Ya Allah Bantulah Kami

Bila terlalu buntu dengan ujian Allah rasa nak menulis.

Sekadar untuk meluahkan isi hati yang terpendam, kadang rasa nak terduduk & menjerit tapi air mata setitis pun dah tak mampu nak mengalir. Sebab hati dah numb kot.

Okay lah pendekkan cerita, masalah aku ni tipikal masalah broken family.

Aku dah berumahtangga. Ada anak & suami. Mak aku duduk dengan aku sekali sebab dia paling selesa duduk dengan aku.

Puncanya, sebab dah 5 tahun dia ditinggalkan suami dia, iaitu bapak kandung aku.

Dalam mana umur dah nak sampai waktu wajib pencen pun tergamak dia tinggalkan mak aku macam tu je.

Literally digantung tak bertali, hampir 5 tahun.

5 tahun ni tempoh dia start berskandal dengan perempuan sabah & beberapa tahun kemudian dia kawen dengan perempuan tu terus ria tinggalkan rumah & mak aku.

Aku bawak mak aku duduk dengan aku sebab dia depressed teruk & tak berani duduk rumah sorang-sorang.

Aku memang nk judge, sebab aku rasa orang sabah ni sesuatu la.

Bak kata kawan aku yang lama duduk sabah, boleh kata hampir semua orang ada ilmu.

Ustaz-ustaz yang kami jumpa pun iyakan skandal bapak aku tu memang membela & dah termakan benda kotor.

Tapi mak aku takde hati nak tolong sebab katanya penyakit cari sendiri & bukan kali pertama buat hal. Okay fine, aku tak kisah sebab aku dah tak suka bapak sendiri jugak.

Fast forward, selamatlah diorang bercerai tahun ni berbekalkan RM15k mak aku. Hangus gitu je la bayar lawyer.

Terpaksa pakai lawyer sebab kalau tak harta semua bapak aku ugut nak separuh which is tak adil, sebab mak aku banyak bayar.

Dia hanya tau joli duit dia dengan kawan-kawan dan perempuan bodoh. Bersyukurnya aku finally mak aku bebas dari suami & keluarga mertua yang toxic.

Memang aku defend mak aku kalau siapa berani cari pasal & kacau dia lagi.

Oleh sebab aku jenis lantang, bapak aku block aku sorang je. Adik beradik lain dia masih boleh tolerate sebab jenis tak melawan.

Aku memang tak boleh orang pijak mak aku tu. Mentang dia jenis lembut & tak melawan. Sedap je bapak aku membuli & bodoh-bodoh kan.

Jadi sekarang mak aku tengah struggle nak kumpul 100k lebih nk bayar ayah aku.

Memang pengajaran betul jangan beli rumah nama bersama. Walaupun mak aku dapat 70% tapi nilai yang dia kena bagi ayah aku 30% masih lagi tinggi.

Last sekali memang nasib perempuan ni malang. Apa-apa jadi sentiasa menangkan pihak lelaki. Realiti hidup yang pahit.

Bukan nak melindungi tapi dah macam bala. Aku tak boleh nak doa kan baik-baik dekat skandal bapak aku tu.

Aku hanya harap Allah angkat doa orang yang teraniaya ni dan bagi lah dia balasan setimpal dengan perbuatan dia meruntuhkan family orang lain.

Aku pun dah takde mood nak hadap. Aku cuma harap dipermudahkan urusan mak aku tu nak betul-betul bebas & tak perlu lagi hadap masalah suami bermasalah sejak azali tu.

Semoga Allah angkat darjat mak aku & perempuan-perempuan yang teraniaya diluar sana.

Sekian..

– Daun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *