Zaman COVID-19

Assalamualaikum semua. Saya tak reti untuk menulis sangat, tapi ini adalah pandangan saya terhadap zaman covid-19.

Saya percaya ini adalah dugaan akhir zaman yang perlu kita lalui, bagi yang terbiasa dalam kehidupan selesa, ianya merupakan zaman sukar sebenarnya.

Yang bekerja di Singapore di duga dengan tidak pulang ke rumah setiap hari, jiran saya telah tidak balik sejak dari Mac tahun lepas, bagaimana dengan anak-anak mereka?

Awalnya anak sulung di lihat menangis VC dengan ibubapa mereka, tetapi hamper setahun lebih, mereka sudah terbiasa dengan keadaan ini.

Tak pasti ibu ayah mereka disana. Sewa rumah dengan bilik kecil dan harga mahal. Ada yang meninggalkan anak-anak kecil, kenal kah anak-anak mereka dengan ibubapa?

Jiran sekarang bukan macam dulu, selalu bertanya khabar, hanya melihat dari jauh sahaja walaupun sebelah rumah.

PKP juga menyekat anak-anak dari belajar ke sekolah seperti biasa, anak-anak kita ketinggalan 200 hari untuk belajar seperti biasa.

Walaubagaimana pun ada kelas online, tidak sama seperti sediakala. Ibubapa bermodalkan Laptop/ telefon pintar untuk mereka.

Sekiranya mengikuti Syed Azmi, ramai ibubapa mengeluh dengan anak kecil yang didedahkan dengan gajet. Tertekan web yang tak sepatunya.

Saya sendiri alami ketika guru menyuruh melakukan kuiz, anak tertekan pada aplikasi yang tak sepatunya.

Bagi satu rumah yang mempunyai anak lebih dari 4 orang bagaimana kah mereka menggunakan gajet, ibubapa terpaksa bermodalkan kewangan untuk memastikan anak-anak mereka tidak ketinggalan pelajaran.

Ada NGO –UEL juga meyalurkan sumbangan gajet kepada mereka. Guru-guru pun ada yang turun padang untuk mengajar anak-anak murid mereka terutama di kawasan pedalaman.

Alhamdulillah sekolah anak, mengajar sentuhan sepatutnya dan sentuhan yang tak sepatutnya, kerana anak-anak berada di rumah, hanya ibubapa dan kaum keluarga yang ada, banyak salah laku seksual yang dikesan sewaktu PKP.

Kadar jenayah salah laku seksual di rumah semakin meningkat sewaktu PKP.

Bagi anak-anak SPM sekarang mereka sedang menjalani peperiksaan, di harapkan mereka tabah menghadapi dugaan kerana mereka telah menjalani 1 tahun 2 bulan tingkatan 5.

Anak-anak yang ibubapa mampu adalah tidak bermasalah dengan adanya tuisyen online, bagaimana dengan anak-anak yang kurang berkemampuan,

Walaupun mereka bijak, tetapi tidak mampu mendapatkan kemudahan tuisyen. Takkan masa depan mereka gelap kerana ketidakmapuan mereka?

Sekarang nak naik sekolah, baju baru, buku, kasut, selagi boleh jimat, kita jimat. Tetapi kene juga mengeluarkan modal bagi membeli peralatan sekolah yang sepatutnya. Bagaimana gajet yang baru dibelikan… ahhhhh pening.

Kerajaan perlu merangka pelan yang bagus supaya tiada anak-anak yang ketinggalan (no one left behind).

Saya pun tak tahu kenapa saya tulis, mungkin PKP membuatkan ramai menjalani norma yang sepatutnya. Hasbunallah wani’mal wakil. Hanya Allah merubah keadaan, tetapi kita perlukan usaha untuk mendapatkan hasil yang baik.

Saya nak ucapkan tahniah kepada NGO-NGO, ustaz-ustazah yang membuat live sewaktu PKP ini, mendidik masyarakat secara percuma, masyarakat sebenarnya buntu, perlu bantuan bagi memotivasi ketika ini.

Terima kasih kerana sudi membaca keluhan rakyat marhaen. Doakan anak saya dan anak-anak yang mengambil SPM dipermudahkan segala urusan. Saya doakan tuan/puan di banyakkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

– Che Timah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit