Zikir – 9:03 PM

Zikir

Assalamualaikum.

Selalunya, kita selalu dengar kalau sedekah, kita selalu dapat balik. Sekarang, aku mahu cerita pasal kelebihan zikir.

Jujur aku cakap, kalau aku zikir time aku memasak mesti ramai yang akan cakap makanan tu sedap.

Okay, ni cerita lain pulak.

One day, aku drive malam sorang-sorang. Sambil drive 100km/h, aku zikir. Then suddenly, kereta depan break mati di tengah jalan. Punyalah aku terkejut, aku pun terpaksa tekan break dan aku tengok kat front mirror ada kereta belakang yang hampir dekat bumper aku. Entah macammana,kereta belakang cepat jer tukar lane sebab sikit lagi hampir kena bumper belakang kereta aku.

Serious, aku bersyukur sangat. Aku hampir terkena accident dan kereta aku di tengah-tengah. Jarak kereta aku dengan kereta depan sikit lagi mau bertemu.

Pernah sekali tu, aku pernah dizalimi. Bagaimana aku dizalimi tu, aku rasa biarlah aku rahsiakan. Aku zikir doa Nabi Yunus dalam perut ikan, "la ilaha ila anta subhanaka inni kuntu minnad dzalimin". Sebab bagi aku, ia dapat tenangkan hati aku bila aku dalam kesusahan. Aku doa kalau mereka salah, maka biarlah Allah s.w.t balas balik mereka. Dan, Allah s.w.t pay cash dekat mereka yang zalim dan fitnah aku.

Bagi aku, kita kena ingat Allah s.w.t bukan waktu susah tapi waktu susah dan senang.

Sekian.

– F

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *