Wahai Anak, Jangan Halang Ibu/Ayah Kahwin Lagi

Wahai anak-anak, jangan halang ibu/ayah kahwin lagi.

Sedikit info tentang diri aku. Aku Mama (bukan nama sebenar). Berumur lewat 40an.

Aku ada 3 anak yang sudah besar dan sudah pandai berdikari. Sorang dah kahwin. Aku adalah balu sudah dua tahun kematian suami.

Aku ada kenal seorang duda yang juga kematian isteri sejak 4 tahun yang lalu. Kami sudah kenal beberapa bulan, dan kami bercadang untuk mendirikan rumah tangga.

Di sebelah pihak aku, tiada masalah untuk aku berkahwin lagi sebab anak2 aku memberi sokongan yang baik kepada aku.

Malah anak2 aku yang menyuruh aku kahwin lagi jika aku ada berkenan dengan mana2 lelaki, sebab katanya…. Diaorang masing2 sibuk dengan urusan dan kerja, kurang ada masa dengan aku.

Jika aku ada suami, tak ada la aku sunyi sangat… Ada juga teman borak kata mereka. Alhamdulillah aku punya anak2 yang sentiasa menyokong dan memahamiku.

Sisi bakal suami aku pulak, dia ada 4 anak. Sorang sudah berkahwin. 3 lagi belum berkahwin. 2 anak lelakinya tiada masalah jika ayahnya kahwin lagi.

Yang menjadi masalahnya, berkenaan anak perempuannya yang sudah berumur awal 30an, mengugut bakal suamiku, jika ayahnya kahwin… dia akan berpindah dari rumah itu dan akan menyewa di tempat lain.

Sekarang kami tengah berbincang untuk kahwin… tapi terpaksa kahwin secara pjj (perkahwinan jarak jauh).

Kami terpaksa tinggal berasingan bila dah kahwin nanti untuk sementara waktu selagi anak perempuannya belum berkahwin… Tapi sampai bila???

Bakal suami aku akan datang ke rumah aku setiap hujung minggu bila kami dah kahwin nanti, untuk menjaga hati anak perempuannya itu.

Aku sendiri tidak akan sama sekali ke rumahnya kerana menghormati anaknya.

Sebenarnya bakal suami aku sendiri pun sangat geram dengan sikap anak perempuannya itu. Dia bersikap ‘diam’ sebab tidak ingin mengeruhkan keadaan.

Dia sebenarnya tidak kisah pun jika selepas kahwin, tinggal bersama2 dengan aku dan aku juga tidak kisah jika tinggal di rumahnya. Bagi aku, tempat isteri adalah disisi suami.

Kami bercadang untuk meneruskan juga perkahwinan ini tidak berapa lama lagi walaupun anak perempuannya menentang keras.

Buat anak2 di luar sana, kalau kau sendiri belum bertemu jodoh… janganlah kau nak sekat jodoh orang tuamu yang sudah nak sampai.

Setiap hari kau keluar pergi kerja bersama 2 orang adik2mu. Tinggallah ayah kau yang dah pencen tu kat rumah terkulat2 sorang sorangan.

Tidak kesiankah kamu melihat ayahmu setiap pagi keluar makan di warung kerana tiada siapa yang dapat mengurus makan pakainya di rumah.

Bertahun2 dah ayah kau mengopi di ceruk dapur rumah.. Bertahun2 jugaklah ayah kau bertenggek di warung2 kerana tiada siapa disisinya.

Itukah yang kau nak???? Anak jenis apakah kamu ini????

Kau dan adik2 kau balik kerja, masing2 kat dalam bilik. Ayah kau…????? Bertemankan tv. Kadang2 terus tidur depan tv. Kau lebih rela ayah kau berbinikan tv!

Dah ada orang yang nak jaga makan pakai ayah kamu, kamu pula yang bermasalah sengaja merumitkan keadaan. Kemon la wahai anak….!!!!!!!

Ini sahaja luahan aku. Aku bukan terdesak sangat nak kahwin tau.

Kalau aku tak jadi kahwin dengan lelaki yang bermasalah dengan anak macam ni pun, aku tak kisah. Tapi kalau ayah kau ni adalah ahli keluarga aku, aku sangat2 kesianlah pada dia.

Tolonglah anak2 di luar sana, tolong faham ibu/ayah kamu yang hidup keseorangan.

Jangan kau fikir kau boleh hidup takdak laki, maka mak/ayah kau pun kena hadap hidup takdak laki/bini macam kau jugak.

Sekian luahan hati Mama.

– Mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Dr ayat luahan ko ni kak…..no wonder la ank ppuan dia reject ko…..blom jd mak tiri dia lg mulut ko dh mcm longkang….kata xterdesak nk blaki…tp dr luahan ko ni….ko terdesak kak🤣🤣…mmg smua ppuan yg nk tumpang senang tu akn ckp nk jaga pakai mkn sgala…..tp bila smpai masa ppuan2 tu hnya nk mgikis poket laki2 tu je…in the end yg menjaga ank ppuan dia jgak….if ko ikhlas slow talk la dgn ank ppuan dia….bkn dok bahasa ank ppuan dia sbb xbjodoh….lg 1 ko pn xleh terima k if ni tndanya ko xde jodoh dgn laki tu🤣🤣🤣🤣….cri je la duda ln..kn

    • setujuuuuuuu. belum kawin dah perangai mcm ni. hahhaahah cakap je lah mafsu kak . ko gatal

  2. Saya pulak anak perempuan yang dah hampir nak masuk 40 tahun, tapi tetap tak boleh kahwin. Bila harta diletakkan nombor 1….hmmmm

  3. Mmg setuju apa yg dikomen oleh Zarith tu..kak ko ni macam perempuan kebulur x sabo2 nak kawin dgn lelaki tu. Patutnya kau ambik lh hati ank2 dia dulu..ni kau mengelupoh nak kawin sangat…mulut pun boleh tahan macam longkang… mmglah betul apa yg Zarith kata tu…Macamana ank2 nak restu perkahwinan korang. Nak kawin perlu restu ank2 juga ye..kau kena ingat kak..
    Nampak macam tak sabo2 nak kan harta agaknya..
    Mnkin ank2 bole menilai sendiri..arwah mak dia org mungkin jauh lebih baik dpd ko kak kotnya..sebab tu dia orang tak setuju dgn ko sangat…ko perlu sedar diri tuu..
    lebih baik lh ko lupakan niat ko yg tak ikhlas tu..memang nak mengikis agaknya…tu yg tak sabo2 meroyan nak kawin. Anak2 ko pun mnkin tak mahu jaga ko agknya…tu yg ank2 ko suh kawin spy ada org jaga ko…Daripada cara kau tu terang2 nmpk ko tak ikhlas..lebih baik ko lupakan sajelh niat busuk ko tu..aku sokong ank2 mereka..lebih baik tentang habis habisan sebelum menyesal kemudian hari..ramai lagi perempuan lain yang hatinya baik dan ikhlas…

  4. Benar,anak-anak tidak dapat memenuhi kesunyian ibu @ ayah yang sudah tiada pasangan…Namun disudut lain,ada baiknya puan selidik betul2 lelaki berkenaan.Bimbang jika itu hanyalah alasan yang dicipta dan ada perkara yang tidak telus dan sisembunyikan dari pengetahuan puan..
    Apapun ini hanya pandangan saya .Keputusannya ditangan puan..Kita doakan yang baik semoga Allah temukan puan dwngan jodoh yang sakinah mawaddah wa rahmah

  5. Ayat ko blh tahan juga ya, hati kau ni kotor cik kak sb tu kau boleh fikir sepertimana kau tulis tu. Jenis penting diri sendiri mmg ko ni lah mulutnya. Malang laki dpt ko…..

    • kalau kahwin tapi.nk PJJ.baik tak payah puan,sama juga keadaan lelaki tu akan makan kat luar, akan tidur depan.TV juga. Puan pun akan.sendirian di rmah, silap² bil tel yg bertambah tinggi…
      bezanya seminggu sekali suami dtg jmpa puan utk lepas rindu…
      Nampak macam byk masalah akan timbul nnti.
      Puan baru jer berkenalan, mengapa nk rushing, bagi masa utk bakal suami pujuk anak dia.
      idea saya, suruh bakal suami tu berlakon sakit sampai tak boleh bangun tapi tak nak pi hospital…. psyco sikit anak perempuan dia, bahawa isteri boleh jaga sakit pening lebih baik dari anak.perempuan,..berlakun sampai.anak dia. give up…contoh Demand nak makan yg bukan² tapi nk anak.tu masak sbb x lalu mkn kt kedai, minta masak kuih2 lama yg susah nk buat tu…atau lepas makan muntah², kencing berak merata²…sampai anak dia tak lalu nak cuci…
      sampai anak dia sedar dia perlukan org lain utk jaga bapa dia

  6. Pada pendapat saya, sebagai anak perempuan kepada ayahnya itu jikalau saya berada di tempat dia, emosi saya pasti akan terganggu dan x benarkan ayahnya kawin lagi satu. Dia pasti tidak suka sekiranya ada perempuan lain mengantikan tempat arwah ibunya. Kenapa orang tua sangat penting kan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan anak yatim itu? Tanggungjawab bapanya sudah hampir selesai. Dia sepatutnya berehat dengan tenang dan ingat pada Allah sepanjang rasa kesunyiannya itu. Bila2 masa tuhan akan tarik nyawanya. Jika tambah lagi bebanan dlm hidup dia dgn kawin baru, rasanya dia boleh mati dengan tenang ke? Anak2 bukannya lupa pada jasa bapak dengan meninggalkan dia sorang. Mereka cari kerja cari duit sbb nak balas balik jasa orang tuanya itu. Bagi lah ruang dan peluang pada mereka untuk berbakti pada orang tuanya. Jikalau orang luar masuk dlm keluarganya itu, hidup mungkin jadi bertambah rumit. Nak kena fikirkan duit, perasaan, dan macam2 masalah akan berlaku. Kawin adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Bukan mudah. Nak dapatkan keizinan drpd anak yatim itu adalah sgt2 penting. Mcm time kita muda2 dulu nak kawin kan? Of course la kena dapatkan izin drpd org tuanya juga. Kalau x izin tu pasti ada sebab. Jangan lah selfish sangat. Fikirkanlah perasaan org lain juga. Saya kata begini sbb keadaan saya sama seperti anak perempuannya itu. Sungguh menyakitkan jiwa. Percayalah! Biar sunyi, jangan serabut kepala. Kalau saya jadi bapaknya, saya lebih rela tinggal sorang2 dan buat hal saya sendiri dengan membuat impian saya menjadi kenyataan. Itu baru best! Hidup bebas tanpa dikawal. Bukannya kawin lagi satu. Buat sakit jiwa je aku dengar. Semak! Oopss~ Terlepas geram pulak. Sorry not sorry🫢🤪😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *