Yes, perempuan memang kene ada rupa

Assalamualaikum. Thank you admin sbb approve kisah akak. Lets go short and sweet. Akak baru terbaca berkenaan seorang perempuan yg tinggi, tegap dan padat badannya telah di-rejek. Akak pun nak kongsi hal yang sama.

YES. LAKI MMG PANDANG RUPA.

Akak ni ketinggian 170cm berat 70 kg. Berusia 27 tahun. Tak kawen lagi.

Dari tadika, akak yang paling tinggi antara semua. Tapi masa tu akak happy je kat sekolah. Nyanyi, belajar ABC, makan, tido.

Masuk sekolah rendah. Pun akak paling tinggi dam besar dr semua org. akak jadi bonzer kat sekolah. Kalau kawan2 perempuan diusik, nak gaduh dgn kawan lelaki, mesti dorg menyorok belakang akak. Yelah. sbb akak besar. kan? Dah mcm jantan dah aku masa tu.

Masuk sekolah menengah, lagi teruj jiwa aku dibuli. Oh, aku tak dibuli fizikal. sbb aku besar…khennn ?. Jiwa aku dibuli. Dorang panggil aku BERUANG wehh. Beruang. Jahat mulut. Menangis akak dlm diam.

Masuk universiti, takde org minat pun ? Sbb gemuk, besar, tinggi, gelap. Sape nak? Kann? Akak couple jarak jauh.Dari sem 3 sampai la akak kerja dia tahun.

5 tahun bersama. At the end, dia tinggal akak mcm tu jer. Dia kawen dgn perempuan putih kurus. Cisss. 5 tahun aku sia2 je tunggu engkau. Putus pun dalam phone jer, tak jumpa lgsg.

Bila dah bekerjaya, akak mula rasa kepentingan jaga penampilan diri sbb akak keje jumpa org. huhu. Sebab berat akak dah mencecah 100kg weyyyyyy. Gemok amat. Akak buat mcm2 diet, supplement, vitamin.

Hasilnya, alhamdulillah. Dah kurus and putih la sikit Hasil minum 4litre air sehari. Beauty is pain. No pain no gain. lol. Setelah itu akal rajin share gambar kat instagram to inspire others.

Tetibe akak jadi terlajak laris (masyaAllah bukan nak riak). Tetibe ramai lelaki approach. Ttibe abg2 opis yg selama ni xpandang pun akak, selalu ajak keluar lunch sama2. Hari2 puji. Tetibe lelaki2 department lain pun approach, siap tanya kat kawan se-dept dgn akak " ada org baru ke kat dept ko?" Lawa. nak kenalan. bagi la number". Ttibe lelaki lelaki yg suam2 kuku dalam hidup akak, muncul kembali dan nak masuk minang segala. Tetibe, exbf akak yang dah kawen dgn perempuan lain tu, approach akak balik..mintak maaf, menyesal, rindu, nak jumpa, nak mcm waktu dulu.. eh puihhh la. tak ingat bini ker? nak jer akak main2 kan dia. bikin dia jatuh cinta balik, then tinggalkn dia. tapi akak tak tergamak..sian ke bini dia. akak pun perempuan.

Nampak tak?
Bila gemok dan huduh semua org nak caci ko. Buli jiwa ko.

Bila kurus dan cantik, semua nak mendampingi ko.

Adik adik. Akak akak semua. Jujur dari hati..usaha utk kurus demi diri sendiri. never do it demi org lain. hasilnya puas hati. akak dulu nak kurus sbb nak rasa badan ringan nak solat. Alhamdulillah. Yang penting, SELF-CONFIDENCE.

-dulu Beruang, Skrg Kucing ?

– Akak Comel

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

571 Comments

  1. Yes and No i think.. Its all depend how confidence you are about yourself.. It hard for chubby person to get love at first sight.. But if you have good personality and ikhlas i think ada je lelaki kt luar sne yg suka character more then looks..

  2. Pasal calon isteri utk bakal suami, Nabi Saw telah berpesan pilih wanita yg beragama/akhlaq, keturunan yg baik ,kaya dan cantik.Seterusnya AlKhawarizmi ,tokoh Matematik Islam, telah menyimpulkan isu ini dgn persamaan matematik begini:
    Jika wanita itu kuat pegangan agamanya, kita bagi dia 1 markah.Kemudian jika dia kaya, kita tambah 0 dibelakangnya=10 markah.Jika dia drp keturunan baik , tambah lagi 0=100 markah.Malah jika dpt calon wanita yg cantik jelita, tambah lagi 0 dibelakangnya, jadi 1000 markah..Namun jika wanita tersbt tidak beragama,maka dibuang angka 1 dihadapan, maka apa yg tinggal=0.Tiada maknanya wanita cantik, kaya dan berketurunan baik tanpa agama…

  3. Entahlah nak cakap. I think in this matter media played their roles well. Tengoklah dalam TV. Yg dikatakan cantik tu mesti kena putih, kurus, tinggi, hidung mancung, mata besar. Org dulu2 tak semua mcm tu pun, eh mmg susah lah nak cari yg mcm tu dulu, kahwin je jugak diorang. Bahagia je ke anak cucu. Dear girls, you’re beautiful despite whatever people called you. Yg penting kena yakin dgn diri. Cantik tu dari dalam ke luar. Kena cantik dalam, baru lah luar cantik jugak. Hati biar bersih, mulut tu jaga jgn asyik nak men’jemah’ je 24 jam, org yg pandang kita tu pun sejuk je hati. Ramai je org tak putih, tapi tetap manis dipandang. Hitam pun hitam manis kata org. Pernah sekali saya melawat anak saudara kawan saya, budak tu kecik lagi baru 5 tahun, kalau kita waktu2 camtu mmg berhingus lagi lah main je kerja apa pun tak peduli dah. Tapi dia asyik cakap dekat saya dia gelap. ‘Nak kulit putih mcm akak’ ‘waktu mandi tadi dah gosok badan betul2 kenapa tak putih jugak ye’ ‘akak cuba tengok tangan adik dgn tangan akak, jauh beza lah’. Bila kita ajak selfie, taknak katanya nnt dalam gambar dia nampak gelap. Bila convince dia dgn filter barulah dia nak bergambar. Tu kisahnya budak umur 5 tahun. Yg dah berpuluh tahun hidup ni mcm mana pulak? Tak ke lagi banyak seksaan batin diorang terima? Sedih betul saya bila teringatkan budak tu. Please people, change your mindset. Beauty is not being white or slender. Beauty is being yourself.

    • “Bila dah bekerjaya, akak mula rasa kepentingan jaga penampilan diri sbb akak keje jumpa org. huhu. Sebab berat akak dah mencecah 100kg weyyyyyy. Gemok amat. Akak buat mcm2 diet, supplement, vitamin.
      Hasilnya, alhamdulillah. Dah kurus and putih la sikit Hasil minum 4litre air sehari. Beauty is pain. No pain no gain. lol. Setelah itu akal rajin share gambar kat instagram to inspire others.” Instagram x prlu. Ckup utk pndangan suami. :)

  4. Takpa lagi. Laki tgok rupa jaa.
    YES. Perempuan tengok RUPA and DUIT. Tapi x semua and sikit. My mom one of them. Ayah ada rupa tapi duit biasa2 ja.
    الحمد الله
    Susah senang bersama. How much I wish to have someone like my mom.

  5. Mostly lelaki yg pandang rupa. Perempuan pun ada tapi tak seramai lelaki. Perempuan lebih suka pandang harta rasanya Ramai yg sy jumpa mcm ni.

    Yg kelakarnya laki dh dpt prmpn yg cantik lawa last2 prmpn2 ni kena tinggal
    jugak. Sebab ap? Sebab tak serasi. Tak rase membazir masa ke dekat situ?

    So moral of story rupa jangan dijadikan sebab pertama untuk mendirikan sesebuah hubungan. Kenal dulu perangai dia dan keluarga dia semua. Jangan kenal dia sorang sahaja sebab manusia semakin besar semakin pandai berlakon.

  6. xsemua pndg rupa..sy pndg hati..alhamdulillah si dia baik..memahami..chubby..gebu..aihhh comei la dimata sy..kalau pndg rupa tp xmelihatnya hatinya bt apa..dgn rupa kompom2 bleh bahagia ka..

  7. Kalau g mahkamah syariah skang ni…tiap2 hari ada kes perceraian…dan ppuan yang diceraikan…mostly cantik2 lagi…muda2…boleh kata flawless lagi…jodoh bukan pada rupa…attitude yg paling penting

  8. Cantik ni subjektif, ad y cntik dimata kita tapi tak dimata org. Biasanya kalau dah jodoh, tak kisahlah kita cntik ke tak, tp suami/isteri kita tu tgk kite sejuk je mata memandg, mcm cntik pd die. Tp tidak Dimata org. Jd takde istilah cntik, lelaki nak, tak cntik taknk. Y penting kena la usaha jg penampilan diri, bkn sbb nak tunjuk kt org cntik, tp untuk kesihatan diri sendiri. Sbg contoh, tak semua lelaki suka pompuan putih melepak sbb bg die tak cntik pon pompuan putih, sbb die suka pompuan sawo matang even rmi org ckp putih tu cntik tp tidak pd die, cmtulah. Jd takde istilah org cntik ke tak. Ikot pd individu. Tp jgn lah perasan diri cntik. Mungkin cntik dimata kita tp tidak dimata org y ikhlas berkawan dgn kita. Tapi jgn lah pulak bia muka penuh jerawat jeragat menggerutu.. Usaha la perbaiki, sbb Allah dah bg kita muka cntik dr kecil. Usaha la menjaga amanah Allah. Kulit bersih, insyaAllah licin. Mcm sakit jugak, kalau dah sakit takkan nk buat donno je. Jerawat pon salah satu penyakit kulit. Semua tu untuk kesihatan diri sendiri.

  9. Betul.. Setuju sangat setuju.. Saya pun gemuk juga dlu kak.. Sy siap kne cop kingkong lg msa sekolah rndah.. Msuk skolah menengah sy jd pndiam dan kurang bgaul sbb mlu..klo lalu dpn budak llaki sy tndukkkk je sbb tkut kene bahan.. Naik form 5 saya nekad nk jga pnampilan.. Msuk form6 sy start kurus sbb tak lalu mkn.. Msuk universiti plak rmai yg nk kenal lah, ape lah smpikan saya terkena buatan org llaki.. Lepas tu sy pakai purdah.. Maka llaki2 rmai yg stop crush dkat sy.. Nak kurus ni bukn sbb nk org gila2kan kita.. Tp nk mudahkn pergerakan kita ibadah.. Yelah.. Kalau gemok jadi liat nk buat keja.. Skrg sy tenang dgn pnampilan bru ni..

  10. penampilan kena jaga, skin kena jaga, dress up kena jaga, hati dan dalaman pun kena jaga juga. alaahh xpayah la hipokrit, sapa yg tak suka org cantek dan hensem dan baik hati?? usaha la utk jadi cantik dan hensem yet baik hati juga k. good luck

  11. ala aku dulu kurus memang xde orang pandang cantik jugak. body shape cam papan orang cakap, asal kuar je orang cakap woii ikat kaki kat moto nanti terbang kurus sangat… “ko gan papan samaje” tapi ade sorang je lelaki terima aku, bila dah kahwin bdan berisi baru semua terhegeh2,…. dah terlambat……

  12. dlu prnh jgk rasa gini.hitm longot brgelumang dgn tanh,baja,racun,bwk bajak dekt kebun.tp ad jgk yg nk.moralnya bkn prs rupa tp hti.tp cmna pon pnmpiln kita ttp kena jga..biasa yg mmilih ni bknnya hnsem/cantik pon.hahaha..chill geng.niat baik,baikla jdnya✌

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *