LGBTQ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku terpanggil untuk share luahan aku selepas membaca confession yang bertajuk ‘gadis lgbt’ (https://iiumc.com/gadis-lgbt/), kerana apa yang aku alami hampir sama dengan si confessor. Aku harap saudari confessor diberi kekuatan dan kesabaran.

Berbalik pada tujuan confession aku, aku juga merupakan mangsa rogol dan cabul sewaktu aku berusia 9 tahun hingga 12 tahun yang dilakukan lebih dari seorang lelaki. Sejak kecil sehingga aku berumur 23 tahun, tiada sesiapa tahu apa yang aku alami termasuk keluarga aku. Jadi aku selalu mengalami depresi dan suicidal thoughts, aku pernah cuba untuk bunuh diri beberapa kali sewaktu aku remaja.

Aku sering merasa jijik dgn diri sendiri dan juga susah utk aku terima diri aku. Sewaktu aku masih remaja, aku sangat bencikan lelaki, mindset dan pandangan aku pada lelaki sangat berbeza dgn kebanyakan perempuan lain. Bagi aku semua lelaki jahat kecuali ahli keluargaku. Aku juga tak pandai bergaul dengan lelaki, aku selalu bersikap agresif dan defensive bila dengan lelaki.

Alhamdulillah, zaman remaja aku bermula usia 13 tahun sehingga sekarang, aku tak pernah dirogol dan dicabul lagi seperti waktu aku kecil. Sekurangnya aku sudah keluar dari neraka itu. Dan aku paksa diri aku untuk ke kaunseling dan sesi terapi untuk sembuhkan diri aku, tu pun sebab one time tu, aku hampir give up dengan hidup, kadang2 aku bangun tahajud dan menangis sampai tertido atas sejadah, aku mohon Tuhan hentikan rasa sakit ni, aku dah penat dengan hidup n depresi.

Bila aku luah pada kawan2, semua cakap banyakkan berdoa dan dekatkan diri dengan Tuhan. Itu lah yang aku sering lakukan, tapi bukan ke Tuhan juga mahu kita berusaha dan berikhtiar disamping berdoa. Terapi dan kaunseling itu bukan ikhtiar?

Aku selalu teringat kisah Mariam saat nak lahirkan nabi Isa, dia mengadu sakit, Jibril menyuruh Mariam memegang dan menggoncangkan pohon tamar lalu jatuhlah buah tamar dan Mariam makan. Kenapa Mariam tak berdoa agar sakitnya dihilangkan saja dan agar buah tamar terus datang di depan mata? Kenapa dia gunakan tangannya untuk goncang pohon tu?

Aku fikir Tuhan mahu mengajar yang doa itu juga harus diiringi usaha. Aku masih trauma, masih kadang depresi dtg mcm bermusim. Bila ada benda yang trigger memori aku pasal masa silam aku, aku akan kurung diri aku dalam bilik dan menangis sampai pagi, menyalahkan dir sendiri, aku pernah tampar muka aku sendiri berkali2, aku sendiri tak tau kenapa tapi aku benci diri aku, sangat2.

Berbalik soal lgbt, sekarang aku keliru, aku rasa diri aku biseksual. Aku bukanlah tomboy or berpelakuan seperti lelaki, aku macam perempuan biasa yang lain, tapi aku fikir aku sukakan perempuan juga. Aku tak pasti adakah masa silam aku sebagai mangsa pedophile menyebabkan orientasi seksualiti aku begini atau aku sememangnya dilahirkan dengan naluri sebegini.

Aku pernah be in relationship dengan lelaki, banyak kali, tapi asyik putus di tengah jalan. Tapi, waktu aku in relationship dgn lelaki pun, aku tak pernah bersentuhan dgn dorg, mesej pun xde langsung ckp ayat mcm org lain yang couple. Kalau org tgk, mcm kwn biasa. Sebab break up, selalunya masalah berpunca dari aku sendiri. Ada ex bf aku cakap aku mental dan ada konflik dalaman. Aku mengaku, masa silam aku mainkan peranan. Aku tahu, aku ada PTSD yang tak dirawat. Sudahnya, beri kesan pada hubungan aku dengan orang sekeliling. Buatkan org susah untuk dekati aku.

Dan aku tak sangka sekarang aku ada gf. Dia bukan tomboy, dia pun perempuan tulen macam aku. Dia pun pernah jadi mangsa cabul waktu dia kecil dulu menyebabkan dia ada sedikit prejudis dengan lelaki. Aku sangka hubungan aku dengan dia akan berakhir macam aku dgn ex bf aku juga. Tapi, hubungan kami makin erat dan aku terlanjur sygkan dia.

For the first time dalam hidup aku, aku betul2 sygkan seseorang, romantically. Selama ni aku in relationship dgn lelaki, aku takde rasa mcm ni. Aku kadang fikir maybe aku paksa diri aku untuk in relay dgn lelaki waktu aku tak sembuh sepenuhnya dari trauma n PTSD aku so beri kesan pada relationship aku. Aku jumpa gf aku waktu aku dah jalani terapi n kaunseling dah lama, aku dah makin sembuh, dan dia muncul dalam hidup aku.

Aku tahu apa yang kami lakukan salah, tiap kali solat aku merasa berdosa dan malu pada Tuhan. Aku pernah cuba untuk break up dengan dia banyak kali tapi aku takde kekuatan itu. Aku nak hentikan hubungan ni tapi aku tak nak sakiti hati dia. Aku tak sanggup tengok dia sedih. Kenapa aku tak boleh nak break up dgn dia mcm aku break up dgn ex bf aku. And dia pun mangsa depresi, aku nak selalu ada di sisi dia untuk jadi sumber kekuatan dia tapi dalam masa sama aku nak break up dengan dia.

Bagi aku dia sangat baik, cuma kekurangan dia, dia lesbian. Aku selalu berdoa agar Tuhan pudarkan rasa cinta dan sayang dia pada aku, agar dia bertemu jodoh dengan lelaki yang terima dia seadanya, yang sayangkan dia. Dan aku harap aku diberi kekuatan untuk tamatkan hubungan kami dengan baik, dan aku tak kisah soal aku berkahwin atau tak, yang penting aku tidak berada di dalam apa2 hubungan yang haram tak kisahlah lelaki atau perempuan.

Aku tak cakap yang lgbt tu perlu diterima di negara ni tapi masyarakat cukup allergic dengan golongan ini seolah lgbt=seks bebas. Lgbt itu juga melibatkan mungkin cuma pada perasaan tapi tidak perlakuan. Sama la bila perempuan ada crush dengan lelaki. Kami pun ada perasaan tu. Ada antara kami yang menjadi mangsa rogol dan gangguan seksual dari kecil, yang membuatkan kami melihat dunia tidak sama seperti org lain.

Dulu aku selalu fikir lelaki semua mahu merogol perempuan bila berpeluang. Bila aku makin dewasa, aku seolah baru faham tak semua lelaki begitu. Ada yang turut bersama melindungi wanita. Kelakar sebab aku seolah baru tahu lelaki bukan semua perogol. Dunia aku tak sama, pandangan dan pemikiran aku dah distorted, dan damaged sejak kecik. Aku kehilangan zaman kanak-kanak aku. Dan orang lain expect aku untuk menjalani hidup sama seperti orang lain. Secara zahirnya ya, aku boleh pretend itu, aku boleh make it fake, tetapi dalamannya, bercelaru.

Aku harap aku ada kekuatan dan dia juga ada kekuatan untuk korbankan perasaan kami. Tak semua manusia bernasib baik jalani zaman kanak2 tanpa dirosakkan, tak semua manusia bernasib baik dilahirkan heteroseksual, berkahwin dan ada zuriat, tak perlu rasa bersalah dan menghukum diri sendiri kerana menyayangi seseorang. Dan masyarakat hanya nampak pada yang zahir namun tak pernah selami dan cuba fahami dari sudut kami.

Aku juga mahu keluar dari semua ni, aku seorang yang bersifat spiritual, aku sangat suka membaca n dengar perkara mengenai agama. Tapi, masyarakat terlalu mudah mengeji dan mencaci, aku rasa ingin semakin menjauh dari mereka. Kenapa mereka seolah meletakkan double standard pada golongan lgbt. Seolah kalau kita straight, kita tak berdosa. Seolah tak apalah rogol orang pun, asalkan straight. Tak apalah dosa apa pun dibuat asalkan straight. Bagaimana kalau perkara baik yang kamu buat hanyalah jadi straight, isnt it sad?

Apa yang aku nak katakan ialah, kita tidak tau dugaan dan ujian setiap manusia. Hanya kerana kita melakukan dosa berbeza, tidak bermaksud kita berhak menghakimi mereka yang melakukan dosa lain. Hakikatnya kita semua pendosa, kita semua ada perjalanan spiritual masing2. Apa-apa pun, semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan dalam menghadapi apa-apa jua ujian di dunia ini. Terima kasih kerana membaca confession aku yang hina ini.

– Anon

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *