whatsapp Vs anak. Mana lagi penting?

First, aku ni seorang remaja perempuan yang masih dalam belasan tahun. Aku ada adik beradik. Kehidupan aku agak mewah dan boleh dikatakan selesa. Aku nak kongsi satu isu yang tak ramai yang sedar benda ni boleh jadi isu dalam kehidupan harian kita.

Ketagih dengan teknologi? ya, ketagih sangat. Aku tak nak bagi contoh jauh sangat. Cukup sekadar aku ambil keluarga aku sendiri. Dulu waktu aku kecil, ada juga masa untuk aku bercakap dengan mummy dan daddy lepas mereka balik kerja. walaupun dulu mereka sibuk seperti sekarang, pernah juga aku dapat belaian kasih sayang dari mereka walaupun hanya beberapa kali.

Tapi sekarang? hmm…bagaikan ingin menggapai bintang di langit. sebab apa? mummy dan daddy kini mula ketagih dengan teknologi yang ada depan mata. Mungkin tak salah untuk mereka lepas stress kerja mereka dengan check update dari facebook, instagram, twitter dan whatsapp. banyak lagi kan? aku tahu..tapi yang ni mummy dan daddy selalu buka. Aku mula rasa down bila mereka sibuk main handphone or even tab depan aku. bukan nak kata aku baik dan tak layan semua ni. Cuma….ada masa aku nak dengan keluarga aku. Aku nak dengan mummy dan daddy. Jujur aku kata, dah lama aku tak kongsi cerita harian aku dengan mummy dan daddy. masa bekerja mereka dari kul 8 pagi hingga 5 petang. mummy balik awal sikit dari daddy sebab tempat kerja dia dekat. daddy pula balik malam. makan malam memang tak perlu kata la. memang makan asing. jarang sekali makan bersama sama.

aku cuba kurangkan online sebab aku nak ubah diri aku dulu. dan lepas dah ubah diri, baru nak ubah keluarga. kadang, aku cakap dengan mummy aku dalam whatsapp walaupun dia ada depan aku. sebab aku tahu itu je cara nak berkomunikasi dengan dia.
Aku dah cuba banyak cara nak bagi mummy dan daddy aku kurangkan dengan media social. bila hujung minggu, memang mereka ada dirumah, tapi…bila aku duduk diruang tamu, semua sibuk dengan handphone ataupun tab. buka ini buka itu.

pernah juga aku cuba untuk tutup wifi kat rumah. tapi sekarang ni kan dah ada data. kadang tak perlu guna wifi. jujur aku cakap, kadang terasa macam tak wujud. ada satu hari tu, aku tak balik rumah…tapi mereka tak sedar pun aku tak ada kat rumah. pelik kan? sampai begitu sekali. senang je teknologi ganti tempat seorang anak macam aku ni dalam hidup mummy dan daddy. mummy dan daddy macam sudah di alam lain..

aku ni dah la selalu sakit. kadang buat endah tak endah pada aku. bagi aku duit untuk pergi klinik sendiri. aku tahu dah tiba masa untuk aku berdikari. tapi aku perlu masa dengan mereka lagi. terasa juga.
skrg ni hubungan mummy dengan daddy pun agak dingin. ye la..daddy mesej dengan kawan perempuan sekolah dia dulu. siapa tak marah kan? dalam hati aku…banyak keburukan teknologi daripada kelebihan.

aku tak tahu macam mana nak ubah keluarga aku. setiap hari doa mohon petunjuk. dan kerana media sosial jugalah keluarga besar aku bermusuh antara satu sama lain. aku tahu aku masih kebudakan dan memang orang akan pandang rendah pada aku yang ingin bersuara.

aku sekarang tengah kumpul duit dengan berniaga online untuk aku bayar masa bekerja mummy dan daddy aku. aku nak ambil satu hari untuk ada masa untuk aku dan adik beradik yang lain. aku dah bahagi dan kira berapa jumlah gaji mummy dan daddy untuk masa sehari. jadi, aku jumlahkan keduanya untuk aku kira jumlah yang aku perlu kumpul..aku kerja upah cuci pinggan waktu malam dekat restoran supaya aku dapat duit lebih. aku tahu aku akan dapat juga duit tu. lagi beberapa minggu, cukuplah duit untuk aku bayar gaji mereka…..tak minta lebih. hanya mahu mummy dan daddy untuk ada masa dengan kami..

– Photographer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Kesiannya :(
    Dik, awak kena kuat.. bila jadi mcm tu cari kawan yg baik sentiasa ada utk dengar luahan dan selalu bagi nasihat yg betul. Sbb, umur jiwa seorg remaja suka meronta2 n cepat terpengaruh.. semoga awak Allah jaga n dikelilingi org baik2. amin. InsyaAllah. Be strong. Allah itu maha mendengar doa hambanya.

  2. Luahan hati seorang anak…ni sebaik dah besar tau n phm apa yg dri mahukan. Pandai mencoret kata2 luahan apa yg tak kena…mcm mana pulak dgn anak2 yg masih kecik yg taktau apa2. Kesiannya.. Tq adik sbb confess mcmni. Sikit sebanyak bg pengajaran n mengingatkan sy ttg mcm mana nk jd ibu bapa esok2

  3. Selamat datang ke agensi Dating Asia! Kami adalah agensi cangkuk yang eksklusif yang menyediakan kelas tinggi lelaki & wanita pengiring, mumia gula, gula daddys, lesbian dan gay di Kuala Lumpur, Labuan, Sarawak, Penang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Terengganu, Perak, Sabah, Perlis, Kedah, Kelantan dan Singapura. Kami wanita cantik disediakan untuk kedua-dua panggilan di pangsapuri yang selesa dan outcalls yang melawat anda di hotel atau rumah mereka. Agensi Dating Asia mengalu-alukan anda 24 jam, setiap hari dalam seminggu. Anda akan kagum pada pilihan tempahan eksklusif Hookup di Malaysia dan Singapura untuk kegembiraan dan keseronokan anda. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pelanggan kami dengan pengiring lelaki & perempuan yang baik-baik saja, mumia gula, gula daddies, lesbian dan gay persahabatan dalam suasana yang mesra, baik kadar dan pelbagai jenis gadis yang amat seksi dan panas dengan gambar yang tulen. Kami mempunyai rangkaian berpengaruh indah MUMIA/DADDY/LESBIAN/GAY/terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, ahli politik, Eksekutif, wang beg personaliti Perniagaan, pemilik hotel dan emas lelaki dan wanita, dan kami telah mumia berpengaruh gula yang menjadi antara orang-orang untuk mendapatkan sambungan eksklusif kami. mendapat peluang untuk bertemu dengan mereka. Kami ada gula mumia seluruh Malaysia yang sanggup mewah wang anda (whatsaapp +601131941710) di Asia DATING agensi anda boleh bertemu dengan wanita muda yang berlainan jenis: perang, Awek, si rambut coklat, kedua-duanya, Slim, Asia pengiring, sebahagian daripada mereka bekerja hanya untuk pengiring kami agensi eksklusif, anda boleh mereka bertemu hanya di sini. Untuk kemudahan anda, anda boleh mencari pengiring oleh lokasi Malaysia dan Singapura.
    Dapatkan berkaitan Hookup dengan mumia gula dan mendapat RM1, 000 hingga RM4, 000 PER malam
    NOTA: PEMOHON MESTILAH BERUMUR 17 TAHUN KE ATAS
    MUMIA BERUSIA 32-50.
    (WHATSAPP +601131941710) untuk sambungan segera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *