bismillahirahmanirrahim ,
assalamualaikum wbt.

zina.. apa itu zina ?

zina adalah hubungan kelamin diantara lelaki dan wanita yg bukan mahram ..

zina ade banyak . perbuatan , lisan , hati, mata , malah telinga pon boleh jadi zina ..

perbuatan : melakukan se*ks
lisan : berkata tentang se*ks
hati: ingin melakukan se*ks
mata: melihat porno
telinga : fon se*ks ..

kenapa semua ini terjadi ? disebabkan dunia ni maju sangat ..takpayah tengok real ..dalam telifon pon bole dwload , lepas tu teringin .. cari couple .. pujuk2 and jalaann …

wanita hatinya lembut .kerana sayang dia sanggup buat apa sahaja . itulah kelemahan wanita ..

aku pernah jadi wanita yg lemah tapi takde tahap zina perbuatan .tahap zina telinga je , fon se*ks . pernah boyfren aku ajak aku buat benda tu tapi kepala otak aku fikirkan keluarga , mak abh . dan aku banyak membaca ttg zina . keburukan .. dan juga ceramah agama . ngeri beb ..

aku takut .. at last aku mintak putus ngn boyfren aku sbb aku takut telanjur basah ya sudahh ta kering lagii ~~ ( tetibe dangdut lak ) . boyfren aku dulu sumpah mcm syaiton perangai dia tp aku tetap sayang .. maaf .. akal aku kurang masa tu . dia pernah mintak gmba bogel aku and sebagainya. and aku google smua tu bg kat dia .. (hahhhhahaahha. aku cerdik masa tu)

sbb aku tau kalau aku break mst dea kata na sebar gmba tu .. and finally betoii tekaan aku .dia kata na sebarkan gamba bogel aku . aku ckp teruskan sbb bukan gamba aku .aku siap tunjuk web aku amik lg . dia benggang .. and give up ..

ok since tu , aku tak couple lg dah . sbb aku takut kalau aku couple mst ade lelaki mcm tu lg . so lebih baik single .. kan ?

nasihat aku .

wanita …

jangan sayang sgt bf korang tu kalau dia tak membawa kau ke jalan halal . if betol2 dia sygkan kau , dia akan jaga kau mcm mana dia jaga mak dia . ta pegang2 , takde fon seks or lain2 .. "sayang , abang nak manja2 boleh?"(bila laki ckp mcm ni ..kau ptt ckp mcm ni " kau nak manja2 ape ? kaki ku ke bibirmu ka ?") .. sebab istilah MANJA lelaki mcm ni ke arah seks .. so kau kena tegas …. sound terus ..kalau dia nak breakup .. biarkan .. kau bukan hodoh sangat sampai nak bertuhankan dia .. comeonn girls !! dont be stupig(stupid like a p*g) .. kau wanita , punya tarikan .tak kira lah hitam ke ape ke .. negro elok je belaki walaupon hitam , gemok .. sebab Allah lahirkan wanita itu special , mana mana lelaki yg pandang pasti jatuh hati .. so buat apa kau nak takut .. asalkan kau taat pada perintah Allah , taat pada ibu bapa , baik pada smua org . Allah akan bagi kau lelaki yg terbaik .. dalam surah An-nur kan Allah berfirman : wanita yg baik untuk lelaki yg baik dan begitu sebaliknya ..

wahai wanita . jagalah maruahmu , saaat kamu mahu melakukan dosa , fikir sejenak . bayangkan wajah ibu bapamu yg membesar kamu penuh kasih syg , ingatlah wajah ibumu yg sentiasa berada tika susah dan senangmu . ingatlah wajah ayahmu tika dia bersusah payah memberi kamu keperluan dan kehendakmu .. mahukah kamu menyakitkan hati mereka ?

lelaki ..

kamu adalah khalifah dimuka bumi ini , bakal pemimpin dalam keluarga dan juga bakal keluargamu .. janganlah merosakkan hak yg bukan milikmu .. jangan melayan wanita seperti gula2 getah yg habis manis dibuang ..jangan sentuh walaupon tapak tangan mereka andai bukan untuk halal disisimu . jagalah mereka seperti adikmu yg bila mana jahat ditgur , dilimpahkan dengan ilmu Allah . mungkin mereka bakal zaujah mu , jika bukan maka layan lah mereka sebaik mungkin bukan untuk merosakkan.. lindungilah nafsu mu , kerana nafsu musuh utama mu wahai lelaki ..

maf andai kata2ku menyinggung hati setiap readers .. kerana aku seorang pendosa , dan aku tak mahu kalian menjadi pendosa …

– aku seorang pendosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

27 Comments

  1. kalau ada adik, abang, kakak, kawan atau saudara yg tengah couple sakan sampai berkepit ke hulu ke hilir tanpa ikatan yg sah, tolonglah nasihat mereka. jangan biarkan atau tengok saja benda tu berlaku. daripada couple tu lah terjadinya segala jenis bentuk zina tu.

  2. Betol2,… biase nya gmber bogel yg leak ni sbb dok bg time dok bercinta… lepas break sakit hati punye pasal sebar kat internet… kalau dah jd husband and wife pon x payah la bg gmbau2 bogel… nauzubillah… kalau leak mcm mana…. ish…

  3. Lelaki yg baik kena Friendzone, lelaki yg lagu ni dapat macam2.

    Apapun, kedua-dua pihak perlu waras lebih daripada cinta time buat decision.

    Hanya bercinta semua nampak maksum.

    Zina ni isu yg sangat bobrok jika tidak ditangani oleh kedua2 pihak.

  4. Yes, penat lelah mak ayh jaga kita , alih2 lelaki dgn madah manis nk manja2 yg mengarut…baik manja dgn mak ayh je…biarlah org kata kita kolot dari kita menconteng arang di muka mak ayah tanpa disedari….

    • Tp buat gitu akn show aurat org lain…so…better tgglkan je laki gitu huhuhuhu mcm confessor buat akhirnya

  5. Good sharing. Tapi…emm konfius jap. “Sayang, abang nak manja2 boleh?” –> bagi saya bukan semua kot ayat tu mjurus seks. Bgantung pada kepala otak lelaki tu. Macam suami selalu je cakap. Tapi bila dia cakap macam tu, saya tau dia nakkan perhatian. Biasa le isteri ni bila dah ada anak sebok dengan anak2. Anak2 pun bukan boleh tengok makpak dia dating sat. Suami hanya mahukan masa berdua. Borak hal2 yg manis. Tengok gambar n ketawa sama2. Download tengok movie sama2. Moral to girls, hati-hati jangan pilih lelaki yg otak dia sebut apa pun memang agenda dalam kepala tu seks aje. Kalau nampak tanda2 gitu, tinggalkan aje. Doa banyak2 semoga Allah pelihara kita semua.

  6. Alhamdulillah nasib baik ko cepat tersedar dari benda2 tak baik… Perempuan ni ada kelemahan dia, sebab tu lelaki mudah nak ambik kesempatan atas kelemahan perempuan.. saje nak quote la definisi cinta by Hilal Asyraf, apa apa yang tak membawa ke syurga, bukan cinta namanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *