Salam. Thanks admin sebab post. Aku bukan budak iium, tapi selalu la stalk fb iium confession ni. Masih student, degree.
Dulu ada sorg lecturer ni (bukan lect aku) pernah tulis status pengalaman dia waktu zaman muda. Dia jenis student yang suka belajar la. And back then dia tak faham kenapa kwn2 dia suka ponteng kelas. Suatu hari tu, dia nak cuba rasa apa perasaan org yang ponteng kelas. So dia ponteng tanpa sebab. The next class, lect dia tanya la kenapa x dtg kelas. Dia jawab jujur yang dia memang saje ponteng sebab nak tahu apa perasaannya ponteng kelas. So lect dia tanya, 'so apa perasaan awak?' Dia pun jawab la, sejujurnya dia kecewa. sebab dia ingatkan ponteng kelas ni best, rupanya tak. Jadi dia kata dia takkan ponteng kelas dh lepas ni. Dan sampai dia dah selamat jadi lecturer pulak sekarang, dia still tak faham kenapa ada student suka ponteng kelas.
Aku pulak, tak fikir camtu. Bagi aku, student yang suka ponteng ni adalah student yang ada masalah. Yang hidup stress, tertekan, ada personal problem etc. Kalau dah orang tu suka belajar, yang passion dia belajar, memang la dia takkan rasa freedom yang student2 ni rasa bila ponteng kelas.
Aku cakap macam ni sebab aku selalu buat juga dulu. Zaman aku baru nak bangkit balik lepas keluarga aku porak peranda. Zaman aku rasa tak faham satu haram apa aku belajar. Aku stress. Orang sekeliling pulak jenis budak2 study, sibuk nak tanya result sesama sendiri bagai, ambil kisah sangat sape 4falt sape tak. Aku sumpa tak tertarik nak tahu result2 orang ni. Lagi satu aku pantang betul kalau aku cakap result aku rendah je, set2 dean list ni cakap "Tipuuu". I mean, diam ah. aku bukan suka nk tipu2 macam korg. Yang dah habis study kali ke-5 tapi still cakap "Tak study pape lagii". uhh.
Aku memang banyak ponteng kelas. Aku pergi jalan-jalan bawa diri sorang2, ke mana saja yg aku rasa dpt tenangkan hati aku. Setiap kali aku stress, aku akan ikut je kata hati aku. Tapi tu dulu la. Aku sekarang dah turn to be better. Aku cuba disiplinkan diri, tak ikut sgt kata hati walaupun kalau memori pahit psl keluarga aku datang semula, aku down, aku still x mampu pergi kelas.
Tapi aku still x rasa ponteng kelas tu a big crime. Aku rasa, kalau aku jadi lecturer, aku faham kenapa student aku ponteng kelas. Dan aku akan okey je. Asalkan kau tak buat maksiat la waktu kau ponteng tu. Kalau kau pergi merokok bagai, kau jawab la depan Tuhan.
Aku takde masalah kalau orang tu ponteng sebab dia nak cari semula jiwa dia yang hilang. Entahlah. sebab aku faham perasaan tu. Ni aku tak bukak bab family lagi. Macam mana aku rasa lonely gila, rasa takde kwn yang faham apa aku rasa.
Aku rasa macam tak faham kenapa kena dapat pointer tinggi. Mungkin sebab aku bukan exam-person. Aku tak boleh dinilai mcm exam2 kita ni. Entahlah. Aku pun x tahu apa aku fikir. Aku rasa personal problem sangat affect study life aku. Aku jadi malas, sumpa malas gila nk study. Sebab study means kita akan duduk sorg2, senyap, sunyi. Dalam keadaan mcm tu, aku punya fikiran terlalu senang menerawang. Macam2 suara aku dgr dalam minda aku. Aku tak tahu nak cakap semua ni kat sape. Kalau aku tetibe emo wktu musim exam, semua orang mesti rasa aku ni annoying gila, emo tak tentu pasal, ikut perasaan. Padahal kita sendiri tengah berperang dengan siapa entah yang 'menyorok' kat dalam diri sendiri ni. sampai satu tahap aku rasa aku kena jumpa pakar psikitari. Aku tak tahu nak reach siapa. Aku macam menjerit sorg2 dalam hati. Tak ada yg nak sambut tangan aku.
Aku ni kalau ikutkan lepas spm dulu, tak nak pun sambung belajar. Aku takde hati pun nak sambung belajar. Last2 aku sambung jugak sebab aku nak lari jauh dari rumah. sebab aku berjaya dapat tawaran belajar tempat jauh. Aku terima. sebab aku nak escape. Tapi skrg, ni la yg aku kena hadapi. beban pelajaran yang makin memberatkan aku.
Doakan aku. Aku teringin juga nk semangat belajar macam orang lain. Aku cemburu tengok org2 yang boleh skor tinggi, senang fokus belajar, suka pergi kelas, boleh minta nasihat dari ayah. Aku tak boleh. Kalau aku on call dgn ayah aku pun, ayah aku nasihat, aku akan rasa dia hipokrit gila. lepas apa yg dia dh buat pd keluarga aku. susah weh. susah.
Ntah la, aku nak cakap ni, kalau korang ada kwn yang ada masalah keluarga, beri la kasih syg kt kawan korang tu. Sama macam kau selalu bagi support kat kengkawan kau yang mak ayah dah takde. Ada masalah family pun sakit weh. Hati penuh dengan benci, trauma, perasaan2 negatif lain. Dan mrk sendiri tak tahu pun mcm mana nak hilangkan semua tu. Nak harapkan manusia faham, bapak la susahnya.. Selalu kwn2 akan fikir sakit jiwa kita ni mcm sakit hati biasa2 je. Malas belajar kita ni malas orang mengade2 je.. hakikatnya Tuhan je yang tahu.
– tak sempurna
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Betul tu. Hidup kena ada empathy. Main judge judge ni tak best.
Mslah fmly kan..faham tu mmg berat..tp ape yg jd dh jd kan..harap kau dpt la bangkit..Kau bace alquran bce makne ayt2 dlm tu..insyaAllah ad jawapan..ujian org lain2 kan..kau berjaya dlm hdup nt kau dpt ubah hdup fmly kau..bg inspirasi dkt adik brdik kau nt..keep it up..
Pernah dengar ustaz ni kata,dunia untuk diurus bukan untuk diapantah tak ingat..sooner or later masalah akan selesai..bak kata mat lotpi,beat ur problem today and moving forward..fighting!!
Yup, aku setuju..ada sesetengah org yg xhadir ada pelbagai masalah..aq xnafikan..moga Allah lapangkan hati dan minda ko (confessor) utk hadapi masalah2 atas dunia ni..maybe, next time ko blh jumpa lecturer dan kongsi masalah ko..jgn pendam sorang2 terlalu lama.. :)
beli buku motivasi diri sbg salah satu inisiatif n selalu berdoa lps solat mnta hadirkan perasaan smngat nk belaja.. sy dh praktik, bnyk jugak prubahan baik yg berlaku..moga dipermudahkan segala urusan dlm menuntut ilmu insyaAllah..
cari ketenangan dgn mengadu kpd Allah.selalu igt Allah telah meletakkan kite ditpt yg sepatutnye kite berada.so do the best or at least try the best.the rest..let Allah handle your destiny. kite semua sekadar mnjlni takdir yg telah tertulis.apa pun takdir kite berdoalah semoga Allah sentiasa mmberikan kita ketabahan dan memimpin kite ke arahNYA.. u r not alone dear confessor.
I feel u….
Siti Saadah
2nd paragraph tu mention jela dr Yazid Zul .. Sbb tu dari status bliau kan. boleh tanya sendiri pendapat bliau pasal ni ..
eh. cerita kita sama. cuma mungkin gaya tulisan yang berbeza. hahaha. i feel you, sista!
Ade 1 quote ni : “The end of Education is Character”..
Bleh fhm ape mksdny?
Amik peluang dkt u,,bljr..utk didik diri,,tarbiah diri..byk join mjlis ilmu,,in shaa Allah awk akn rse tng,,,Sbb nnt ble dh kluar bekerja kte xkn ade mse utk smue tu..
Dn ini akn ddik awk mcm mne nk hdpi dunia luar nnt…
Dn zmn skrg kne hidup dgn slogan “Hati kering”… Jgn amk port sgt ape org nk ckp,,truskn hidup…selagi x melanggar syariat..dn jgn jgk buat perkara ssuka hti sbb islam jgk meraikan pendpt…* kne ngaji byk psl perkara ni..
Dn yg pling penting…igt 1 perkara-Allah tu sentiasa ada…
-bekas student,,
Dik, mmg xsalah xdapat 4 flat. Xsalah ponteng kelas kalau ada sebab yg kukuh. Tapi jgn lebih 3x.
Ketahuilah bahawa bila ponteng kelas saja2, anda akan kehilangan *keberkatan* menuntut ilmu. Anda akan hilang redha ilmu lecturer tu sikit sbb sbg lecturer, akak selalu doakan student akak sukses. Lagi2 yg akak nampak bersungguh dtg kelas.. Walaupun msg : mdm, sorry baru bangun tidur. Kejap lg sy dtg..
Dulu sy pun suka sgt ponteng kelas, kalau pegi pn tidur main hp dll. Xbagi full attention pn kat cikgu ngajar. Sbb rasa macam ruginya pegi kelas cikgu ajar tak faham pun. Tapi bila dah tahun2 terakhir ni Allah bagi petunjuk, rasa nikmat sgt dapat pergi kelas dan rasa sedih sangat bila terbangun lambat dll so xpegi kelas atau lambat ke kelas. Betul sgt redha cikgu tu penting, walau cikgu x kenal sy sy tahu cikgu doakan yg baik2 utk anak muridnya. Berkat redha dan doa ckgu
sedih dek… sedih… takda orang lain boleh tolong melainkan diri sendiri… boleh minta nasihat, petua, ilmu dan sebagainya tapi yang boleh apply kat diri kita adalah kita sendiri… beza orang beza mentaliti… tak semua orang kuat… saya sendiri pun pernah lalui… bila teringat balik rasa macam kesian diri ada, rasa kesal kat diri sendiri sebab tak berusaha lebih pun ada… macam-macam lagi lah membuak-buak, berombak-ombak dalam fikiran ni… malas nak cerita lebih-lebih dah nanti terluah itu ini pula… cukup sampai di sini
tp en weh, aku ponteng bkn sbb de mslh ke ape. aku ponteng sbb nk berehat..nk tido…rilek2. aku x pna klua jnjln or outing mse ponteng. pape pon…aku bsyukur aku x pna busted lg even da ponteng bbelas kli utk every subjek. aku tau x baik ponteng2 ni tp masalahnye aku nk berehat n perlukan rehat. yes. aku ngaku..aku mmg ngade2
Rehat x akn cukup derr.. Time management tu penting..
Sebab tu ko tak layak jadi lecturer. Ko penah dgr org tua cakap, cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari.
Yg passion dia belajar jadi lecturer kira ok la.
Apa pun, all the best on whatever you are doing ya..
Nasihat q, jgn jdikn masalah sebgai alasan kita x study. Sbb belaja ni satu tanggungjwb. Q dulu masuk cfs, mmg x score, x heran dean list tu semua. tp msuk degree, q faham knpe q perlu dean list. Ia merupakan ticket kejayaan yg bole mak q bangga kn. klu nk cerita maslh keluarga, q ni setiap 2 minggu mesti balik rumah sbb mak q sorg kena jdi semua benda, so setiap kali balik ni, masuk je kete dr stesen bas ke umah q, semua masalah mak q cerita. q sebgai ank x kn sanggup dengar je. Mesti jdi rungsing gak. Tp q sedar, dgn kejayaan la, q mampu mengubat luka2 yg mak q hadapi. Insya Allah.