Zakat 2017

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Okay straight to the point, baru-baru ni kalau semua perasan dalam sehari mesti ada dalam 5-10 post di Facebook tentang fakir masking yang terabai. Mungkin ada yang dapat news feed macam ni dark Facebook. Tak keluar ke news feed korang mungkin.

Tapi ini yang aku perasan dalam minggu ni. Tak perlu cerita tentang jkkkkkk kampung, mukim, penghulu yang tak cakna isu ni, atau mereka sedekahkan bantuan pada sahabat-sahabat dan saudara mara terdekat.

Aku mungkin tak tinggi ilmu agama, tapi aku berharap rakyat Malaysia boleh bersama-sama menghulur zakat terus kepada fakir miskin,ibu tunggal, asnaf dan lain-lain pada raya 2017.

Mungkin susah sedikit tapi untuk sekali setahun je..tolonglah bertanya khabar jiran-jiran tertangga korang. Takut nanti diakhirat nanti tak terjawab. Sebab jujur aku cakap, aku sendiri yang masih 20 an ni tak yakin dengan lembaga zakat malaysia.

Maaf mungkin ada yang terasa atau tak setuju dengan pendapat aku ni. Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang, aku tak sampai hati nak lepas tangan.

Terlalu banyak contoh yang aku tengok depan mata aku. Nenek-nenek tua, atok-atok tua yang masih bekerja. Ya Allah aku takut apa nak jawab dekat akhirat nanti kalau ditanya apa tindakan aku.

Dan disini aku nak bagi tips pada mereka yang memang selalu tak ade duit untuk bersedekah. Boleh bank in even rm1 pada mereka yang memerlukan(kalau korang terbaca di facebook).

Pada mereka yang ahli masjid, daripada buat jamuan makan-makan sehingga berlebihan pada malam jumaat mungkin boleh sebarkan perihal jamuan tu pada orang-orang kurang berkemampuan di kawasan tu.

Maaf meleret post ni. Harap admin post. Saya terlalu kecewa tengok rakyat Malaysia terlalu banyak yang dalam kesusahan sekarang. Kita harapkan orang-orang yang sepatutnya membantu namun mereka juga tidal boleh diharap. Jadi tolong rakyat malaysia. Kita bantu sesama kita.

Terima kasih. Maaf bahasa baku takut admin tak terima post ni.

– reica

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit