Usah berjanji andai tak ditepati

Manusia haruslah berpegang pada kata-kata. Janji juga haruslah ditepati. Mcm kita boleh lihat sekarang, ramai yg hanya tahu bermulut manis. Akhirnya janji entah kemana.

Wahai manusia. Tak kire lah kau itu perempuan atau lelaki jantinanya. Bila dah berjanji, cubalah untuk tepati. Jangan kau buat orang lain memasang angan-angan atau harapan yang tinggi. Jgn kau janji bulan dan bintang, kau jani pula utk hidup bersama dengan akad nikah. Susah senang hidup bersama, solat berjemaah juga ingin bersama,malahan membuat plan setelah hidup berumah tangga.

Tinggi sgt harapan yg kau berikan. Berbunga2 hati yg mendengarnya. Tros merasakan ada yg bakal membimbingku ke syurga, atau ada juga yg sanggup bersusah senang bersama di kala orang lain mengepikan diri.

Kalau hati kau telah rasa kurang nya sayang..kurangnya cinta pada si dia. Berterus terang lah. Usahlah kau mencari silapnya. Dan jgn pula kau masih berikannya harapan. Tahukah dikau, pedihnya hati..hancurnya hati..kecewa diri..depressnya diri jika harapan menggunung kau janjikan akhirnya hilang begitu sahaja. Bagaimana pula dengan malunya diri jika semua ahli keluarga telah tahu tentang hubungan kita,yg bakal mendirikan rumah tangga. Malu itu boleh dibawa sehingga mati. Malahan jika kurangnya iman, kecewa and hancurnya hati akan membuat seseorang membunuh diri. Kau tahu tak tentang itu?

Ya..aku sedar jodoh pertemuan ketentuan Illahi. Namun jgn lah berjanji hingga seseorang memasang angan2 yg tinggi. Sebagaimana aku yg dilukai. Kau buat aku bahagia dengan janji2mu utk memperisterikan ku pada penghujung bulan januari nanti. Kau buat aku mengimpikan kebahagian pabila kau berjanji akn menjadi imam solat ku,membimbing ku dlm mendalami ilmu agama, ingin bersamaku dikala aku sakit dan ingin punya anak bersama2 aku.

Ini kali kedua kau berjanji utk memperisterikan ku. Hanya kerana pergaduhan kecil, kau menyepi selama 2minggu. Aku yg merinduimu mencari2 kau. Dan akhirnya kau dengan selamba menyatakan kau telah menjadi tunangan orang dan kau tiada perasaan lansung pada aku lagi.

Wahai dikau,tahniah ku ucapkan. Semoga kau berbahgia bersama tunangmu itu. Tetapi usahlah kau mengkhianati harapan si dia sepertimana telah kau lakukan pada aku. Terima kasih kerana telah buat aku bahagia walau seketika. Benarkan aku memasang angan2 dan harapan yg aku bakal menjadi seorang isteri. Dan buatkan aku berusaha menjadi insan yg lebih baik dr dahulu hanya utk menjadi isteri yg solehah buatmu.

Wahai yg membaca, usahlah memberi harapan atau menerima harapan dr seseorang andai tidak bisa menepatinya. Bila hati sudah hancur, sukar utk memulihkannya semula.

– Hati yg hancur

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *