Sambungan : https://iiumc.com/wanita-
Terima kasih atas semua maklum balas. Aku teliti satu-satu maklum balas yang diberi.
1. Scammer
Sukar untuk aku katakan dia seorang scammer. Gambar yang dia kongsikan bukan sekadar satu gambar tetapi beberapa gambar – contohnya, gambar dirinya sedang berjoging pada waktu petang.
Suara dalam nota suara yang dihantar juga jelas suara seorang perempuan. Aku tidaklah begitu naif sehingga tak mampu membezakan suara lelaki dan perempuan.
Tambahan pula, tiada langsung gambar atau mesej yang dikongsi yang melampaui batas..
2. Orang terdekat/secret admirer
Aku tidak pasti untuk ini. Dari penceritaan dia, jauh berbeza suasana ruang lingkup kehidupan aku dengan dia. Dia dapat nombor aku pun dari listing contactnya, aku pun tidak pasti.
Aku ni kerap juga kengkadang simpan nombor orang, biasa kenal atas urusan kerja, hujung-hujungnya tidak kenal atau teringat pernah jumpa.
3. Pencarian siapa dia sebenarnya
Aku ada pasang aplikasi “Truecaller”, “getcontact”, tapi nombornya tak tersenarai sebagai scammer, malah tiada juga tanda pagar (#) yang biasanya muncul untuk nombor tertentu.
Aku cuba beberapa cara lain yang biasa aku gunakan – cara yang selalu memudahkan aku untuk mendapatkan maklumat. Malah, sebelum ini, aku pernah mengesan scammer dengan pendekatan yang sama. Tapi dia… dia memang betul-betul “anonymous”
Perasaan “angau” memang menyakitkan, aku mengharap dia nyata, tetapi dah lebih tiga bulan, aku rasa tak mampu untuk terus mengharap.
Sementara rasa kami sama, dia menzahirkan rasa rindunya, aku berterus terang tentang perasaan aku. Segalanya macam orang yang sedang menahan rasa, cuma tak nyata.
Akhir sekali, aku minta dia block aku dalam whatapps, telegram dan contact. Kenapa aku minta dia yang block? Sebab kalau aku yg block, besar kemungkinan aku akan unlock semula selepas beberapa hari.
Dia tunaikan permintaan aku, dan aku dah hilang dia dalam alam tidak nyata tu.
Dia adalah salah satu perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2024. Kehadirannya, walaupun hanya seketika dan penuh misteri, telah meninggalkan kesan yang mendalam.
Aku tahu, aku akan terus merinduinya – rindu pada perbualan, perhatian, dan perasaan yang dia zahirkan. Sebab itulah aku mencoretkan kisah ini di sini, kerana rindu itu terlalu berat untuk dipendam seorang diri.
Namun, di sebalik semua rasa ini, aku memerlukan kepastian. Dan kepastian itu, sayangnya, bukan sesuatu yang dia mampu berikan.
Sekian..
– AARHAZRAWAM (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Zaman skrg ni, xde orang yg tetiba nak mesej friendly dengan kau melainkan scammer , ejen insurans atau MLM. Jangan terpedaya dgn zaman AI ni.
Honestly aku rasa kau dah kena catfish-ed. Google je pasal ‘catfish’ and kau akan jumpa semua berkenaan tanda tanya kau selama ini pasal “wanita” itu. Ada sebab kenapa dia taknak jumpa kau:
1. Sebab dia pondan – menyamar jadi wanita (aku tak main-main sebab memang ada kes camtu) – sebabtu dia main curi je gambar orang lain yang real di alam nyata and boleh jadi dia impersonate diri dia as orang lain tersebut tapi guna nama lain.
2. Sebab dia wanita asli yang takde keyakinan diri about fizikal dia, sebab tu dia gunakan gambar orang lain and catfish kau.
Kau boleh try guna Samsung Galaxy AI, kau circle kan gambar “wanita”’tu dan AI akan cari siapakah pemilik sebenar gambar “wanita” itu dan mungkin kau akan terkejut nanti lepas find out yang wanita yang gambar dia kena curi tu tak tau pun ada orang gunakan gambar dia untuk catfish semata mata nak virtual care dari kau.