Assalamualaikum.
Thanks to admin kalau approve confession aku. Banyak kali aku fikir nak post ke tak confession aku ni. Sebab aku tak suka kalau kawan-kawan yang tahu pasal penyakit aku ni boleh cam empunya confession. Aku malu. Ya. Aku malu. Aku malu sangat bila orang tahu aku ada penyakit was-was. Sebab apa? Sebab orang sekeliling yang tak faham akan pandang pelik sangat. Macam kita ni amal ajaran sesat. Tak ramai kawan rapat aku yang tahu penyakit aku ni. Aku was-was di mana aku rasa tahap yang hampir kritikal.
Aku kena penyakit was-was ni sejak dari sekolah. Dan sampai sekarang aku masih struggle hidup lawan penyakit tu. Kalau ikut scientific explanation mungkin OCD. Kalau ikut Islamic views, gangguan syaitan. Buat benda berulang-ulang, tapi hanya apabila melibatkan ibadah. Sebab itu tak ramai yang tahu. Aku lead hidup macam orang normal. Tapi bila tiba part ibadah, penyakit was-was ni meronta-ronta. Setiap kali aku nak solat aku terpaksa struggle. Setiap kali ambik wudhu aku struggle. Sampai mandi wajib pun aku struggle. Struggle sama ada sah atau tak.
Aku ingat lagi masa kat sekolah dulu, aku duduk asrama, bende ni jadi lagi teruk dan buat aku stress bila orang sekeliling perlekehkan perbuatan aku masa aku nak ambil wudhu, solat/solat jemaah. bila time ni memang akan ketara sangat was-was aku tu. Sebab diwajibkan jemaah. (Sebab tu aku kadang lebih suka solat sendirian) Aku ambil masa yang lama kalau ambil wudhu, entah. Macam cari kekuatan nak yakin dengan niat. Ye aku tahu niat tu sekadar lintasan hati. Banyak kali aku usaha pujuk hati paksa hati cakap macam tu. Kadang aku tewas kadang aku berjaya tak layan "bisikan" was-was tu. Alhamdulillah sekarang much better bila ambil wudhu. Tapi ada lagi part paling perit n aku struggle sangat, bila aku nak solat. kadang aku ambil masa lama sebab nak yakin dengan niat. banyak kali angkat takbir. Kadang berjaya tak layan, kadang tewas. Bila aku solat bacaan dalam solat terutama Al-Fatihah, selalu baca ulang2. Bukan sebab aku tak reti baca. Tapi aku tak yakin dengan makhraj n tajwid. Aku tahu bacaan betul n makhraj semua tu. Kalau aku baca luar solat okay je. Bila baca dalam solat.. Allah. Aku struggle sgt. Tersangkut2. Berulang kali. nak sebut Bismillah je berulang. Kadang2 tu aku rasa tebal sgt aku baca sbb tu aku sangkut. Aku selalu baca dengan suara agak kuat. Sebab tu kadang roommate or orang yang ade dekat dengan aku masa solat boleh perasan. lagi-lagi kalau time jemaah. Dulu aku ingat lagi kawan aku banyak yang lari kalau nampak aku nak solat sebelah dorang. Sumpaj sedih. Tapi aku tau korang memang terganggu sebab aku baca agak kuat daripada orang lain dan berulang. Kadang aku selalu fikir Allah terima ke solat aku yang banyak sgt cacatnye. Aku tak tahu nak buat mcm mne lagi. Bukan aku tak cuba, aku cuba. sekarang okay sikit tapi bila solat seorang aku tak reti perlahankan suara mcm yang orang selalu buat. Entah. Aku konfius. Sebab ada yang kata tak boleh baca tak ada bunyi. Mesti ada bunyi cuma tak kuat.
Sampaikan bila solat je aku jadi takut. Sebab aku penat. Sumpah penat. Solat yang sepatutnya lima minit je boleh jadi 20-30minit. Kadang aku tak khusyuk sbb fikir sgt bacaan. Sepatutnya bila solat kita tenang, tapi sebaliknya aku. Aku jadi tak tenang dan penat. Sebab berulang kali. Aku tak tahu nak buat macam mana.
Kadang cerita dekat orang, orang tak akan faham. mesti akan cakap benda yang sama, syaitan je tu. Jangan layan. And so on. Ye aku tahu, syaitan yang penyebab was-was ni. Entahlah susah. Aku takut kalau-kalau aku tak nak solat sebab takut bila nak solat. Tahap teruk dah tu.
Dan penyakit was-was aku ni bukan setakat solat je, tapi melibatkan pakaian nak bawa solat. Tempat yang aku pijak tu bersih ke tidak. Kebiasaannya bila setiap kali solat aku akan tukar pakaian yang aku paksa yakin bersih. Orang akan hairan tapi aku pedulikan je. Kalau aku kena solat kat luar, aku akan make sure pakaian aku tak over labuh sampai sapu lantai. Or else kalau pakai kain aku akan tukar kain sebelum solat n pakai seluar panjang di dalam. Sebab tu aku hairan macam mana orang yang baju sapu lantai boleh bawak solat. Ke aku yang tak tahu hukum pakaian yang sapu lantai boleh bawak solat?
Kalau nak cerita kat sini memang banyak benda yang aku struggle dengan was-was aku. Aku nak mintak tolong dengan pembaca sekalian. Apa lagi cara nak sembuhkan penyakit was-was ni. Penat sangat. Dah bertahun-tahun aku hidup dengan ni. Family aku pun tak tahu. (Sbb aku pandai hide bila ada orang datang dekat time solat, n aku solat bilik tutup) Pada siapa-siapa yang jumpa orang macam ni tolonglah jangan perlekeh or gelakkan orang macam kami ni. Korang tak rasa, betapa peritnya nak hadap hari-hari benda ni. Ganggu sangat nak buat ibadah. aku selalu terfikir kalau aku kahwin nanti, boleh ke suami aku terima aku kalau nampak aku macam ni. Sebab tu kalau boleh aku perlu sangat-sangat sembuh. Bukan sebab itu je tapi sebab supaya senang nak buat ibadah. Sumpah aku jeles tengok orang boleh wat rilek wat peace je ambik wudhu dan solat. Aku pulak ambik masa lama dan struggle. Please help me, what should I do. Penat sangat. Aku tahu ALLAH uji aku. Mungkin Allah sayang aku. Nak tengok kuat ke tak aku lalui bende ni. Huhu. Pada kawan aku yang mungkin boleh cam siapa aku please jangan mention aku or tanya pasal benda yang aku post ni. Aku malu. Series.
– ana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Aku pun mengalami benda yang same mcm kau, dan aku pernah kena marah dgn majikan sbb solat lama sangat . Boleh PM aku nt.
Samalah. Saya pernah jadi mcm tu dan bermacam2 ikhtiar dah dibuat sampai makan masa belasan tahun. Kena kejam dengan diri dan tegas. Kena kuat diri lepaskan dari belenggu sebab bnda ni lambat laun benar2 akan ganggu segala2nya ttg hidup kita didepan, cita2 dsbnya sebab dia ganggu ‘titik fokus utama’ segalanya dlm hidup ini didalam ibadah terutama solat. Sampai sekarang masih berjuang.
Was-was..teruskan baca al-fatihah, teruskan tertib wudhu’ walaupun rasa serba tak kena..kena yakin, teruskan saja, lantak la apa nk jadi..berdoa bnyak2…lawanlah beb!!
Kalau penulis sudi, boleh pm saya, inshaAllah saya cuba tolong secara personal
macam mana nak contact ya? saya pun perlukan pertolongan…
Tergerak hati nak baca dan balas sebab saya sendiri ada ocd dan rutun seharian saya terganggu. Cuba bersikap tegas. Means kalau dah solat tu solat sekali, tak perlu fikir diterima atau tidak. Kalau wudhu tu yes, struggle kan? Sampai basah baju baju. So make sure ambil wudhu sekali. Sebab kita nak sembuh, so kene tegas dengan diri. Dan dulu ustaz ada bagi satu ayat untuk elakkan was was dan selalu dekat dengan Quran. Paling tak, dengar bacaan Quran. Kalau saya, kurangkan baca sangat anything yg related to bacaan,solat, makhraj sebab dair situ sebenarnya timbul was was juga. selalu la tanya, rujuk ustaz Ustazah untuk apa apa masalah dan nak belajar apa apa dari org yang mahir. Jangan takut untuk jemaah :) Kalau takbir tu sekali je lepas tu tahan. Jangan putus doa. Selebihnya serahkan pada Dia :)
Saya pernah lalui zaman berpenyakit was-was ni, dan sampai sekarang still ada tapi tidak seteruk dulu. Mgkin dh besar, boleh berfikir rasional huhu. Cuba yakin dgn diri sndiri dan Allah dlm stiap prkara yg bakal kita buat, inshaa Allah lambat laun penyakit ni hilang dgn sdirinya. Antara kita dgn Allah takde sape boleh sangkal, jd buatlah sebaiknya, sedaya mungkin
Pm personal please kalau sudi, nak kongsi sesuatu dengan awak
Nak tau boleh? macam mana nak pm?
Boleh pm sya whatapp 017-4869485 jika nak tahu cara saya kekang waswas saya. InsyaAllah.
I feel u sis. Arwah mak saya pn mcm ni. Penyakit was-was ni mmg payah nk dibuang. Walau ape pon awak kne jgak usaha utk hindarinya. Kalo tdk, smpai ke tua la awak mcm ni. All the best ana!
Farahiyah Shater
tak apa, cuba lawan perlahan-lahan, orang tak ada kat tempat kita mmg tak akan faham, :). kena selaluuuuuu yakin. Jangan layan sangat bisikan hati yg tak sedap tu. Saya ada jugak mcm tu dulu. mmg kena selalu minta kat Allah supaya Allah mudahkan. InsyaAllah. Semoga berjaya sis.
sy nk share kisah sy di mn sy pun sm mcm awak.tp sy start mase kat ipta…n family n mak sy sedar perubahan sy bile amek wuduk sy akan ttpbukak ttp bukakpaip..n klu kat u..syla yg plg lm sembahyang kawan2 yg lain semua dah habis..n yes rase penat sgt..n sm jugak sy rase ape yg awak rase..struggle sgt..kdg2 nk sembahyang Allah je yg tau betape bedebarnye sy…kakak sy doktor..n dia kate klu sy tak lawan dia akan rujuk sy kat psikiatri..mula2 mmg sy tanak..sbb ingt nnt org kate sy gler la ape la…n sy kata sy akan lawan..tp lama2 same jugam tade perubahan..at last kakak sy gune contact dye kat hospital n rujuk sy dgn psikiatri…sy pun mase tu mcm tak kesahla ape pun…yg pentinh sy nk brubah..then sy pun pg la dgn mak sy g jmpe dr…1st appoiment lame gler hampir 2 jam..semua sy cter kat dr..bile dr tye sy murung ke..pendiam ke..tak lalu makan ke..tak boleh tdo ke..tp semua tu sy tak alami..makan ttp mkn tdo ttp tdo..then dye bg ubat…then sy ade apoimnt stip sbulan..then 3 bulan..tp sy stil mkn ubat..n alhamdulillah..sy berubah sikit demi sikit..sy bukan nk kate ubat tu yg ubah..Semua kuasa Allah…kat dlm ubat tu maybe ade chemical yg bertindak balas dgn cecair dlm otak kite..so sy nasihatkan sis pg jumpe dr..n membuka minda sy psikiatri sgt luas..ade bermacam macam..n tak semesti org gler je g jmpe psikiatri…i feel u sis..klu nk tye pape..boleh pm sy..maybe sy boleh bg sikit panduan..tq
HARAP BERSABAR dgn Ujian yang berat ini. Allah benar benar sedang MENGUJI anda. Ini satu PERJUANGAN . Saya doa’kan anda KUAT hadapi CABARAN ini. Aaminnn