Zaman akan datang – 2:52 AM

Zaman akan datang

Assalamualaikum. Nak tanya, waras tak orang berkahwin tapi taknak ada anak. Aku belum pun kahwin lagi dan aku pun bukanlah seorang yang benci pada kanak-kanak. Cuma sejak kebelakangan ni aku rasa macam nak berkahwin tapi taknak ada anak.

Sebabnya aku takut. Aku takut tentang kehidupan manusia zaman akan datang. Aku takut kalau2 anak aku membesar nanti tapi tak jadi manusia walaupun dah diberi pendidikan agama dan bimbingan serta kasih sayang yg secukupnya. Cukuplah kalau kita tengok kebejatan moral anak2 muda masa kini.

Baru sekolah rendah dah pandai nak bercinta bercouple, dah pandai guna internet untuk perkara yg bukan2, pandai hisap rokok, hisap dadah dan yang lebih teruk ada yg dah terjebak dalam jenayah seksual semasa masih bersekolah rendah lgi.

Bila sekolah menengah, pandai menipu mak bapak. Baru2 ni ada terbaca satu kes si anak suruh ayah hantar awal ke tmpat tusyen kononnya kelas mula awk tp rupanya nak berdating dgn bf. Banyak juga baca anak2 gadis zaman skrg yg dah hilang maruah sedangkan masih bersekolah lg. sedangkan zaman sekarang pun dah macam2 berlaku, zaman akan drg mcm mana pula.

Bila dapat anak2 yg baik yg mendengar kata, itupun dah seribu rahmat. Tapi bila anak2 yg tak mendengar kata ni yg buat aku risau. Huhu

– Zaman kini

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *