Viral video, viral slogan, aib video, aib slogan (tak tahu ada ke tidak aib slogan)..
Viral vs aib.
Perkataan yang Judah tapi memberi kesan bagi jangkamasa panjang. Dengan lahirnya media social yang berlumba-lumba untuk menjadi nombor 1 di dunia (fb, twitter, Instagram DLL). Dek perkara ini berlaku, ada manusia-manusia yang mengambil kesempatan untuk keuntungan peribadi.
Berbalik kepada viral vs aib tadi. Aku juga manusia yang tidak lari dari kesilapan. Pantang sikit, nak post. Dapat je isu panas, ikut turut jadi jahil viralkan. Tak terfikir apa yang akan empunya badan yang diviralkan rasa.
Aib-mengaib dah jadi biasa di dunia media social ni. Apa yang Dapat??? Nak banyak like?? Banyak share???
Dunia memang kejam. Dan bila Allah goncang sikit je, baru aku tahu apa rasanya bila aib kita ada pada seseorang yang kita tak kenal.
Fikiran jadi buntu, hidup rasa tak bermakna, malu pada orang sekeliling, dan macam-macam lagi emosi negatif mula menguasai diri. Aku hilang keyakinan diri. Yela, memang betul la orang kata 'lebih baik mati dari menanggung malu'.
Bila berjalan-jalan dan orang sekeliling pandang, rasa diri ni sedang dicemuh, dihina dan mungkin dimaki dari pandangan orang lain. Walaupun aku tak tahu samada benda tu sudah atau belum diketahui dorang.
Tak mustahil lepas ni datang pula ugutan, ambil kesempatan dari aib kita yang berada di tangan orang lain. Masa susah ni, baru nak ingat Allah. Baru nak muhasabah.
Masa setan naik dalam badan tak fikir apa. Manusia, oh manusia..
Dunia, oh dunia..
Hanya Allah sahaja tempat aku boleh mengadu dan moga aib tersebut tidak tersebar.
Harap korang yang baca ni fikir dahulu sebelum buka aib orang lain.. Kita belum tahu bila aib kita akan dibuka pulak nanti.
رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا
رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا
رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ
وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا
أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Fikirkan la ya. Sekian.
– Wan
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit