Wanita dan Media Sosial

Salam. Aku Shahirah, 26 tahun. Kisah aku ringkas, terpulang kepada pihak admin untuk paparkan atau tidak. Terima kasih seandainya dipaparkan.

Aku memang paranoid dengan gambar sendiri berlegar di media sosial. Kali terakhir aku upload gambar sendiri mungkin 4-5 tahun lepas. Aku cuba terus istiqamah. Kadang, aku rasa aku seorang yang ada masalah tu. Tapi aku harap, ramai lagi orang seperti aku. Menjaga diri.

Apa kena mengena tajuk dan kisah aku?
Aku banyak kali pesan dengan kawan-kawan supaya jangan upload gambar yang ada muka aku. Salah ke aku mohon macam tu? Kalau aku tegur, confirm terasa hati. Aku cuma mohon hormati privasi aku.

Kenapa aku jadi begini?
At first, aku ditegur oleh seseorang. Aku banyak baca nasihat dan kata-kata dari orang berilmu. Wanita ini fitnah dunia, guys. Fitnah.

Ramai je kawan sekeliling yang setiap hari update OOTD, Selfie di laman sosial. Aku seriau, aku takut tengok. Aku tak rasa dengki langsung, aku cuma risau akan pandangan jahat lelaki mahupun manusia hasad.

Secondly, aku pernah tengok pages yang paparkan gambar wanita-wanita, Melayu, Islam, bertudung dijadikan tatapan lelaki. Buka saja Facebook contohnya, taip ‘Wanita Bertudung’, ‘Awek Melayu Bertudung’. Ada antara gambar ni cumalah seorang wanita muslimah, bertudung. Tapi apa yang menjadikan aku bertambah takut, setiap komen di setiap gambar tersebut. Diajak untuk buat S***. Dijadikan bahan untuk mereka beron*** dan sebagainya.

Lelaki gila seperti itu siapa yang duga. Anda tahu bila gambar anda pun menjadi tatapan, anda juga wahai wanita sama menanggung saham dosa.

Jika anda seorang wanita yang sedang membaca komen tu, apa yang anda rasa? Ya. Aku paranoid. Jika gambar anda dicuri dan dijadikan tatapan mereka? Anda suka? Sudah semestinya kita tak mahu gambar sendiri dijadikan hidangan mata dan kepuasan lelaki-lelaki gila. Tonton sahaja berita di kaca TV, mahupun internet. Kes rogol, sumbang mahram, pedophile dan sbgnya. Aku tak paksa orang ikut cara aku, tapi aku rasa selamat begini. Kerana itu, aku mohon kawan-kawan mampu menghormati privasi aku.

Thirdly, penyakit ‘Ain. You guys boleh Google apa makna penyakit ‘Ain. Manusia penuh hasad, guys. Kadang, apa yang kita share bukan dengan niat menunjuk atau bangga, tapi lebih kepada gembira berkongsi, aku faham perasaan tu. Tapi, melalui gambar kita macam-macam boleh jadi. Aku pernah ditegur paranoid oleh seorang kawan. Aku biarkan sahaja. Aku pernah saksikan kes senior (suami isteri) yang disantau dari gambar di internet hampir bercerai, aku pernah baca kisah (disantau) gunakan gambar sampai takda kudrat (meninggal dunia orangnya), dan kawan aku sendiri pernah dicuri gambarnya dan dimasukkan ke pages yang bukan-bukan. Bayangkan gambar kita yang tersebar, rasanya mereka nak buang gambar kita? Tak mungkin.

Wanita & Media Sosial. Janganlah pula melenting bila ada yang share begini. Katanya, semua wanita takboleh buat, itu salah ini salah. Terserah kalian, aku cuma salah seorang yang paranoid. Yang risau dengan keadaan sekeliling. Bersosial dengan baik. Jangan jadi mangsa. Berhati-hati dengan setiap apa yang dikongsi. Kongsi mana yang perlu. Perhati dengan siapa kita berkawan di media sosial. Sekian.

– Shahirah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit