Asslamualaikum and good evening..after keluar result SPM dalam seminggu tu aku relax lagi lah. Tengok-tengok banyak sholarship dah nak tutup. Haha padan muka aku. Tapi UPU and matrikulasi aku dah mohon before the result came out. Ada backup lah. Aku pon dengan kalutnya isi permohonan online sempat lah last minute untuk Mara dan Yayasan Peneraju Tunas Potensi. Alhamdulillah sekarang aku dapat futher study in ib dekat Kolej mara banting. Yayasan pon dapat juga dalam kursus asasi mechanical engineering tapi aku terpaksa tolak sebab terikat dengan perjanjian Mara. Tawakkal je lah kepada Allah agar semuanya dipermudahkan.
Tapi bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak buat confession pasal ketidakpuashati aku terhadap pihak Universiti Awam yang tidak memulangkan yuran pendaftaran or perkhidmatan kepada pelajar yang menarik diri atau tidak mendaftar pada hari pendaftaran. Wah wah wah.. Korang ingat sikit ke yuran pendaftaran tu.
Nak cerita sikit. Kan aku dah mohon UPU. Dengan kuasa Allah aku terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya peringkat asasi sains Hayat. Yuran perkhidmatan Rm935.50. aku pon bayar hari khamis pagi tu sebab takut x sempat pulak bayar hari jumaat. Setibamya di rumah kawan text tanya dapat x sholar Mara? What? Aku dengan yakinnya mesti x dapat ni. Sebab masa interview dulu macam bodoh-bodoh je aku buat. Tup -tup dapat. Alhamdulillah.
Tapi aku dah bayar! So aku pon call bahagian admission UM. Dia kata buat surat rayuan pemulangan yuran tu. Aku pon terus buat ar. Tak boleh jadi ni. Rm935.50 banyak kot. Kalau aku kumpul sikit lagi boleh beli laptop. Lepas dia kata boleh buat surat and send to them, cey macam confident lah boleh dapat balik walaupun ada rumours kata tak boleh dapat dah. Berserah je.
Dalam dua tiga hari pengaah UM send email. Jeng jeng jeng, ceh padahal dah tahu pengakhirannya. X dapat balik.. sedih kot. Aku nangis dalam 2 hari sebab dah plan nak beli laptop guna duit tu. Aku pon bukan anak orang kaya. Ayah aku BERNIAGA GORENG PISANG TEPI JALAN je tau. Mak aku suri rumah 24hrs. Nak masuk kmb, pergi interviews semua bagai guna duit aku. Duit biasiswa dulu, duit gaji as a cashier kat pasaraya dulu. Memang cukup2 je. Tapi benda dah jadi macam ni. Percaya je yang everything happened for a reason.
Aku curious juga duit2 yang burn tu pergi mana? Bukan sikit kot budak-budak UM keluar or x mendaftar. Yang aku jealous budak-budak uitm dapat balik duit tu dalam berapa percent tah. MARA ni baik juga ye.(sorry kalau x bersetuju). Ye itulah masalah nya.. tolong lah kepada pihak-pihak universiti,(tiba-tiba ada pensyarah baca benda ni kan) before u suruh budak-budak lepasan spm yang blur or jahil macam aku ni, tolong sangat2 dekat surat tawaran tu detailkan yuran yang perlu dibayar. Kemana duit tu pergi, apa yang akan digunakan dengan duit tu. kalau ada spesifik syarat yang perlu dinyatakan tolong nyatakan. Sebab apa yang aq ingat memang x tulis apa detail pon tentang yuran tu.
REMAINDER FOR BUDAK LEPASAN SPM:
Kalau boleh x payah bayar satu sen pon dekat Universiti sebelum mendaftar.
Time daftar tu kau bayar cash terus. Ha kan senang. X boleh? Sapa kata x boleh. Meh aku sekeh kepala.
Cek betul betul tarikh keluar result sholarship jangan jadi macam aku ni.
Last sekali kalau ada ragu-ragu nak pilih mana.. ISTIKHARAH LAH.
– #Barulepasspm
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit