Yes, perempuan memang kene ada rupa

Assalamualaikum. Thank you admin sbb approve kisah akak. Lets go short and sweet. Akak baru terbaca berkenaan seorang perempuan yg tinggi, tegap dan padat badannya telah di-rejek. Akak pun nak kongsi hal yang sama.

YES. LAKI MMG PANDANG RUPA.

Akak ni ketinggian 170cm berat 70 kg. Berusia 27 tahun. Tak kawen lagi.

Dari tadika, akak yang paling tinggi antara semua. Tapi masa tu akak happy je kat sekolah. Nyanyi, belajar ABC, makan, tido.

Masuk sekolah rendah. Pun akak paling tinggi dam besar dr semua org. akak jadi bonzer kat sekolah. Kalau kawan2 perempuan diusik, nak gaduh dgn kawan lelaki, mesti dorg menyorok belakang akak. Yelah. sbb akak besar. kan? Dah mcm jantan dah aku masa tu.

Masuk sekolah menengah, lagi teruj jiwa aku dibuli. Oh, aku tak dibuli fizikal. sbb aku besar…khennn ?. Jiwa aku dibuli. Dorang panggil aku BERUANG wehh. Beruang. Jahat mulut. Menangis akak dlm diam.

Masuk universiti, takde org minat pun ? Sbb gemuk, besar, tinggi, gelap. Sape nak? Kann? Akak couple jarak jauh.Dari sem 3 sampai la akak kerja dia tahun.

5 tahun bersama. At the end, dia tinggal akak mcm tu jer. Dia kawen dgn perempuan putih kurus. Cisss. 5 tahun aku sia2 je tunggu engkau. Putus pun dalam phone jer, tak jumpa lgsg.

Bila dah bekerjaya, akak mula rasa kepentingan jaga penampilan diri sbb akak keje jumpa org. huhu. Sebab berat akak dah mencecah 100kg weyyyyyy. Gemok amat. Akak buat mcm2 diet, supplement, vitamin.

Hasilnya, alhamdulillah. Dah kurus and putih la sikit Hasil minum 4litre air sehari. Beauty is pain. No pain no gain. lol. Setelah itu akal rajin share gambar kat instagram to inspire others.

Tetibe akak jadi terlajak laris (masyaAllah bukan nak riak). Tetibe ramai lelaki approach. Ttibe abg2 opis yg selama ni xpandang pun akak, selalu ajak keluar lunch sama2. Hari2 puji. Tetibe lelaki2 department lain pun approach, siap tanya kat kawan se-dept dgn akak " ada org baru ke kat dept ko?" Lawa. nak kenalan. bagi la number". Ttibe lelaki lelaki yg suam2 kuku dalam hidup akak, muncul kembali dan nak masuk minang segala. Tetibe, exbf akak yang dah kawen dgn perempuan lain tu, approach akak balik..mintak maaf, menyesal, rindu, nak jumpa, nak mcm waktu dulu.. eh puihhh la. tak ingat bini ker? nak jer akak main2 kan dia. bikin dia jatuh cinta balik, then tinggalkn dia. tapi akak tak tergamak..sian ke bini dia. akak pun perempuan.

Nampak tak?
Bila gemok dan huduh semua org nak caci ko. Buli jiwa ko.

Bila kurus dan cantik, semua nak mendampingi ko.

Adik adik. Akak akak semua. Jujur dari hati..usaha utk kurus demi diri sendiri. never do it demi org lain. hasilnya puas hati. akak dulu nak kurus sbb nak rasa badan ringan nak solat. Alhamdulillah. Yang penting, SELF-CONFIDENCE.

-dulu Beruang, Skrg Kucing ?

– Akak Comel

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

571 Comments

  1. Kita mmg perlu cantikkan diri utk diri sendiri. Bila diri kita cantik, kita pon rasa seronok. Sapa xnak cantik kan? Kena bersyukur Allah bagi kita sempurna, so jaga la kulit bg bersih, wangikan rambut, makan bnda sihat dan seimbang. Asalkan dgn niat yg baik la.

  2. Hidup mnusia ni xleh lari dari nk yg ‘terbaik’ ntk dri sndri. Baik lelaki mahupun perempuan. Yg xsdor dri rmai,both gender.

    Berpada-pada lah. Ukur baju kt badan sendiri. Sudahnya tua seksok krepot gak. Yang tinggal cuma kasih sayang.

  3. Silap tu. Bukan LELAKI PANDANG RUPA. Tp MANUSIA PANDANG RUPA. Laki perempuan pun manusia yg memandang rupa. Jgn cop lelaki je pandang rupa. Mmg btul apa yg disampaikan. Tp betulkan sikit je pemikiran mcm tu. Berehhh

  4. Saya setuju…tapi ada baiknya juga…akak boleh tau yang mana kaki puih ajet2 smart…ngan sape y stay walau ape jua bentuk…xkisah r bulat ke…pipih ke…petak ke…y tu simpan kemas2 okey(pengalaman gak nie…akak…tips plzz penat dah jd sado nie kakaka..asyik kelaut dalam jek nie….lol)

  5. Inspired kisah akak comel ni..hehe..badan kita pun dah tenbam ni..kena kurus balik untuk syeben kita..chaiyok2!!!! Tpi syez rasa mcm 170 wth 70 kg tu mcm normal lah bdan akak..msti x nmpak gemuk lngsung dah..hehe

  6. Same je laki perempuan semua pandang rupa, aku pun pandang rupa gak.. Pendek kata, manusia mmg akan kebiasaannye tertarik ngan mende menarik. Reflection utk diri sdri

  7. Masa bujang berat 55kg tgi 160cm, lpas kawen n brsalin ank sulung berat 76kg, amk masa berbulan jugak nak kurus, so dpt la perut yg diidam, no buncit n brat 62.3kg tu pon hmpir mgu ke gim n jaga mkn, lps 7 bln pregy lagi now berat 84kg. Lps bersalin nanti lg byk effort nak kurus..naseb suami pon bg skongan n suka bg galakan.. as a ladies tak boleh nak harapkan lelaki terima seadanya tanpa effort diri kita sendiri. Do for yourself n not for others. Sbb aku pon sblm kawen hitam jugak..

    • Kalu laki sendiri xbg kurus cmne kak?laki sy siap merajuk lg bile sy nk diet. Tp bile kite mknw je dia komplen cakap bdn mcm polar bear. Time nk diet dia plak bersungguh beli makanan itu ini suruh bini makan xbg diet. Oh ye, mse mula2 knl dlu berat over 100kg. Skrg anak dh sorg berat 80kg. Huhuhuu..

    • Hahahahah uihhh terbalik plak eh, terus turun berat badan.. untungnya.. dia takut awk cantik kunk ade peminat susah hati encik abg awk tu.. kalau dah request dia mcm tu, ikutkan jerlah ya.. kunk tambah merajuk kunk.. :D :)

  8. bullshit! tu je nk ckp.. sedo2 lh laki kdang duit pn bini tlg hulur.. msih jgk melayan pmpn lain.. xtau nk kate ape.. ingt lh pmpn ke dua yg dtg tu kebiasaanye dtg pd wktu ko senang (senang disebabkn bntuan bini jgk).. pmpn pertama yg dtg pd ko tu wktu ko ssh… esk2 ble dh susah silap2 pmpn ke dua tu tgglkn ko.. yelaaa sbb jmpe2 ko je wktu dh senang tbe2 susah.. xtgglkn ko pn pling tidak kne maki hamon..marahnye rse..

  9. Xsemua laki nk kurus..ade je yg suka chubby2. Tp kalo nk kurus..minum susu kambing..2x sehari..jage pemakanan..minum air 3 4liter sehari…kalo mls nk jogging..guna tangga ke opis ke rumah ke..dlm 3 bln mesti turun..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *