Assalamua’laikum sahabat IIUMC. Di sini saya mahu coretkan sedikit kisah kehidupan saya dan juga keluarga mertua. Sebut je perkataan ‘mertua’ pasti sahabat semua terfikir ‘ala ni mesti kes tak puas hati dengan family mertua la tu dan dot dot dot…… sebenarnya yang disangka tak tepat sama sekali.
Kehidupan saya dan family mertua tidak bermasalah. Saya telah berkahwin dengan anak lelaki mereka dan telah dikurniakan cahaya mata perempuan. Sepanjang berada dalam keluarga baru, suami(sangat2 bertangungjawab), Ibubapa, ipar duai dan biras semua tak ada masalah, semua baik2 belaka. Jadi apa yang tak kena lagi?
Ceritanya begini, ahli keluarga ini (termasuk semua nasab sebelah mak suami) mempunyai satu masalah sosial yang bagi saya memang terlalu teruk sampai bole dikatakan semacam wabak yang tak bole dihentikan. Manakan tidak, dari tok (suami), sampai ke anak (makpak sedara suami) turun ke cucu (sepupu suami) habis semua terlibat dengan masalah ni (terlanjur, bersekedudukan, kahwin lari, anak luar nikah dan segala macam lagi yang tak tertulis).
Sebagai ahli baru keluarga ini, rasa terkejut pasti ada (jika penglibatan ahli yang tak ramai), namun berasa lagi bertambah2 terkejut sebab hampir semua dari mereka terlibat. Bila terfikir ia menjadi turun temurun untuk keluarga ni, itu memang satu yang menakutkan. Kenapa saya takut, sebab anak perempuan saya adalah generasi yang terbaru untuk kelurga ini (cicit ).
Untuk pengetahuan sahabat semua, keluarga saya memang tak pernah lagi berhadapan masalah ini, jadi ini merupakan pengalaman pertama (dikalangan ahli keluarga) saya dikelilingi orang bermasalah sosial yang serius.
Tapi keluarga saya bukan lah perfect, cacat cela ada juga cuma tidaklah serius sehingga membawa kepada kes2 begini. Saya pun tak tahu sebagai makpak sedara apa peranan yang mereka lakukan untuk hentikan perkara ni?. apa yang saya nampak mereka sendiri pun terlibat jadi nak nasihat adik beradik,anak dan anak sedara pun tak berdaya.
Bagi saya, bila orang tua pun berkelakuan tak elok, rasa hormat golongan muda (anak & anak saudara) makin menipis. Kuasa menegur dan menasihat orang tua tu sendiri mengurang, sebab mereka akan menilai ‘ala pakcik tu, dia pun sama perangai tak elok, ada hati nak nasihat orang lain’ contoh la, dan memang ini la yang berlaku (apa yang saya lihat).
Bila saya banyak memerhati gelagat mereka ni dalam hati selalu berfikir ‘korang cakap orang ni tak betul, orang tu tak betul padahal korang sama je’. Aduh, jahat betul saya ni. Huhu.. Ehh susah betul la nak terangkan. Kadang saya terfikir, kenapa teruk sangat sampai macam ni? atau ni masih tak cukup teruk ke?. ke saya yang tak betul anggap semua orang dalam keluarga ni tak kena? Aduhh.
Belum lagi becerita pasal bergaduh dalam whatsapp keluarga (habis di bukanya aib sesama sendiri, semua rahsia terdedah ). Dari segi penampilan mereka, saya puji memang terbaik, tapi sahabat paham sendiri la maksud tersirat saya. Yang paling saya terkesan apabila wabak ni dah menular masuk dalam keluarga suami saya. Adoiii makin dekat pulak dah.
Kalau makpak sedara dan sepupu sepapat dok buat perangai tak semengah tu boleh kira jauh lagi (jauh tak jauh sangat la) tapi bila kakak dan adik suami saya sendiri terlibat, saya rasa sangat2 sedih. Adiknya baru terjebak (bawah umur) kakak pula dah lama berlaku (tapi saya baru tahu-hasil siasatan saya yang berjaya merungkai misteri-macam mana tahu tak payah la cerita).
Melihat pada cara penyelesaian mereka anak beranak, malas saya nak cerita panjang, senang cita asyik salahkan orang lain je. Salah kan budak lelaki dan keluarganya tu, salahkan cikgu, salah kawan sekolah dia tapi anaknya sendiri jentik pun tak inikan pula nak penampor. Ya siapa tak sayang anak sape yang tak kecewa tapi saya tak nampak usaha nak selamatkan dari awal tu ada. Itu yang membuatkan saya sebagai orang baru dalam kelurga ni rasa sangat pelik.
‘Bende dah jadi, terima saja lah’ apa maksud ni? Tak ada usaha menyekat dan menghalang bila jadi terima saja dan salah kan orang lain. Boleh ke macam ni kita sebagai ibubapa? Saya tak boleh terima ayat ni tapi dari awal kelakuannya saya dah dapat jangka memang akan jadi perkara ni (terlanjur). Nah memang jadi pun, huhu.
Bukan la saya ni ahli nujum, tapi mungkin disebabkan saya memang duduk di bandar jadi dari sekolah saya memang dikelilingi rakan yang bermasalah sosial maka saya dapat meneka gerak geri mereka, itu sahaja. Walaupun pun kita dikelilingi oleh orang begini tak bermaksud kita mesti ikut kelakuan mereka. Kita ada akal boleh berfikir baik buruk, maka gunakan lah sebaik mungkin. Prinsip saya kawan boleh, ikot jangan.
Berbalik cerita tadi, apa yang family mertua saya buat? Buat biasa dan tenang macam tak ada apa. Saya nak tegur paham2 saja la, bukan boleh kata lebih, nanti saya pula kena. Cuma ada sedikit luahan saya bagitahu suami, dia cuma mengangguk tanda setuju (dia ni boleh kata anak yang ayah cakap apa tak bantah).
Melihat perkara ni, saya mula terfikir suami saya akan didik anak macam ni juga ke? Sejujurnya memang saya sangat takut dengan keadaan sekarang, sehingga timbul rasa paranoid pada suami sendiri?. Hmmm entah lah.
Mesti sahabat terfikir ‘confessor ni pun mesti terjebak jugak kan dengan masalah sosial ni, yea la adik beradik suami die terlibat kot tak akan suami dia baik sangat’. Sejujurnya alhamdullilah Tuhan masih pelihara kami berdua. ‘Ala nak bagitau korang baik la tu’. Tak la baik sangat pun saya jugak pendosa, aurat pun masih tak bertutup rapi (tapi akan sentiasa cuba perbaiki).
Sebagai ibu, saya rasa sangat terkesan dengan keadaan sekeliling anak saya. Bak kata orang kalau dari akar tak elok alamat sampai ke buahnya pun tak elok jua.. Dia masih kecil dan tak mengerti apa2. Saya takut anak saya juga akan mengikut jejak langkah seperti ini. Rasa nak bawa lari anak saya jauh-jauh tapi apakan daya larilah sejauh mana pun kalau dah anak perempuan tetap kuat sebelah bapanya.
Allahu, mencabar sungguh nak membesarkan anak sekarang ni. Jika nak becerita secara terperinci memang payah la nak menaip. Ikut kan hati nak luah keluar secara langsung dari mulut je. Tapi apakan daya nak cerita kat family saya nanti aib kelurga suami terbuka nak cakap lebih2 pada suami pula takut dia tersingung. Jadi kita taip je la kat sini walaupun bukan pandai sangat mengarang. Sekurangnya ada tempat untuk meluah.
Walau apa pun terjadi dalam kelurga suami saya, saya berharap dia dapat jadikan ini sebagai satu pengajaran. Saya tahu dia sedih dan malu dengan apa yang berlaku dalam keluarganya tapi jangan risau saya tetap ada di belakangnya. Semoga anak kita membesar dalam suasana yang bersih dan sentiasa terpelihara dari hasutan syaitan yang menyesatkan. Harapan saya agar gabungan kami suami isteri insyaaAllah akan menamatkan wabak yang merebak tanpa kawalan ini. Jauh lagi perjalanan anak jauh juga perjalanan kami.
Kepada sahabat IIUMC, semoga anda semua menjadi ibubapa yang berjaya mendidik anak dengan baik, juga menjadi contoh teladan yang baik pada anak2. Tidak kira anak lelaki mahupun perempuan, jagalah nasab keturunan supaya tak rosak di jamah hawa nafsu. Assalammua’laikum.
Kisah benar dan bukan rekaan.
Sekian terima kasih admin dan sahabat semua.
– Puan Paranoid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit