when will my life begin? – the end – https://iiumc.com/forumv2/
Salam admin. Firstly, terima kasih byk sudi siarkan confession aku, dan bagi komen sekali. Terima kasih banyak. Aku hargai pendapat kau dan sejujurnya pendapat macam ni yang aku perlukan. Sekali lagi, terima kasih. Aku cuma nak ucapkan terima kasih, dan clarify sikit je.
Untuk yang sudi luangkan masa baca dan komen, jugak aku ucapkan terima kasih atas masa dan nasihat korg.. Insyaallah mana yang aku rasa berguna, akan aku ikut mahupun fikirkan semula. Minta maaf juga pada yang dah baca confession aku , yang rasa sia-sia mahupun buang masa. Maaf.
Banyak yg komen bersyukur. Ye, aku sedar ramai yang mengganggur x dapat kerja. Dan bila aku post semalam tu, x la bermakna aku tak bersyukur. Insyaallah, Aku tak cerita detail pasal flaws dlm kerja ni, sebab aku kenal lagi erti bersyukur. Ye, aku sedar lagi, ada 200k graduan yang masih menganggur. Aku cerita sebab aku stress dgn kerja aku, yg mana buat aku rasa x tenang. Cukup sampai situ kot. Tak perlu aku cerita panjang. At the end of the day, no body care pun.
Semalam ayah aku marah lagi. Sebab tak bagi dokumen yg dia nak. As aku mention dulu, dia x de position pun dlm syarikat kawan dia (aka bos aku). Jadi salah aku ke tak ikut kehendak dia? Aku try jadi amanah dan professional pun kena marah. Bila asyik ada campur tangan macam tu, kau rasa aku boleh kerja dengan tenang ke?
Takpe lah. Mcm ramai yang kata, aku kena belajar lagi bersyukur. At least, aku ada gaji. Aku bukannya bencikan ayah. Cuma, aku tak boleh terima cara dia yang memaksa. 8 tahun dulu, aku terpaksa tempuhi hidup dengan perit bila dia buat hal sampai family bercerai-berai. Dia ‘paksa’ kami hidup dalam susah, rasa takde ayah. Lepas grad ni, kena pulak paksa kerja. So, when will my life begin? I don’t know. (p/s : slow talk with him isn’t the best way. Kalau boleh slow talk, xde la aku kerja sini).
Buat masa sekarang, aku kena belajar bersyukur dan positif. Ye, aku sedar ramai lagi yang xde kerja. Dalam masa yg sama, aku cari jugak kerja lain.
Btw, since ada yang tanya, aku grad dengan degree biasa je. Biotek. Kalau ada la tempat kerja korg yg boleh budak biotek mcm aku masuk, bgtau la. Aku bukan nak memilih kerja. Cuma, biarlah lepas ni, aku kerja kat tempat yang boleh bagi hati aku tenang, betul2 ikhlas kerana Allah, xde campur tangan dari ayah. Aku minta maaf, kalau confession aku ni menyebabkan semua org melabel mahasiswa sekarang memilih kerja, x reti bersyukur. Aku minta maaf. Bukan tu niat aku. Aku akan cuba perbaiki kelemahan diri aku, mcm yang korang dah suggest kan. Apa pun, terima kasih atas nasihat dan cadangan. Salah silap harap di maafkan. Wallahu’alam.
– Anne