BELAJAR TINGGI TP INTERVIEW FAILED

BELAJAR TINGGI TAPI INTERVIEW FAIL

Entry ni ditujukan khas buat student2 yg dah grad & nak tempuh alam pekerjaan..Aku adalah majikan (owner cmpany) yg memang berhadapan dengan ragam2 budak2 dtg interview kerja kat tempat aku..kdg2 tengok budak zaman skrg rasa sedikit kurang berkualiti & manja, gedik..

1) Nak mohon kerja tapi kerek.. Cth ayat "tempat u ada kerja kosong ek".. Hallo.. Mcm tu ke nak bercakap dengan bos & nk mintak kerja?

2) Resume xpandai buatlah.. Ish2 beljar diploma tp resume pun tak tau.and ada yg pandai buat resume tapi resume TAK MENARIK & TAK LENGKAP.Resume penting untuk latarbelakang korang..

3) Resume xlengkap, gambar tak ada.. Padahal dalam requirement dah mintak gambar diri .Mintak gmbar bukan nak tengok cantik x tapi nak tengok camne orang yg bakal bekerja tu..

4) Bila tak ada gambar dan aku mintak gambar, siap bagi gambar selfie muncung mcm mulut itiklah, pakai baju singlet dalam bilik tidurlah.. Hello, aku pantang betul yg jenis camni.. Belum apa2 lg dah tunjuk gedik & x profesional. Dah gatal sgt nak berlakikan bos-bos ke?

5) Baru tanya nak interview dah mengorat & bajet2 ambik hati cth ajak berborak2 lah.. Kasih sayang lah .Apa menda lah…

6) Interview siap tongkat2 dagu n blur..Interview pun tak bawak resume & sijil2.. Lupa katanya.. Interview mmang nak tengoklah sijil2 dan resume semua tu sebagai proof.. Dan syarikat nk salinan2 itu semua supaya senang untuk penilaian nanti..Mesti buat salinan utk diberi kpd syarikat. Faham??

7) Lepastu tanya soalan semua x tau..Sampai calculation basic math pun xtau.so apa mkna ada degree klu simple math pun x tau? Yes dgree student tak tau math darjah 3.

8) Bila dah kerja pulak pemalaslah, menjawab… Sekali tegur sekali okey.. Lepas tu minggu depan buat kesalahan sama lagi..Bila orang tegur nak panas..Ini attitude yang paling aku menyampah.. Bila gaji lewat bayar sehari tau pulak mesej tanya & suruh bayar cepat. Sehari lewat je kut…

9) Yang ni x boleh bla, bila staff lain cuti atau cover outdoor activity, yang suppost duduk office takut tinggal sorang2 dekat office..Mesej aku mintak cuti sebab takut seorang diri dekat office..Apa punya manja & mengada2 betullah..hello klu penakut sangat pergi duduk bawah ketiak mak je x payah kerja.. Siang2 hari penakut apanya..

So kepada bakal pekerja2 sekalian belajarlah jadi tough! Jgn jadi manja sgt.Nak masuk bidang pekerjaan kena nampak anda seorang yg bijak, berani, tak manja & x mengada2. Sungguhpun dpt boss yg sporting tapi klu 1 masa dia rasa awkward dengan ko memang dia pun rasa xnk tengok muka ko lagi.. So faham2 jelah..

Bagi aku tak kisahla students degree ke diploma universiti / kolej ke, ramai sgt yg x berkualiti bila mohon kerja.. Exam 4flt, dekan tiap semesterlah..tp sebenarnya kdg2 majikan xpndang pun dekan korang tu klu cara pembawakan korang bukan seperti nak cari kerja..alam pekerjaan xsama dgn alam belajar..xguna cerdik atas kertas je..

Jgn salahkan majikan kalau nak cari yang berpengalaman walaupun pendidikan taraf spm saje tapi tengok diri dulu bagus atau x bagus..Kdg2 pengalaman tu x penting pun sebab semua boleh belajar tapi klu pembawakan diri pun xpandai, jgn salahkan majikan klu ko masih menganggur. Sebab majikan nak cari orang utk tolong uruskan syarikat dia tapi klu ko pun xboleh membawa diri, mmg orang pun takut nak ambik risiko hire ko..

Lagi satu jgn fikir nak kerja syarikat hebat saje.. Syarikat kecik xnak kerja, rela nganggur 3-4 tahun.. Kdg2 kerja syarikat hebat ni lg pening sebab ko xrasa sepak terajang antara staff lagi.. Bila ko nak naik, akn ada staff yg pijak ko.. Dan lagi 1 bila syarikat besar , peluang ko utk gaji lebih besar mybe sedikit terhad sebab bnyak lapisan yang akan tengok potential ko.. Tp klu syarikat kecil pulak tapi income bos 5-6 angka sebulan, mungkin nak bayar insentif 3-4 ratus setiap bulan untuk ko, celah gigi dia je..asalkan ko rajin buat kerja, tak curi tulang, ingin perbaiki diri & bertanggungjawab..

So fikir apa aku nak cakap ni..

Tn Anas Mikhael

– Tn Anas Mikhael

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

112 Comments

  1. Nak tambah gak,waktu pi interview kena ingat jawatan apa yang dipohon.
    2 tahun lepas waktu saya ada interview sorang calon,dia selamba je jawab “ni interview bagi jawatan apa eh? Saya tak ingat jawatan apa saya mintak.”

    Allahurobbi.

  2. Saya tak rasa tuan anas mikail ni berasa bongkak & angkuh…anda duduk di meja HR dan tgok gaya freshie2 berbicara dgn golongan profesional….ke laut….buat la study dlu sblum nak mai interview…dlm hti berkata2 awat bdak ni teruk sgt bercakap dgn org2 yg agak berumur…?dia ingat kita ni bff dia ke…?

  3. Agree! 100%. Hanya org yg penah wat interview je phm perasaan ini. Yg part gaji tu biasa kena… keje malas tp gaji nk on time je. Lewat sikit asyik mesej je. Tambahan… dh tau apply keje standard spm mntk gaji executive. Pastu xreti plak wat keje.

  4. Ei Ra Natashia John Habibah Tahir Siti Sarah Yaya Bahri Sal Panot ni la ragam org mntk keje.. blm lg marah kita sbb lmbt reply..agaknya mmg jari kt HP 24 jam..huhu

    • Majikan akan tengok lebih dari sekadar resume dan kecekapan anda menjawab soalan. Macam tuan Annas Mikael ni cakap, pembawakan diri, self confident, experience and how you show yourself, your attitude, tu yang penting

    • Takde benda yg terjamin di dunia ni. Ini umpama pemikiran “belajar tinggi2 tp tak kerja jgk”.

      Kena paham yg semua ni adalah effort utk higher chances. Kalau ada 2 position tp 5 org yg resume kemas dan pandai jwb soalan, takkan nak ambik semua 5 kot? Bottomline, Allah yg tetapkan rezeki. Jadi dik, perbaikilah pemikiran tu. Jadi lebih matang.

    • Kes sama terjadi dgn sy. Hahah! Before further degree hari tu, sy pernah pergi interview for banking field. Lepas pergi interview rasa mcm puas hati sangat dengan segala soalan2 dan jawapan2. Tak ada rasa terkilan atau menyesal apa2 pun. Tapi, sampai laaa ni tak dapat call dari pihak bank tu. Huhuh. Tapi perancangan Allah kan hebat. Maka itu, saya redha dan sambung je pengajian di UIA ni. Huhu. Semoga lepas degree nanti dapat lah kerja yang baik2 hendakNya. Amin ?

  5. Pnh juga interview dlu tya bila malaysia merdeka..prm tu jwp…emmm bila yer…emmm..lps tu tya lg..u ni asal dr mna, boleh cerita latarbelkg sikit..dgn ngada dia jwp…emm mna boleh ckp..tu secret lar…

  6. Sedikit panas, sy dr gen Y, ramai yg kata gen Y sgt manja..
    Mungkin ad sebegitu tp xsemua mcm tu..
    Mungkin segelintir kecil..
    Sbb klu sy,, mmg prepare utk pergi iv sehabis baik..

  7. Fresh graduates boleh try search Puan Mary Annie. Masa last sem saya belajar buat resume and tips during interview. Then after graduate, Saya pergi iview 2 companies, 2-2 nak hired. After few years dah gained experience, nak tukar company, masih gunakan resume n tips iview yg sama pun saya pergi iview 2 comp, dan 2-2 pun nak hired. But again, it’s not solely depends on your resume or whether you all dapat jawab soalan iviewer or not, employer will see more than that, qualities in you. Zaman sekarang nak dapat chance untuk di interview pun susah, so once dah dapat, put your very best! Good luck!

  8. Tak gedik dan bersikap professional. Hahaha. Teringat masa pernah kerja di satu pusat tuisyen dulu. Orang semua panggil bos dgn panggilan ‘abang’, aku je panggil ‘Encik’. AHAHAHA! rasa macam nooob sangaaat time tuu hahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *