Yang sedekit tidak bermakna tidak boleh berjaya
Aku bukan seorang budak yang pandai sewaktu disekolah dahulu.aku hanya budak biasa selalu gagal dalam peperiksaan.Spm aku tak cemerlang seperti orang lain dpt straight A aku hanya dapat 1A lagi pun aku bukan sekolah SBP atau MRSM tapi sekolah teknik.target aku adalah 5A tetapi rezeki aku hanya dapat 1A je alhamdulillah aku redha dengan takdir.mak abah aku tak marah tapi mereka mengucapkan sabar dan alhamdulillah.selepas itu aku dapat tawaran untuk melanjutkan pengajian tahap diploma di ipta tapi dapat kos yang aku tak minat disebabkan keputusan SPM aku yang biasa-biasa.pada masa yang sama aku dapat tawaran masuk ke matrikulasi rezeki Allah diberikan tanpa diduga.aku dilema masa tu tak tau nak pilih mana.bila aku nak masuk matrikulasi ramai cakap susah dan tak yakin dengan aku disebabkan SPM yang biasa.aku tetap pilih matrikulasi.alhamdulillah aku tamatkan matrikulasi dengan keputusan yang boleh dikatakan cemerlang bagi aku.aku dapat 2 tawaran untuk melanjutkan ijazah dalam kejuruteraan kimia di ipta dimalaysia dan farmasi di mesir.aku pilih di malaysia kerana sebab-sebab tertentu dan sekarang aku ditahun akhir dan semester akhir.tak pernah aku terfikir akan ambil kos yang di idamkan oleh student mendapat straight A dalam SPM.alhamdulillah ini telah diaturkan oleh Allah dan sebaik-baik percaturan adalah datangnya dari Allah.
insyaAllah an engineer to be :)
Kepada mereka diluar sana jangan mudah putus asa walaupun banyak kegagalan yang dihadapi rezeki Allah pasti ada untuk kamu dan carilah hikmah disebalik ujian yang kita hadapi pasti akan menjadi kenangan manis walaupun ia menyakitkan selepas kita tau hikmah perkara tersebut.
– Mohd