wonder

aku nak tahu, berapa ramai kat sini ada membe rapat ke or kenal dengan geng2 yg ada masalah mental dissorder, schizo, anxiety, depression, ocd, and sewaktu dengannya.

aku nak tahu cara korang handle orang yg macam ni, sebab ni first time aku kenal dengan someone yg ada masalah yg aku senarai kat atas tu even tak semua lah..

aku nak tahu sejauh mana korang boleh accept orang macam diorang ni.
contoh, tetiba kau nampak tangan membe ke sedare ke bf ke gf ke wife ke asben ke yg berbirat parut sbb self abuse, or mungkin lagi teruk.

kalau boleh, aku taknak suggestion ke kaunselor ke apa, kalau boleh aku sendiri nak tolong dia, tapi aku tak taw macam mana nak tolong.

satu lagi, aku tak rasa dia jenis aggresive. sebab waktu dia okay, dia okay sangat-sangat sampai kau pun tak expect dia ada 'diri lain'.

aku bg close up sikit, dari diri dia yg aku kenal dia pendiam. jarang marah kalau setakat benda-benda kecik. aku tak pernah nampak dia marah yg real punya marah. masa baru-baru kenal tu adalah dia sound aku 'kau nak buat apa pun buatlah, jangan bagi aku marah kau sudahlah'. masa tu ingat lawak-lawak je lah. tapi rasa macam sekarang aku dah faham sikit ayat tu, lepas aku kenal 'diri lain' dia tu.seram. sebab aku rasa macam tak kenal kawan aku, and rasa teruk sangat sebab tak taw nak kawal dia. lg satu dia pandai kot. seriuslah. pointer dia jarang la 2 lebih-lebih. selalu angka 3 je depan. tapi sape sangka kan.

aku nak sangat tolong dia. harap korang boleh respon post ni.. terima kasih bnyak-bnyak.

– soulmate #87

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *