Assalamualaikum. Haa tengok tajuk pun rasanya korang dah tau mesti aku bukan budak uia. Sebab aku tak tau usrah tu apa. Aku dengar kalau kat uia kan wajib join usrah kalau nak duduk kolei kan? Dengar-dengar je la.
So aku sebagai budak yang jahil dan banyak dosa bertimbun-timbun ni memang tak tau usrah tu apa. Selalu dengar ada naqib naqibah apa bagai semua tu. Boleh tolong explain tak?
Lepas tu ada yang kata usrah ni sebenarnya tengok pada ketua dia semua. Konsep dia macam mana sebenarnya? Korang buat kumpulan lepas tu jumpa-jumpa. Lepas tu buat apa? Borak pasal agama la kan. Lepas tu naqib tu yang ketua kan? Naqib tu setahu aku bukan ustaz kan? Selalu aku dengar abang-abang senior. Jadi dari mana diorang sampaikan ilmu? Naqib pun ada group dia sendiri pastu diorang discuss sesama diorang ke macam mana?
Lepas tu lepas tu kan, aku pernah dengar kalau tak join jemaah nanti dibaham serigala.. ye perumpamaan tu. Yess aku tau pun dari buku mat luthfi tu.. hahaha. Tapi aku selalu gi sembahyang jemaah. Kira jemaah jugak la tu. Aku pernah je bagi nama kar Uni aku masa tu ada daftar untuk usrah siap mintak no bagai tapi takde pun contact aku. Krik…krik sahaja.
Lepas tu ada lagi soalan. Soalan aku berterabur, jadi terpulanglah pada korang nak jawab mana satu. Jangan gaduh sudah. Ok soalan lagi satu ni kenapa eh ada yang kuat join usrah tapi jarang aku tengok sembahyang jemaah. Maghrib isyak contohnya. Kat surau U aku macam tu. Aku pun pelik. Busy sangat ke diorang?Kadang2 kalau ada ceramah kat surau tak join. Siap ustaz yang bagi ceramah tu pernah sindir. Yelah kalau dah tiap-tiap minggu ceramah 4-5 orang je yang dengar. Pada aku patutnya geng usrah ni laa yang mengimarahkan surau ke apa kan.
Sebenarnya banyak soalan lagi tapi aku rasa soalan terakhir ni pun dah bunyi permusuhan jadi aku rasa better stop. Maaf kalau ayat cam teruk atau buat korang yang geng usrah terasa. Aku memang nak tau. Tapi aku ni tak reti ayat berkias. Aku cuba tulis tanpa short form pun dah cukup hebat dah. BM aku teruk dulu. Sekian.
– Budak baru belajar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Nursyafiqah Nazirmuddin
Boleh utube. Ramai org share.
Ada yg beza2 system nya :)
Usrah dlm erti bahasa…KELUARGA…Rasullullah berusrah di rmh arqam alarqam pd pmulaannya dlm sedikit ahlinya…jemaah tu bkn setakat solat berjemaah jer dik…naqib utk lelaki…naqibah utk perempuan…
Usrah wajib di UIA. Kami panggil usrah As study circle/halaqah. Tu masa first year. Then kalau stay dekat mahallah, masa second year diwajibkan usrah juga. Akan ada naqib&naqibah dari kalangan student sendiri. Soal silibus,semua dipantau. Usrah ni maksud dia family, ada 3 rukun usrah. Taaruf(berkenalan),tafahum(saling memahami) dan takaful(saling menolong).
Konsep dia, utk saling brpesan2 pd kebaikan. Kadang kita susah nak istiqamah bila sorang2. Bila beramai2, jadi kuat sikit nak jadi baik. Tapi x semestinya kalau nak jadi baik kena join usrah. Pernah dengar biah solehah? Biah solehah tu ialah persekitaran yg baik. Thru usrah ni,kita boleh develop biah solehah. Kita sama2 saling belajar benda baru, tingkatkan ilmu, tarbiyyah diri sendiri dan sahabat2.
Masuk usrah, x semestinya x buat dosa. X semestinya x de alpa lalai semua tu. Tapi sekurang2nya dia ada effort nak cari ilmu. Masa kita dalam usrah biasanya 1 jam je seminggu. Dengan diri sendiri, 24 jam sehari. Then kenapa nak salahkan usrah yg sekejap tu bila budak usrah tu x istiqamah x pi masjid semua tu hee. Semua tu atas diri sendiri.
Hijaz Jamal
Baik dalami ilmu tasawwuf..