Warkah untuk adik2 yang tak dapat upu (:

Assalamualaikum.. Seperti yang semua tahu.. Result upu dah kuar ari isnin aritu kan? Untuk yang berjaya dapat penempatan kat mana2 UA.. Tahniah untuk adik2.. Adik2 dah buktikan usaha adik2 dulu..

Ni akak nak cerita Untuk adik2 yang tak berjaya dapat UpU (kebetulan ada terbaca satu confession pasal ni).. Adik2 jangan sedih okay? Akak dulu macam adik2 jugak.. Result 5a3b2c1d.. Tapi xdapat upu jugak.. Sedih bukan? Tapi akak tetap bersyukur.. Masa tu satu je peluang akak.. Akak dapat matrik.. Jadi nak tak nak.. Akak grab jugak peluang tu sebab nak sambung belajar..

Masa tengah tunggu upu.. Akak usahakan jugak nak cari scholarship mana2.. Sebab akak bukan dari keluarga yang senang.. Masa tu alhamdulillah ada satu scholarship ni nak syarat minimum 5A dalam spm.. Akak terus isi scholarship tu walaupun akak tahu peluang untuk akak dapat tipis sebab ramai lagi yang result lebih gempak dari akak.. Tapi akak rasa ada miracle kat situ.. Sebab akak di panggil untuk interview.. Yang pergi interview tu dalam 200 orang tapi dia nak amik 10 orang je.. Kalau adik2 kat tempat akak masa tu.. Memang adik2 akan rasa dari awal dah adik2 tak kan dapat.. Tapi apa salahnya kita cuba bukan? Dan sekali lagi miracle di situ akak terpilih antara 10 orang tu.. After that, dia hanya cakap nanti dia contact kalau akak betol2 dah lepas semua..

Sambil nak tunggu perkembangan pasal scholarship tu.. Akak masuk jugak matrik.. Yelah kan takot tak dapat scholarship tu.. Kan terumbang ambing pulak nak cari tempat sambung belajar.

Masa tu yuran matrik mak akak yang bayarkan dengan gunakan duit gelang emas yang mak akak gadaikan.. Life kat matrik tu.. Akak tak leh nak go on.. Sebab akak kelas sn.. Result masa spm dulu yang teruk2 tu semua result sn pure.. Memang akak nangis puas2 selama 2 minggu kat matrik.. Belajarnya xleh nak masuk.. Then masa minggu ke 3 kat matrik.. Akak dapat call dari pihak scholarship yang akak dah berjaya.. Nak tau tak diorang offer kat akak kos yang memang jadi 1st choice akak masa apply scholarship tu dulu.. Law.. Yes akak di offerkan kos tu dengan full biasiswa.. Akak just belajar je maintain pointer 3.0 n tak yah pikir dah pasal bayaran n duit belanja apa semua..

Ya Allah masa tu akak syukur sangat2.. Allah dengar kesusahan akak.. Tapi akak tak terus tinggalkan matrik.. Akak buat solat istikharah dulu nak pilih matrik atau scholarship.. Masa tu akak masih letak pergantungan dekat Allah.. Boleh jadi pilihan akak terima biasiswa tu sebenarnya bukan yang terbaik untuk akak.. Dah la masa tu mak ayah akak dah abis beribu untuk akak masuk matrik.. Takkan akak mudah2 je nak keluar camtu kan? Jadi bila dah yakin dengan keluar matrik dan terima biasiswa tu.. Akak kuatkan hati untuk teguh dengan keputusan akak.. Tak nak hati rasa tak tenang kalau akak keluar matrik..

Yeah sekarang akak tengah buat degree di sebuah ipts dengan berbekalkan biasiswa tu dan kos yang memang akak minat..

So adik2.. Don't lose hope.. You never know what tomorrow may bring.. Hari ni adik2 tak dapat peluang masuk IPTA.. Tak bermakna selamanya adik2 tak dapat peluang tu.. kawan akak dulu result 7a pun tak dapat upu.. Sedih bukan? Dia masuk matrik.. Sekarang tengah buat degree in biomedic di Upm.. Jadi adik2 tak payah sedih lama2 kalau tak dapat upu.. Kalau dapat form 6.. Teruskan masuk form 6.. Kalau dapat matrik.. Teruskan masuk matrik.. Belajar sungguh2 kat sana.. Nanti habis kat sana boleh apply lagi UPU..

Kalau tak dapat mana2 pulak macam mana? Adik2, kalau nak belajar.. 1001 jalan kita akan cari supaya dapat jugak sambung belajar macam orang lain bukan? Kalau rasa tak mampu nak masuk ipts.. Cuba buat rayuan di mana2..

Satu je akak nak pesan.. Tolong jaga hubungan adik2 dengan Allah.. Dengan mak ayah.. Dengan kawan2.. Dan dengan orang sekeliling adik2.. Insha Allah segala apa urusan dalam hidup adik2.. Akan dipermudahkan dan diberikan jalan.. Semoga berjaya!

– Kakak senior

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *