YA ALLAH, KUATKANLAH AKU

YA ALLAH, KUATKANLAH AKU.

Assalammualaikum. I dont know how to start this confession because its really hurt. Sakit. Pedih. Sampai ke jantung terasa sakitnya tu. Ya Allah ? Admin, please approve this. syukran …

First of all, sy nk beritahu yg sy ni jarang solat. Tapi jauh di sudut hati sy, sy nak solat. So the story begin. Saya tak pernah bercinta. Tapi saya pernah sayang kat lelaki. Tapi dia reject saya sebab we are not in the same religion and I accept it. Being friend is enough. Entah kenapa, saya dapat rasakan setiap kali saya sayang kat seseorang lelaki tu, mesti Allah swt aksn turunkan pelbagai ujian yg hebat2 hingga akhirnya sy lupakan orang tu dan kembali bersujud kepadaNya.

Sy jarang solat. Tak solat dosa. Saya sayang lelaki yg tak ada perasaan kat saya. Saya terlalu mengejar cinta ajnabi hingga terlupa utk mengejar cinta Yang Maha Esa. Tapi saya nangis, terharu. Sebab apa? Sebab Allah swt sanggup timpakan ujian kepada sy hingga akhirnya sy terduduk lemah dan kembali mencari sejadah untuk berdoa kepadaNya. Saya tahu Allah berikan ujian tu semua sebab Allah sayangkan saya. Ya Allah, diri yg byk dosa ni pun masih Allah pandang. Masih Allah beri peluang untuk bertaubat kepadaNya. Saya terharu. Serius. ??

Sy tengok org lain ada yg bercinta, bertahun lamanya. Nampak bahagia. Saya cemburu sebab saya tak pernah ada peluang untuk merasa kebahagiaan itu. Tapi saya akhirnya TERSEDAR. Bahagia mereka tu adalah bahagia yg berlandaskan DOSA semata mata. Sedangkan saya? Saya mungkin tak rasa kebahagiaan dalam percintaan tu, tapi saya rasa kebahagiaan setiao kali saya sujud pada Allah, minta doa byk2…

Saya bila nak bercinta, tak sampai 24 jam, dah break. Sebab ada je ujian yg Allah berikan. Seperti tiba2 ada yg fitnah sy. Sampai semua org benci sy. Akhirnya saya tak jadi bercinta dan kembali atas sejadah, berdoa pada Allah swt. Tenang. Serius sy rasa tenang bila dapat meluah pada Allah. Sy tak pernah salahkan Alkah kenapa sy tak diberi ruang untuk merasakan nikmat dicintai oleh lelaki yg sy cintai. Saya tahu dan sy percaya, Allah has a better plans for me. Janji Allah itu pasti. Kalau tak jumpa jodoh sy di dunia, di akhirat mesti akan bertemu juga. Yg penting, jgn pernah melupakan Allah. Sebab Allah tak pernah lupakan kita.

Sy tanya diri sy sendiri, knapa org lain yg Couple tu nmpk happy je. Tapi kalau sy try nak couple, terus Allah berikan ujian maha  hebat pada sy. Betapa sayangnya Allah pada hambaNya hingga Dia x sanggup biarkan sy terus alpa dengan cinta dunia yg menjueus kpd dosa. Allahu rabbi. Allahu akbar!

Serius sy ckp. Sy selalu dibenci oleh org tanpa sebab. Org pndang negatif pda diri sy. Sy pun x tahu knp. Tapi sy reda. Takpelah, Allah kan ada. Sedangkan Nabi Muhammad yg baik hati tu pun ramai yg membenci, apatah lagi sy yg byk dosa ni.

Sy tak kuat utk berhadapan dgn setiap cacian yg dilontarkan pda sy. Setiap mlm sy menangis, sy tertanya tanya apa salah sy hingga ramai yg membenci sy? Sy sedih. Sy tak pernah ada best friend. Semua yg berkawan dgn sy mcm ragu2 nak kawan dgn sy. sy selalu sendiri2 je. Tapi tak apa. Life must go on. Tengok kawan2 sy happy pun dah cukup untuk buat sy happy. Hanya yg betul2 kenal dgn sy je yg tahu hati budi sy mcm mna  …

Terima kasih Allah swt sebab selalu ada untuk sy. Selalu berikan ujian sbgai peringatan utk sy. Sekarang sy semakin sedar, hanya Cinta Allah swt yg paling layak untuk sy kejar. Semoga Allah berikan kekuatan kpd sy untuk melalui kehidupan d dunia yg penuh cabaran ni.

Dibenci oleh org, difitnah oleh org, dicaci org, bukanlah perkara yg mudah. Hati kena sado untuk hadapi itu semua. biarlah mata bengkak nangis pada Allah, asalkan bukan bengkak kerana menangisi lelaki yg belum tentu milik sy.

Ya Allah, give me the strength to faced with difficukties in this life. For readers, yg baca confession ni, saya minta maaf kalau confession ni mengarut ke, apa ke. For admin, maafkan sy kalau confession ni tak sesuai untuk dipost. Im just hoping that all of us diredai Allah dan semoga Allah mengampuni dosa dosa kita semua. Aamiin ya rabbal al aamiin.

– Syasya

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *