Assalamualaikum. Andai kata post aku kali ini disiar kan, terima kasih bebanyak kepada admin, dan pembaca yang respon. Semoga kita semua dalam lindunganNya. Aminn
Aku manusia. Serious aku hanya manusia yang tidah dikehendakkan oleh manusia dibumi ini. Sejak aku memula kan alam persekolah, aku telah di ajar bahawa orang yang tak lawa tu memang akan di benci dan dihina. Apatah lagi, kalau kau buat salah walaupun sebesar zarah.
Aku mula ke sekolah pada umur 7 tahun, ketika aku di darjah 1 lagi, aku di buli. Kat sekolah aku ada anak cikgu yang garang dan sungguh aku takut gila dekat cikgu tu. Di sebabkan dia anak cikgu yang aku takut tu, aku kena ikut cakap dia kalau tak nanti dia bagitau kat bapak dia. Aku dah jadi pak turut pada umur 7 tahun. Aku kena pakai kan kasut dia setiap kali dia tanggal kasut. Kdg2 dia memang sengaja tanggal kasut sebab nak suruh aku pakaikan. Aku buat. Hidup aku waktu sekolah rendah hambar. Aku di jadikan bahan ejekan sebab aku semestinya bukan ciri ciri yang manusia seperti kalian suka kan. Aku mula mahu menggubah persepsi aku terhadap manusia itu boleh menerima cacat cela, bila aku masuk ke alam remaja, sekolah menengah. Tapi, apa yang dapat waktu aku sekolah menengah itu lagi teruk berbanding dengan apa yang aku lalui pada zaman sekolah rendah.
Aku difitnah oleh sekumpulan budak menuduh aku memberitahu ibu dia yang dia merokok, aku di benci atas benda yang aku tak buat. Aku hasap semua benda tanpa sikit pun aku bagi tau kat mak dengan abah. Aku di pulau. Aku di maki. Aku di sama kan dengan binatang. Kumpulan itu mewujudkan satu laman social yang di nama ” anti piah ” iatitu nama aku. Nama aku di tampal di setiap pintu bilik darjah. Aku pernah di herdik dari tingkat atas ketika aku berjalan masuk ke kelas aku di tingkat bawah. Maruah aku hancur lumat. Keyakinan diri aku terus menerus memadam. Aku sedih. Sumpah. Aku diamkan sebab aku tahu kalau aku bagitau dunia aku kena macam tu, orang akan gelak kan aku. Dan anggap perkara macam ini bukan perkara serious.
Tp korang nak tahu tak, perit dia macam mana? Korang yang baca mungkin rasa. Alah benda kecik je ni. Tp aku yang mengalami, kesan nya amat besar pada aku, sampai menyebabkan aku hilang keyakinan diri sampai sekarang. Aku kurang bergaul sebb aku selalu rasa aku tak di kehendakkan dalam kalangan manusia. Aku pilih untuk hanya duduk di rumah. Sampai sekarang aku ada trauma yang aku tak boleh hilang walau aku cuba. Mungkin kalau aku tak berdaya pada waktu aku kena hina tu, dah lama aku bunuh diri. Aku dihujani dengan pelbagai pertanyaan. Seperti, hina sangat ke aku ni? Teruk sangat ke aku ni? Buruk sangat ke aku ni? Sampai sekarang, aku menrasakan zaman persekolahan aku bullshit. Dan aku tak kan pernah rasa nak kembali ke zaman persekolahan aku tu!
Aku berharap keyakinan aku mampu di bina kembali. Supaya aku boleh hidup macam biasa. Boleh bergaul macam biasa. Kepada korang yang rasa cerita aku ni hanyalah remeh. Aku faham sebab korang bukan ada pada situasi aku. Dan kepada yang pernah mengalami situasti macam aku, kita sama la. Akan terus terperuk belakang almari sambil tunggu masa di tarik illahi. Aku sedih dengan manusia yang berkehendakkan manusia yang cantik2 tanpa memikirkan terus perasaan manusia yang kekurangan. Sekian. Aku harap tiada yang berdendam dengan post ini, sebab aku terlalu sedih dengan hidup aku sekarang.