ASSALAMUALAIKUM.. Pertama sekali terima kasih pada admin jika sudi siarkan confession ni. Tujuan saya menulis artikel ni kerana terbaca confession dari ANON, (https://iiumc.com/lgbtq/). Terdetik di hati ingin membalas dan berkongsi perkara yang hampir sama berlaku pada diri saya iaitu ROGOL DAN LGBT.
Untuk pengetahuan Anon, saya juga adalah mangsa rogol dari usia seingat saya 6 tahun hingga tahun 4. Perbuatan keji yang dilakukan oleh seorang sepupu saya sendiri. Pada umur tersebut, saya masih tidak tahu perkara yang dilakukan adalah betul atau salah.
Pada waktu tersebut saya tinggal bersama kakak2 saya kerana ibu mengikut ayah bekerja jauh di luar negeri. Kali terakhir seingat saya benda tu terjadi sebelum saya priod pada tahun 4. Alhamdulillah ada seorang guru yang memberi pendedahan tentang haid dan juga risiko sekiranya berlaku seks. Selepas kejadian, baru saya faham dan berani untuk menjauhkan diri dari sepupu.
Saya tidak alami depression walaupun benda yang terjadi sampai mati akan saya ingat. Namun, mungkin salah satu sebab saya tidak mengalami kejadian sama seperti cik Anon adalah kerana saya sentiasa positifkan diri saya. Saya mula berkapel dengan lelaki dari usia tingkatan 1 hingga 20 tahun. Namun, sepanjang berkapel dengan mana-mana lelaki. Saya sangat menjaga perlakuan dan tidak bersentuhan dengan lelaki.
Apabila saya melanjutkan pelajaran di universiti, saya terlibat dengan lgbt secara tidak sengaja. Mungkin atas dasar tercabar atau ingin mencuba. Selama hampir 6 tahun saya sesat dalam lembah lgbt. Sentiasa terdetik dalam hati untuk berubah. Bermula dengan berkapel dengan tomboy, beralih pula kepada lessy. Namun dalam hati sentiasa ingin berubah.
Perasaan ingin berubah semakin membuak selepas mula bekerja. Namun, sepanjang berkapel dengan mereka, saya sentiasa contact dengan lelaki untuk berkawan dengan harapan niat dan usaha saya untuk berubah akan tetap ada dan kuat.
Ya, memang susah untuk berubah dan hilangkan perasaan kepada kaum sejenis. Namun, kita harus tetap kuat dan istiqamah dan sentiasa berdoa supaya Allah temukan dengan lelaki yang baik untuk kita. In shaa Allah tidak lama lagi saya akan melangsungkan perkahwinan. Doakan saya tetap dengan keputusan ini dan dipanjangkan jodoh.
Saya berharap cik Anon perlu tegas dalam membuat keputusan. Sekiranya tidak lakukan sekarang, saya risau Anon akan jadi seperti saya. Bertahun-tahun terjebak dalam dunia lgbt dan dosa. Saya doakan cik Anon dan juga mereka-mereka yang terjebak dalam dunia lgbt untuk terus cekal dan kuat untuk berubah. Doakan juga saya untuk terus berubah.
– Gadis
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit