UTI Survivor II

Untuk part I, (https://iiumc.com/uti-survivor/).

Asalamuailakum ini sambungan cerita aku dari yang pertama. Jadi selepas aku on going dengan prophylaxis antibiotik tu aku masih lagi diserang dengan infection dengan bertubi tambah dengan demam yang teruk sampai terpaksa dimasukkan ke wad.

Dr buat urine culture dan aku disahkan ada bacteria klebsiella pneumonia ESBL which agak bahaya jugak la dan antibiotik yang boleh lawan adalah antibiotik yang terkuat iaitu meropenem, dan sekali lagi terpaksa dimasukkan ke wad selama seminggu.

Selepas itu dr mula mengesyaki kenapa bacteria aku serang buang pinggang sehingga kecut dan dr menjalankan ujian mcu dekat aku atau dipanggil cycstogram untuk melihat sama ada aku ada reflux atau tidak and yes aku ada reflux grade 4, dia ada sampai grade 5 jadi aku ini dikategorikan teruk dan sindrom yang dipanggil ialah vesicoureteral reflux kidney (VUR).

Aku dikategorikan sebagai congenital bermaksud berlaku semenjak lahir dan aku tidak detect dari awal dan dari situ mak aku buka cerita balik yang aku pernah kena infection masa baby tapi selepas tu ok selepas dr bagi antibiotik.

Mostly yang ada sindrom VUR datang dari baby tapi ada ja atas faktor lain, nak kata VUR ni rare cases ialah tak sebab ramai ja yang kena tetapi sebab aku dapatkan rawatan dekat hospital swasta aku tak jumpa orang yang macam aku, di hospital kerajaan ramai.

Selepas aku dapat tau aku ada sindrom VUR tu aku agak sedih tetapi aku bersyukur kerana dapat tahu reason aku kena recurrent uti bukan just ambil antibiotik then ok lepas itu kena balik aku rasa itu bukan life.

So permulaan treatment yang dr bagi dekat aku ialah masih prophylaxis antibiotic tetapi tetap failed sebab aku diserang jugak infection, then dr buatkan aku temujanji dengan hospital kerajaan utk DMSA atau dipanggil nuclear scan untuk melihat function kedua dua buah pinggang aku.

Dan adakah aku perlu buang buah pinggan kiri aku atau diselamatkan guna pembedahan yang dinamakan ureteral reimplantation surgery dan result menunjukkan buah pinggang kiri aku dapat diselamatkan kerana atas 10% kalau kurang kena discarded buah pinggang tu.

Permulaanya bermula apabila aku start balik sem baru, sebab dr kata pembedahan aku boleh ditangguhkan lagi sehingga habis semester tetapi tengah semester aku diserang lagi infection dan semestinya demam aku sangat tinggi terpaksa aku tinggal kelas lagi macam sem yang sebelumnya aku sangat2 down masa itu.

Walaupun aku tak kena infection aku tetap akan sakit masa kencing, tak boleh tahan kencing lama dan tekanan di belah kiri dan pada waktu itu aku berfikir aku ingin extend sem aku dan perents aku setuju, aku ingin fokus terhadap kesihatan aku dulu, aku tak mahu jadi macam sem sebelumnya dimana waktu final, test dan quiz aku diserang, aku tak suka jawab exam dalam keadaan terseksa.

Setelah berbincang dengan dr, dr setuju untuk mengawalkan pembedahan aku, untuk pengetahuan korang tak semua urology boleh buat pembedahan ini kalau swasta di kedah atau di kl, kalau kerajaan kelantan dan kl yang selebihnya aku tak pasti.

Ikut dr pembedahan ini major dan agak rumit, aku membuat keputusan untuk menjalani pembedahan dekat swasta atas faktor hospital kerajaan jauh dari rumah aku, susah untuk aku ulang alik untuk follow up dan sebagainya.

Jadi dua minggu sebelum operation aku kena pakai stent iaitu satu tiub getah yang dimasukkan dari saluran kencing dan diletakkan dari buah pinggang hingga pundi kencing dekat buah pinggang dia akan coil la dekat buah pinggang tu sorry kalau silap informasi.

Pada awal pakai stent sangat la sakit, kencing aku berdarah selama 4 hari jugak lepasitu aku agak ok tapi masih tak selesa bila bergerak and so on, kalau untuk orang yang ada batu karang tak silap lagi sakit diorang bila ada stent sebab tersekat dengan batu, aku punya stent hanya function semasa operation tak nak bagi susah sahaja.

Operation dijalankan selama 2 jam 30 minit dan alhamdulliah operation aku berjaya even dr kata ureter aku sangat la teruk sebab dah melekat dengan pundi kencing, uereter aku pun dah besar dan berbelit sepatutnya saiz normal ureter ialah macam saiz lidi sahaja, dr berjaya fix the damage, antara factor ureter aku dah teruk sebab asyik kena urethitis dan jangkitan buang pinggang.

Selepas operation aku terpaksa pakai CBD atau catheter selama dua minggu, pendapat aku sangat la tak best pakai catheter tu terseksa nak jalan tidur dan sebagainya dan pakai stent selepas operation selama enam minggu which bagi aku sangat hell la.

Selepas buang catheter tu aku rasa agak okay sebab dah boleh gerak tetapi kencing aku kadang2 ok kadang2 tak sebab masih ada stent, tetapi aku bersabar kerana tak lama lagi juga akan buang jugak stent ini.

Enam minggu berlalu begitu sahaja dan akhirnya stent aku dibuang, selepas buang stent aku berasa ok sangat kencing aku dah tak sakit, aku sudah ada kemampuan untuk tahan kencing tapi aku tanamkan sikap tidak tahan kencing kerana lead to infection, dan the best part bila aku tahan kencing aku dah tak rasa tekanan di sebelah kiri aku lagi.

Au harap aku free dari infection tetapi aku bersyukur kalau dapat dikurangkan pun, selepas operation aku masih on going dengan antibiotik selama berbulan2, aku rasa setiap perkara ini ada hikmah yang berlaku aku ini seorang yang berbadan gempal tapi semenjak aku sakit aku banyak cut sugar, msg dan makanan tak sihat yang lain dan yang paling penting ambil air kosong lebih dari 2 liter.

Aamalan aku ini menyebabkan berat badan aku turun dan aku tak teringin lagi makan benda manis dan sebagainya, dan disebababkan sakit ini juga aku lebih rasa sympathy terhadap pesakit yang ada urological problem macam aku, aku banyak membaca tentang urological problem yang berlaku di kalangan orang.

Untuk orang yang selalu ada recurrent infection korang jumpa la dr check dari A hingga Z, kerana setiap infection akan melemahkan urinary tract korang. Tak silap aku dari hasil pembacaan aku setiap kali berlaku infection, connective tissue di bladder dan sel akan rosak dan regenerate dalam masa 6 bulan, dan kologen2 di ureter akan rosak menyebabkan ureter nipis.

Aku masih lagi fight inside and outside, doakan kan aku supaya aku sembuh seperti dulu kembali dan dapat belajar dengan baik untuk sem akhir aku ini.

– UTI Survivor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *