Untuk part I, (https://iiumc.com/yatim-piatu-sebelum-masanya/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/yatim-piatu-sebelum-masanya-ii/).
Untuk part III, (https://iiumc.com/yatim-piatu-sebelum-masanya-2/).
Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab siarkan confession ke empat aku kat sini. Masih ingatkan kisah Tulip raya tahun lepas. Dah agak lama rasanya aku tak menulis confession. Sebenarnya banyak jugak kisah yang jadi pada aku since raya lepas sampai la dah nak raya semula ni.
Hari ni hari last ramadhan.Esok dah raya. Tahun ni aku beraya di perantauan hurmmmm……. Kisah pasal toxic family aku masih belum habis dan benda ni keep repeating sebab adanya adik beradik yang hasad dengki dan batu api.
Raya tahun lepas, macam2 yang aku dengar dari alang dan mak aku. Bila aku pegi raya umah sedara aku, depa pon akan pegi rumah sedara tu esoknya untuk tanyakan apa yang aku cerita kat sedara aku tu…. Entahlah…. mungkin depa ingat aku ni macam depa agaknya. Canang kisah orang je….
October last year, mak abah aku pegi umrah. Aku dapat tau pon dari sedara mara. Hampa tau mak aku pesan apa kat semua sedara aku, ‘benda ni hampa jangan bagitau tulip, nanti dia nak ikot kami pergi pulak umrah ni’. Aku yang dengar ni rasa macam, Allahu, salahkah kalau aku nak ikot pergi umrah sebab aku memang nak sangat pegi sana… tapi tu la aku rasa mak aku cakap macam tu maybe ada la mulut2 yang menghasut dia.
Masa mak abah aku pegi umrah tu, aku dari utara pegi ke klia untuk hantar depa kat airport. Memang susah sangat nak cari depa sebab tempat tu besar and aku tak tau boarding time depa pukul berapa. Tapi akhirnya aku jumpa jugak. Macam biasa la.
Mak aku memang kuat drama ayaq mata. Nampak aku sampai dia nangis teruk. Sebab tu la orang akan ingat aku la yang buang family padahal depa yang buang aku… Bila mak abah aku pegi umrah, aku ada la bagi duit belanja untuk depa pergi sana.
Dalam aku tengah bagi tu, mak aku sempat lagi membawang. Hurmm alang tak bagi pon duit kat mak ni angah. Haihh.. aku cakap pon jawab biarlah. Tak gaji lagi kot. Nampak tak perangai sebenranya, suka laga laga kan anak. Dengan anak ni, dia burukkan anak tu, dengan anak tu, dia burukkan anak ni… sebab tu la family aku ni berpecah dan asyik bergaduh, dalam family pon ada politik macam ni….
Lepas dari depa balik umrah tu, hubungan aku dengan mak abah aku dah makin baik. Cuma dengan alang yang dengki tak habis. Dia memang takut kalau mak abah aku dah berbaik dengan aku, dia takut dia tak dapat ambil kesempatan kat orang tua aku lagi.
Dan aku, act macam dulu balik. Aku ni jenis kalau orang dah baik dengan aku, memang 10 kali ganda aku buat baik pd depa. Anniversary mak abah aku, aku bawak p makan, besday abah aku, aku belikan cake and celebrate. Semua aku buat even aku balik keje penat2 pon. Aku try nak berbaik dengan depa jugak. Seabb bagi aku biarlah alang tu perangai mcm tu, tapi aku berbaik jer la ngan mak abah aku.
Sebelum puasa ni aku akan dapat duit kutu. Aku join main dengan mak aku dan kawan2 dia. Then bila turn aku dapat, duit kutu tu mak aku amik pakai and bagi kat aku 500 je.Sedih sangat masa tu. Bukan aku tak bagi duit kat depa. Setiap bulan aku transfer duit bagi kat mak abah aku. Tapi depa amik jugak duit kutu aku tu… aku rasa macam ditipu dan dianiaya oleh mak sendiri.
Duit tu sebenarnya aku tunggu utk bayar roadtax kereta tapi diaorang ambil duit tu dan pakai untuk keperluan alang nak beranak anak kedua. Oh ya, alang dah ada dua anak dan dua2 mak abah aku jaga. Seronok kan tak payah hantar mengasuh.
Lepas kejadian tu, aku balik rumah dengan perasaan sebak. Aku sebak sebab aku ingatkan depa dah berubah. Tapi mak aku tetap dengan sikap gilakan wang ringgit. Mak aku penah cakap dulu bila aku kerja, dia nak aku bagi dia setiap bulan 1000. Terus terang aku ackap, aku tak mampu, aku ada komitmen rumah kereta untuk bayar.
Aku bagi separuh dari tu pon depa masih tak bersyukur. Aku rasa mcm tak cukup lagi ke apa yang aku bagi kat depa sebelum ni…. masa aku pegi amik duit kutu tu, mak aku ada cakap, tulip amik la semua barang tulip dalam rumah ni, bersepah rumah mak, dia campak barang2 aku kat luar. And aku kutip masuk kereta.
Dan alang pon cakap, ha amik la balik carseat stroller semua ni, aku dah tak perlu lagi barang2 dari hang. Hurmmm aku malas nak cakap dengan manusia takde otak, so aku diam and aku balik. Sampai arini aku tak pergi rumah mak bapak aku lagi.
Dua tiga ari lepas mak aku ada call, dia tanya kenapa aku malukan dia. Dia malu sebab orang asyik tanya, kenapa aku tak balik rumah raya. Kenapa tak jawab apa yang depa dah buat kat aku.
Aku rasa cukup la hidup aku digunakan. Aku tau depa nak aku balik raya untuk sponsor depa semua dari atas bawah semua. Kawan aku pon ada cakap benda yang sama. Stop fikirkan perasaan orang. Perasaan sendiri nak campak mana.
Sampai sekarang aku masih tak tau kenapa alang tu dengki sangat dengan aku. Yang alang pulak bagitau semua orang aku dengki kat dia sebab dia ada anak dan dia dah kawen. Aku andartu hurmmmmm mulut dia memang takleh bawak bincang dah….
So today, aku ada kat kl ni. Kejap lagi nak fly dah. Nak merasa raya di perantauan dan di tempat orang. Doakan aku kuat untuk beraya sorang2 tanpa family. Mmg aku teringat kat mak abah aku tapi biarlah. Aku dah penat nak jaga hati orang. Raya kat mana2 pon sama je kan. Hahaha…..
Untuk sesiapa yang baca kisah aku ni, yes, toxic family wujud. Adik beradik yang dengki dengn kejayaan adik beradik lain tu wujud. Adik beradik yang ambil kesempatan pada adik beradik lain tu wujud. Mak yang gilakan duit dan harta ni memang wujud. Dan kerana duit lah ikatan kekeluargaan ni hancur.
Tahniah untuk anda semua yang ada family yang supportive dan adik beradik yang takde hati hasad dengki dengan kejayaan anda.
Last sekali, Selamat hari raya buat semua. Doakan aku selamat pergi dan balik. Doakan semoga semua family aku berubah. Terima kasih sebab sudi baca kisah confession aku ni.
– Tulip Lavender (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit