Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran

Sepuluh jari disusun memohon kemaafan andai penulisan ini bosan atau panjang sangat. Triggered to confess lepas nangis baca coretan Bulan tajuk, Tak Payah Kesiankan Orang Single, (https://iiumc.com/tak-payah-kesiankan-orang-single/).

Bukan sebab aku single, tapi sebab dia tulis tentang jaga atuk, nenek dan famili dia. Tok wan aku dua2 dah tak ada dari sebelum aku lahir, ada nenek saja. Seorang nenek tu panggil mek, sorang lagi panggil atuk. Atuk duduk sekali dari aku kecil.

Atuk, dari aku kecil sampai besar, asyik kisahkan kami adik-beradik. Dulu memang dia saja masak. Bila dia dah 75 tahun ke atas, dia dah makin tak larat. Kalau masak, ada saja terluka la, terkena percikan minyak panas la… Jadinya, kami larang dia untuk masak dah.

Kebanyakan aktiviti atuk kalau tak mengaji atau tidur, ialah bermain dengan kucing dan ikan di laman rumah. Dulu2, dia selalu join tengok Rosalinda dengan aku dan mak.

Tahun2 berikutnya, dia dah tak tengok drama, dia tengok forum perdana hal ehwal islam dan pertandingan tilawah al-Quran kat tv.

Sejak dia 70-an, Atuk tak tengok tv sangat sebab telinga dia makin pekak. Mak ada belikan atuk alat bantuan pendengaran, mahal tu, tapi atuk taknak pakai. Pastu taktau dah hilang mana.

Atuk ni penyabar dan pemaaf orangnya. Dia pun tak suka any of our family members bergaduh. Cepat2 dia suruh pergi minta maaf. Dulu nak pergi sekolah dia yang kejutkan dan sediakan breakfast.

Paling tidak pun, dia akan bancuh milo untuk kami adik-beradik. Waktu tau result SPM aku ada 1B, aku nangis teruk dan tak makan sebab tak dapat straight A’s, dia lah yang beriya pujuk.

Atuk ajar orang mengaji al-Quran sebelum dia mula tinggal sekali untuk jaga cucu2 dia. Sejak tu, kami pulak yang dia ajar mengaji.

Alhamdulillah, semua dah khatam al-Quran.

Memang dah takdir aku berjauhan dengan keluarga sejak masuk asrama tingkatan 4, belajar di universiti dan bekerja. Tapi sempat juga aku balik kerja di kampung halaman selama 2 tahun sebelum aku minta pindah.

Walaupun dengan istikarah, tapi aku rasa keputusan yang bodoh untuk aku minta pindah sebab nak sambung belajar kononnya. Bila dah pindah, dapat pula tawaran sambung belajar dari tempat lama, tempat baru tak dapat. What can I do, I already resigned….

Tahun pertama aku kat tempat baru tu, masa tu covid. Aku wfh juga tapi h tu bukan home tapi hospital. Walaupun frontliner, aku tak berani balik rumah sebab takut juga bawa covid sekali kat mak, abah dan atuk.

Aku start merentas bila abah koma dan masuk icu sebelum meninggal di malam jumaat selepas 3 minggu koma.

Walaupun dapat jaga dia waktu koma, aku ralat sangat tak sempat cakap dengan dia properly sebelum dia pergi. Sebab sebelum pindah, memang selalu lepak dengan abah, mak, atuk di dapur sambil makan dan berceloteh.

Atuk masih sama, concern dengan anak dan cucu2 dia. Jadi aku plan nak bawa atuk dan mak duduk sekali dengan aku. Dari menyewa bilik, aku pun sewa rumah.

10 hari sebelum tarikh pindah masuk rumah baru, atuk koma. Aku sempat jaga dia 6 hari sebelum dia menghembuskan nafas terakhir di petang jumaat.

Aku masih mengeji diri sendiri sebab pindah tinggalkan keluarga dan pergi jaga orang2 lain. Waktu aku tinggal sekali, aku yang jaga ubat2 atuk.

I cried when I know my patients died tapi menyaksikan kematian 2 insan penting dalam hidup aku adalah terpaling sedih aku rasa walaupun cara pemergian tu nampak sangat mudah. Sebab tu kot lepas dah berbulan2 pun masih nangis lagi…

Sekarang aku duduk rumah sewa yang baru tu, sedih sangat tak sempat nak bawa atuk. I still hate myself to the point that I wish I no longer exist.

Kesimpulannya, berbaktilah sebaik mungkin kepada orang2 tuamu sementara mereka masih ada. Kita harap mereka panjang umur tapi jodoh, ajal, maut tu ditangan Allah.

Al-fatihah untuk arwah abah, arwah atuk, arwah mek (nenek lagi satu pun baru meninggal). Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diangkat ke darjat yang tinggi disisi-Nya.

P/s: Untuk yang mengenali, don’t pity me, don’t say anything. Cukup tanya khabar dan doakan dari jauh jela ya. Thanks a lot for all the support so far!

P/s/s: Sadness, please go away.

– Kk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *