingat lah, semua ini sementara. Semoga dgn kesabaran awak dgn ujian ni, Allah perkenankan kekayaan awak di akhirat kelak. Aamiin.

  10. Busuknya hati confessor. Hihi. Kalau kau baik sgt, kenapa nak cemburu dengan rezeki orang lain? Maybe kau ada IG, FB kan, banyak pulak membazir kuota internet. Hihi

  11. I feel you G. Duit lesen kena pikir duit elaun kena jugak usik. Semua kau cerita tu I feel you. Untungla mereka. Tapi takpe. :) moga2 dengan kesusahan2 yang dihadapi Allah bagi kesenangan kat akhirat nanti. Positive positive! Yeayhh

  12. Be positve la.. aku pn kdg kdg teringin..tp xde nk halang org dr post .. mybe tu rezeki dy..rezeki kite pd bhgian lain pula.. mungkin dy sng skrg sbb allah bg ujian kt dy mse dy susah dlu…mybe allah bg ksushn kt kite skrg ujian kite utk sng kmdian hari nnt..

  13. Confessor.. jgn banding diri kita dgn org yg lebih senang. Sebaliknya cuba tgk n bandingkn diri dgn org yg jauh lebih susah drpd kita. Klo awk makan berlaukkn sayur sekali sehari, mgkn ada org yg hanya mampu makan sekali je sminggu. Awk suh org yg berada tu rs keadaan awk mcm mana, tp awk pena x igtkn diri awk utk cuba rs kehidupan pelarian2 kt syria ke.. org2 homeless. Pena x. Smpaikn awk nk persoalkn khdpn org lain..

  14. Tahu x rse susah, itu nikmat sbbnya Allah nk kita tu sntiasa mngadu padanya..mngadu yg kita x mmpu nk mnanggung ksusahan yg kta alami..rse jeles dgn org yg ada duit bnyak..tpi knelah usaha..byak cara kta boleh lakukan utk tingkatkan usaha kita utk dptkan apa yg kita inginkan…rse senang?? Itupun nikmat dan ujian yg Allah berikan pada kita..dye nk tngok kta ni ingat tuhan atau x..tahu mnsyukuri nikmat dia atau x…kalo hnya berkata “untungla dapat itu ini, untunglah duit byk”.. Seolah2 awk mcm slahkan tuhan pun ada sbb x brikan semua nkmat mcm mereka ( ni pndangan saya bila ba ca ayt cnfessor).

  15. Biar jelah. Best kot tengok kawan2 upload gmbar mkanan nnt boleh tnye kedai mna dia mkan. Baju ke handbag nnt boleh usha mana dia beli. Tengok diorg travel sume nnt boleh minta advice lau giliran kita nk travel pula. Itu pun ko nak jadikan isu? hahahaha. Cuci hati dan fikiran bersih2 ek. Lau rasa tak mampu jgnlah main social media. Sebab bgi org lain, tgok gambar camtu bagi motivasi dan utk berniaga. Buka sikit minda tu

    • Ha a. Lgpun kalau kita happy dan komen positif tgok kebahagiaan dan rezeki org kbyakan diorg mesti akan doakan kita jg dpt rasai rezeki n kebahagiaan mcm diorg suatu hari nnt. Kan dah dpt doa baik2 ?

  16. Sebab tu jgn intai kehidupan orang lain – bak kata omputeh dont intai window sebab hanya nampak yg elok2 jer – ko tak nampak yg buruk2 – tutup ja fb ig apa bagai yg ada – sebab kalau ko fikir lebih2 takut macam tak bersyukur sudahnya – masih dapat makan nasi – sedang kat mana tah – duk makan rumput

  17. Cakap mcm org tak bersyukur.
    Fikir negatif kt org.
    Meratap kesusahan diri mcm Allah tak pernah bg nikmat lgsg.
    Cuba la fikir positif
    Jadikan apa yg org post2 tu 1 semangat nk ubah nasib diri.
    Allah tak merubah nasib sesuatu kaum tu melainkan kaum tu sendiri usaha merubahnya.
    So BERUSAHALAH ! JANGAN MALAS !
    BUANG RASA HASAD TU ! DAPAT HIDUP LAGI UTK BERAMAL TU PN 1 NIKMAT BESAR ALLAH DAH BAGI !

  18. Confessor, tlg la jgan jadi org yg sangat kesian. Tlg lah faham fungsi follow kat fb ni, atau silalah pilih hide untuk setiap post yg sgt annoying awk. Kalau awk terlalu banyak benda lain yg lebih penting nak pk, pasal lesen,buku blaja,tambang bas, so jgn la semakkn fikiran fikir benda yg xpenting k. Itu apa yg awak nampk, duit byk makan sedap,mahal, ada kete dtg jemput.. Apa yang awak ada mungkin dia xda… Teruk mana pun awak rasa kehidupan awak.. Pcayalah ada org tgh berhadapan dgn kehidupan yg lagi dahsyat dan dia tengah chill je sekarang.

    Bagi org2 lain pun yg rasa annoying dgn post fl anda sila laa hide/unfollow. Sila berlajar bersyukur. Korang tau x jadi orang kaya ni dorang hilang satu nikmat. Kita org miskin boleh makan nasi kosong dengan senang hati. Kita juga boleh makan makanan org kaya dengan senang hati. Tapi org kaya boleh x makan nasi kosong dengan senang hati mcm kita?? So, bersyukur la dengan apa yg kita ada.. Silalah berlapang dada dengan post rakan2 anda. Positif.

  19. Hakak slalu pos gmbr makan sb sememangnye hakak keje buat kek.tak pos takde la org tau hakak ni meniaga kek. Be positip ada yg upload nk support kengkawan niaga.

  20. Confessor.. such a jealous species you are.. inilah akibatnya kalau tak alhumdulillah selalu.. ada lagi org kat luar situ yang tak bernasib baik seperti kamu.. kamu ni apa kurangnyer.. boleh online and then good enough to be keyboard warrior..

    Please dont be jealous of ppl. Jaga diri sendiri..nanti yang ada pun Allah akan tarik kalau tak bersyukur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *